Followers

Wednesday 31 August 2011

HARI RAYA PERTAMA DI TAHUN 2011 (1432h)

Syukur pada Allah....bertemu juga syawal pada tahun ni n dapat sama2 berkumpul adik beradik. walaupun x ramai 3 orang saja...aku berdoa semoga Allah sentiasa beri keberkatan dan hubungan kekeluargaan masih terpelihara...


Keluargaku :)

Dari kiri : Nik Mohd Kushairi, Mohd Khair Affanddi (ayah), Nik Mariah (mak), Nik Nurul Bazlin (adik no2), Nik Nurul Balkish (adik no.3)

Setelah bersalam-salaman dan memohon maaf sesama mak ayah dan adik beradik.. kami sekeluarga pun bergambar... yang diambil oleh Datuk Nabil. kazen aku yang raya kat kL jugak.. Selepas ni, kami akan ke kampungku yang mana terletak di belakang rumah jer...huhu...kampung saya di kuala lumpur pak.. bukannya di desa....



on the way to rumah atuk :)



Sempat berposing dulu depan rumah sementara menunggu mak ayah masuk kereta begitu :) ni la dia Datuk Nabil. Ke'busy'an sampai handphone dia x pernah putus2 bunyi orang call. 

Sesudah bersalam-salaman dengan atuk dan makcik, Sunor, kami pun berangkat pergi ke kubor arwah opah. yang mana dalam 5 km dari rumah. Semasa di luar tanah perkubuiran, terkejut dengan kelibat manusia yang begitu ramai mahu menziarahi pusara keluarga masing2. 


Dalam gambar ni takde la ramai sgt tapi sebelah kanan dan kiri gambar ni tersangat la jem dengan org lalu lalang. dengan nak baliknya, dengan datangnya lagi.


keadaan kubur yang begitu besar. ini pun sebahagian dari pada kawasan perkuburan.  kelihatan ayah sedang menuju ke kubur ibu kesayangan ayah..maklum lah ayah anak bongsu. mesti la anak kesayangan arwah opah n atuk... :)


Bila direnungkan kematian, setiap orang pasti akan mati..dan meninggalkan dunia yang sementara. yang bawa hanyalah iman dan amal. Aku berharap andainya ajal aku sudah tiba, dapatla aku disemadikan di kawasan tanah perkuburan ni. walaupun kawasan ni agak sempit dan semakin hari semakin penuh dengan kubur yang baru tetapi aku masih berharap dapat tanam di tanah perkuburan ni. 

Bagi aku, biarlah tempat yang sempit dan ramai tapi sekurang2nya apabila ada orang menjenguk di tanah kubur ni. Dia akan sedekahkan Al-Fatihah pada semua penghuni kubur disini. Adalah sedikit doa yang dapat aku terima nanti insya Allah. 


Ayah menyiram air di pusara opah sambil adik2 menunggu giliran. Tidak lupa, pada batu nisan arwah opah. aku ada tandakan 1 ikatan kain berwarna hijau bagi memastikan apabila nak datang ziarah kubur opah, takde la tercari2 sampai penat tapi ayah tak puji pun aku walhal aku dah ikat sebulan sebelum puasa  :"(   nampak sgt tak ikhlas bila mintak diri dipuji... haha


Setelah selesai berdoa dan bertahlil, beli air lor plop. Mmg cuaca sgt panas time ni.... 


Bergambar dengan ayah sebelum berangkat pulang :)  dan sebelum habis entry ni. Inilah duit raya aku terima pada hari raya pertama. Alhamdulillah...walaupun dah berjanggut still dapat lagi duit raya :) terima kasih sunor dan mama zai :)


Dulu ada kumpul sampul raya dalam album buat sebagai koleksi dan hobi. tapi hobi tu hanya sementara saja. duit dah lesap, sampul buang2 je. last2 malas dah nak simpan. 

Borong kuih muih raya!!

Jalan Tar. Siapa yang x kenal jalan ni kecuali bagi orang2 yg x suka shopping di kuala lumpur metropolitan ni. Perrghh....time pegi jalan tar ni pukul 1 pagi...cari2 parking dapat la dlm pukul 2 pagi.. pukul 2 pagi la bermula detik sejarah paling masam dalam hidup aku. mana x nya, org beribu2 dtg jalan tar.

mcm ne x masam jalan tu n dah jadi kenangan paling masam dalam hidup ini. tp alhamdulillah....aku salah sorang yg terkecuali dari ketiak masam sbb b4 pergi mmg aku dah spray separuh deodorant nivea yg mmg akan keringkan ketiak aku sepanjang aku menjalani latihan amali di jalan tar.


tp nak xnak, ketiak tetap berpeluh jugak..... org kat sana sgt la sesak hinggakan jalan tar sudah tidak lagi kelihatan tar nya kerana org berpusu2 nak membeli barang2 keperluan hari raya termasuk lah aku yg dikira last minute jugak datang. ni salah 1 kawasan lapang di jalan tar. depan sket tu dah mcm huru hara dah...


Buat assignment pun last minit... shopping raya pun nak last minit... tp sgt2 berbaloi beli time besok nk raya :) dapat la bsikut 1 balang RM 10. tu pun aku dh maniskan mulut aku memujuk rayu abg yg jual tu meskipun dia pun geli dgn pujukan lelaki yg bernama NIK MOHD KUSHAIRI.  nak dipendekan cerita. inilah makanan2 yang telah aku beli sepanjang 2am-4.30am..


Ni lah hasilnya..(gambar atas tu la) betapa berat aku nak bawak balik...dengan kereta jauh...org ramai... berulang2 aku patah balik sampai tinggalkan dulu kat abg kedai tu.. nasib abg tu jujur....dia simpankan :)  semua jumlah borong2 ni semua RM470 termasuk makanan2 ringan sambil beli sambil mengunyah :)  

tapi sayangnya, aku x jumpa sorang pun artis2 yang dtg... kalau aku artis, mungkin org akan terharu dgn sikap aku. fames tapi still dtg lagi jalan tar dgn pakaian selekeh mcm nak mencuri semua kuih2 yang ada :)

Sekian.

Friday 26 August 2011

KITA SELALU BERTANYA TETAPI AL-QURAN SUDAH LAMA MENJAWABNYA




KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Surah Yusuf ayat 12

Thursday 25 August 2011

HUMMER 2 IN KUALALUMPUR


Ni masa otw balik dari Airport masa jemput sedara dari Mekah. Dia mmg duduk sana n orang sana tapi ada sedara mara kat Malaysia  ni.  So, jalan2 la kat sini..Ni kereta hummer 6 tayar yang pertama kali aku nampak dan pertama kali aku terus amik gambar :)  yang paling tension sekali sebab dia bawak slow tahap siput sedut yang macam nak xnak gerak and jalan. Sbb tu clear je gambar ni walaupun guna hp murah :)

Sekian.

SABAR :)

walaupun agak stress untuk nak mencantikkan blog aku ni yang biasa2 je.. tapi aku mesti pelan2 kayuh dlm dunia pem'blog'kan ni. Sabar..... mmg GO BLOG betul aku ni.

GOLD COAST 99'


Guess, where is me? :p

Tengah duk selongkar2 laptop ni...terjumpa plak gambar time pergi gold coast dgn ayah... Ada jugak gmbr2 kenangan yang ada dlm simpanan.. 

Wednesday 24 August 2011

RANGE ROVER SPORT 4.6

 

Kereta idaman  :) Range Rover Sport :) Bila aku tengok kereta ni sampai aku boleh terabai orang sebelah yang tengah cakap dengan aku especially Mas Niza Bt . Abu Bakar. Awek aku yang sentiasa bersabar dengan perangai aku yang sentiasa bajet perfect n berlagak.

Di bawah ini saya lampirkan sesalinan gambar gadis melayu yang saya sayang lebih sikit dari range rover :) (cakap sama dengan range rover merajuk pulak) :p

muka bangga minum starbuck sebab ni 1st time minum 

ok! title post ni bukan mas niza tapi RANGE ROVER. xperlu la cite banyak2kan. (dia baca mungkin die akan gelak atau merajuk)

Range Rover Sport 4.6 :) Cantik kan warna merah?


Ni salah satu interior RR. mungkin kalau aku pecut balik kampung, anak2 bini aku xkan terjaga sampai nenek dengan atuk yang akan kejut kan diorang dalam kete. :)


Untuk harga sebuah kereta ni dalam RM 350,000.00. - RM 560,000.00 Range Rover is well known as King of the Road :)

Sekian.

INTRODUCE DIRI LA DULU KAN :)


Ini lah dikatakan UiTM Di Hatiku :) Ni tempat aku belajar sekarang ni. Ada tinggal 1 semester lagi. Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian) Insya Allah....skrg ni aku sentiasa berdoa pada Allah semoga aku dapat habiskan belajar. Dulu masa diploma ukur bahan di UiTM Sarawak. 

Aku x putus2 berdoa supaya aku x dismissed, failed paper and etc. Dan alhamdulillah...aku lulus dgn baik.. tapi yang menyedihkan, time degree ni ada yang aku failed paper, kne drop subject sbb x boleh bawak...

Mmm...bila aku fikir2kan balik, apa yang berlaku kepada aku ni, kerana aku dah lupa pada Allah. Aku malas berdoa, dah rasa diri ni dah pandai.... Last2...ni la yang terjadi pada aku. Kena tambah 1 sem lagi....walaupun extend 1 sem ni bagi sesetengah org perkara biasa tapi bagi aku tak.. tapi nak buat macam mana... dah ditakdirkan aku kena tambah 1 sem lagi... 

Ape2pun, aku kena bersykur dan sentiasa bersangka baik pada Allah..mungkin ada hikmah atas segala sesuatu..even dalam perkara2 kecik yg berlaku dalam hidup aku...


Ni sedikit gambaran luar bangunan pejabat fakulti. Kawasan ni kawasan paling sibuk kalau time belajar. Semua berpusu-pusu, kelam kabut nak pergi kelas kalau dah lewat. Apa2pun, rindu sgt kat FSPU. Bulan 9 2011 ni dah nak masuk balik dah.... :) Hepi Study!!!!

Sekian.

DAH TUA BARU NAK BUAT BLOG!

Hello....testting, testing,testing...bukan testis ok. nik ade ke? ni blog nik ke? Mmmm...by the way, harini hari pertama aku ada blog...pelik kan...dah 23tahun baru nak ada blog..ni pun awek aku jugak yang buat kan. biasa la kan... 

Org buta IT mmg mcm ni. nak senang je suruh orang buat. Sedih jugak sbnanya aku ni mcm tercicir di pangkal jalan tapi takpe...masih belum terlambat untuk aku belajar sket2 pasal blog ni...Sepatutnya, harini bukan hari aku patut ada blog sebab tarikh harini tarikh yg mesti aku akan lupa. sebab tarikh ni x cantik... 

Aku suka pada tarikh yang aku mudah ingat. n aku sangkakan nak buat blog hari raya terdekat ni.. senang sket nak ingat tarikh blog pada hari raya pertama umur 23 tahun..tapi apakan daya. aku jenis x penyabar. So, 24.8.2011 tarikh lahir blog kushairi affanddi. Bukan nak skema, tapi kena skema. Mungkin aku tengah bercakap sorang2 skrg ni. Aku merasakan diri ini ibarat gila dalam sedar. Ape2pun, nice to meet you blog!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...