Followers

Sunday 25 March 2012

KESAHKU DI BRUNEI (15) - Subaru oh! Subaru

Nak dikatakan ini lah kereta pertama aku yang aku beli guna duit sendiri yakni keluarkan deposit dan bayar bulan-bulan tolak guna duit gaji dan semasa aku berusia 24 tahun. hihihihi. Aku rasa kalau aku beli kereta kancil untuk kereta pertama aku, aku rasa memang aku tak buat entry ni dah. Hahaha.

Sesampai je aku kat sini dalam 2 minggu dengan keputusan tanpa banyak bertanya orang dan buat survey2 dulu. Aku amik la kereta ni tanpa berfikir panjang. Brunei memang strict sikit hal2 kereta ni. Tinted pun tak dibenarkan melainkan pakai apa tu yang orang lekat2 kat cermin tu. hehe. 

Kalau kita beli kereta ko dapat macam tu, macam tulah kereta ko. Takleh nak bikin2 mekap2. Kalau salah betulkan la yaa.. tapi memang member2 aku takde yang modified kereta melainkan diorang tak kesah nak bayar saman. Dari aku bayar saman baik aku hantar duit kat mak ayah bulan2. hehe


Bukan No. Plate Kedah ekhh

Memandangkan staff admin aku bagitahu dia cuma boleh tumpangkan aku dalam 2 minggu je. Jadi aku nak taknak terpaksa buat keputusan dengan cepat untuk beli kereta. Nak tumpang staff-staff lain memang boleh tapi masalah ada pada diri aku sendiri.

Nak mintak tumpang segan plak tambah2 lagi baru je datang n tak kenal mana n tak rapat2 lagi. Tapi tula. Nak buat macam mana. Untuk sedapkan hati aku, at least alhamdulillah lah dengan kereta tu jugak aku dapat pergi masjid solat berjemaah. (Alasan nak beli kereta kann.. hihi)

Subaru ni Subaru Impreza Version 10 S-GT Hatchback tapi biasa punya aku rasa. Tak reti nak explain. Yang aku tahu nama kereta aku beli ni subaru je tapi bab2 spec kereta haram J aku tak tahu.




Sewaktu di Jalan Berangan. hantar Muhamad pergi rumah bos. tapi Jangan Berangan la nak pakai subaru kat Malaysia. Mahal nak mampuih! Kalau Subaru Impreza Version 10 WRX STi yang sport tu kalau kat malaysia aku usha dekat2 dalam RM 190,000- RM 220,000 jugak kan. Tu pun recond. Kalau kereta ni aku tak sure berapa kat Malaysia. Maybe murah sikit dari subaru2 yang lain kot. tapiii subaru ni memang best la gua cakap bro.


very simple interior

Interior dia memang simple..aku perasan kereta Japan ni mesti dia akan design seringkas-ringkasnya yang berbanding kereta2 continental yang aku rasa banyak sangat 'butang' nak kena tekan.


TAPI
SEMALAM AKU NAK TAK NAK AKU KENA JUAL SUBARU NI SEBAB AKU DAH BUAT KEPUTUSAN BALIK MALAYSIA BALIK ATAS ADA URUSAN KELUARGA YANG AKU
RASA AKU PATUT BALIK KE MALAYSIA


Sedih jugak rasa hati ni. Aku sedih sebab tunang aku nak datang sini n kerja kat sini selepas insya Allah kami kahwin nanti tapi tup2 aku dah buat keputusan nak balik Malaysia balik. Sedih pulak. insya Allah pas kahwin ada rezeki pergi middle east ke kerja kat sana. untuk setahun ke. Ok jugak kan.




Ni dalam proses nak jual subaru aku. So segala sign2 diperlukan, borang2 diperlukan. Alhamdulilllah dah dapat pembeli. Walaupun agak lama jugak aku dah iklan kan dalam internet, page, tampal kat kedai2 kat Brunei ni. Brother ni terus bawak cash deposit terus amik kereta aku.

Alhamdllah lega sikit kereta aku terjual. Kalau tak sebelum ni aku nak buat kerja pun pening sebab pikir nak balik dah dekat dah tarikh nak balik, kereta tak terjual lagi. 


Aziz aka Richie

Lepas dah setel urusan jual beli, aku amik la gambar dengan aziz sebagai kenang-kenangan. Dia ni mechanic. Memang dia cek kereta aku detail gila sampai aku pun naik seram kot mana la tahu ada rosak2 aku plak kena ganti lagi. So far ok lah. Dia cek pun takde masalah.

Subaru aku tu memang sedap bawak. Enjin dia bunyi garang tapi smooth. Patut la aku baca blog2 orang pakai subaru ni feeling dia lain macam sikit. Memang lain macam sikit kefeelingan tu. Aku tak boleh nak gambarkan macam mane "kesedapan" dia bila bawak. tapi memang best la.

p/s: Balik Malaysia nanti insya Allah aku akan beli Subaru jugak tapi nak kena beli rumah dulu laa,. hihihi. Cuma minyak kat Malaysia ni dah la mahal. Nak tahu minyak Brunei macam mana? Boleh tengok sini Minyak di Brunei Setakat aku pakai subaru aku tak pernah bagi dia minum air oren. Aku bagi minum air Apple hijau jer..Kalau kuning memang demam kuning la subaru tu.

Sekian.

Sunday 4 March 2012

TERIMA KASIH ALLAH ♥


ALHAMDULILLAH :)

Syukur kepada Allah kerana meluluskan final exam saya ni. Walaupun extend 1 sem n jadi part 7. Allah tetap beri aku peluang untuk lulus. Sekarang aku dah memegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian) aka Bachelor of Quantity Surveying (Hons) dari UiTM. Sempena happy sangat dah lulus ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mak ayah,adik beradik selama ni yang banyak membantu aku dan memberi sokongan moral ada pada ketikanya aku lemah dan hilang semangat disebabkan ke"fail"an aku dalam exam.

Tidak lupa juga pada tunang aku yang banyak membantu aku dalam mengajar aku dlm banyak subjek. Aku ni dikategori bodoh gak sebenarnya n lembab n lambat faham. aaiisshhh..alhamdulilllah la lulus. Tidak lupa juga pada pensyarah ukur bahan di UiTM Sarawak (time diploma dulu), n pensyarah UiTM Shah Alam (degree) dan semua kawan2 yang banyak membantu. Walaupun diorang tak baca blog aku ni (sebab blog aku ni bukan fames mana pun) aku tetap nak jugak menulis entry ini sebagai penghargaan pada mereka. 

Tidak lupa juga pada Ummi iaitu pensyarah thesis kesayangan aku, Prof. Madya Dr. Aini Jaapar selaku pensyarah aku yang sangat2 bagus, berdedikasi, selalu memberi nasihat pada aku sepanjang aku buat thesis ni. (The Effectiveness of Value Management in Construction Industry). Beliau mengajar sambil nasihat. Bukan semata2 mengajar saja tanpa memberi nasihat dan teguran walaupun kadang2 dia punya psyko tu membuat aku lepas je keluar dari ofis dia terus pergi semayang sunat sebab pening tahap gaban dengan macam2 benda aku tak buat lagi. hahaha. Aku boleh buat quoate utk dia, "Kalau tak jumpa puan, thesis saya takkan berjalan". hihih

p/s : Kejayaan yang sebenar adalah adakah kita mampu taat pada perintah Allah, dapat masuk syurga Allah dan melihat wajah Allah dan Allah memberi pengiktirafan yang "Dia Redha pada kita" 

Sekian.

KESAHKU DI BRUNEI (14) - BND 100 vs BND 500


RM 240.00

RM 1200

Memang best kalau fikir bab duit ni kalau kerja kat Brunei cuma kat sini tak tahu nak beli apa. Nak shopping better bawak balik duit shopping kat kL je. 

Sekian.

KESAHKU DI BRUNEI (13) - 10 Dollars

BARU vs LAMA

Sultan Brunei ni dah berusia pun hansome lagi tau n nampak sehat. Jalan pun laju je lagi. Time aku pergi stadium nampak la dia depan mata tapi jauh la dari dia...Alhamdulillah la. Semoga Sultan sihat hingga ke akhir hayat n kalau ternampak saya tu campak2 la 500 ratus dollar ke buat aku makan2 kat sini. Haha.

Sekian.

KESAHKU DI BRUNEI (12) - IC Brunei dah siap lorrr :)

BLURR....

Agak lama jugak aku menunggu ic Brunei aku ni nak siap sebab ada masalah sikit time tu n kebetulan plak. Foreigner memang ramai giler datang Brunei kerja. Aku pun termasuk sekali la dengan diorang2 ni.

BELAKANG

Siap tulis jawatan lagi tu. "QuantitySurveyor"..kalau dia tulis Partner dengan bos lagi bangga aku. Hahaha. Untuk foreigner mesti warna hijau. Kalau local warna kuning n kalau tak silap yang PR (Permanent Resident) warna ungu kot. Kalau PR kena apply dalam masa beberapa tahun ntah kalau dah duduk sini. Aku pun tak sure.

Sekian.

KESAHKU DI BRUNEI (11) - :(

Dah lama rasanya tak update blog. Pas aku balik becuti kL haritu n dah balik Brunei balik. Aku kena agak berjimat sangat cermat bila duit baru je tengah2 bulan aku dah kering kontang dah. Aku tak sampai hati nak mintak ayah masukkan duit hantar kat aku kat sini. 

ONLY 15 DOLLARS

Berbekalkan 15 dollar je lebih kurang pada 15 haribulan Februri 2012. So, aku mesti survive sehari 1 dollar untuk belanja. Alhamdulillah ada jugak duit syiling2 aku kumpul kat ofis yang aku boleh makan ringan2 mcm roti n etc. Tunang aku pun faham. so aku tak perlu topap n juz tunggu balik baru "vibering" and  "Whatapps"ing dengan dia je kat rumah.

Kol mak ayah pun aku tak dapat kol. Cuma aku boeh hantar msg n mintak kol balik. hehe. Agak survive la. Syukur la brunei ni minyak murah. Time ni plak minyak kereta nak habis n untungla minyak brunei ni murah. Aku isi 5 dollar dah boleh tahan 3-4 hari.

p/s: Pandai-pandai la pastu carik duit.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...