Followers

Wednesday 30 January 2013

HERBALIFE (28/1/2013)


tea mix lemon n hibiscus

chocholate shake

Dari yang aku dengar dari coach herbalife ni, ini adalah produk kesihatan dan bukan produk untuk kurus dan turunkan berat badan semata-mata. Btw, aku adalah salah seorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia kesihatan ni memandangkan aku rasa aku perlu jaga kesihatan diri. 

Dan nak try jugak turunkan berat badan sebabbbbbbbbb ramai sangat kata aku gemuk dan boroi. atau gemok pendek. hahaha (tangisan dalam ketawa). Total untuk semua produk ini adalah RM 299.00. Menangis aku keluarkan duit memandangkan duit gaji aku bukan banyak mana. huhu

So, lepas dah beli ni. Orang yang kita berhubung nak beli tu secara tak langsung akan jadi coach kita dan akan ditimbang berat badan untuk setiap 2 minggu.

Inilah hasil dia


Nak menangis aku tengok berat badan since rasa macam bertahun dah tak timbang berat badang. Rupa2nya dah 73.6 kg dah aku ni. Yang lain tu dia ada bagi rujukan dia masing-masing samada kita di range yang sihat, medium, obese, teruk dan bahaya....huhuh. Yang aku terima semua teruk dan takde pun medium.

Memandangkan aku malas nak tulis panjang-panjang tentang kelebihan produk dan bla-bla-bla (sebab aku bukannya nak jadi macam agent) dan sekadar nak mengupdate blog je. So rasaya tak perlu nak tulis banyak. Kalau nak try boleh cari kat fb. Rasanya ramai kot yang buat herbalife ni. 

Sekian.

Friday 25 January 2013

Jakarta oh! Jakarta.


Last honeymoon pergi Bali pun aku berhadapan dengan sedikit kerisauan iaitu tsunami bakal menyerang Indonesia. Alhamdulillah...dah cek apa semua. Bali insya Allah tak terkena. tapi hotel aku je dekat dengan kelab malam yang kena bom haritu. Alhamdulillah hotel aku pun tak de apa-apa. Dan baru-baru ini Jakarta pula banjir. Gelombang kerisauan kali ke-2 telah melanda hati aku samada nak pergi atau tak. 

Menurut ayah dan adik aku (penonton setia rancangan Bintang dan siaran2 indonesia di Astro) mengatakan banjir akan surut akhir bulan 1 ini atau minggu pertama bulan 2 ini.. Mereka la yang inform aku tentang keadaan Indonesia, tanpa peminat sinetron indonesia dan berita seperti mereka mungkin aku jugak tak tahu apa yang sedang berlaku di sana.

Tiket penerbangan aku ke sana pada 2/2/2013 ni. So ni pertama kali aku akan pergi ke Jakarta. Dah kahwin ni baru nak start berjalan. Kalau dulu sebelum kahwin tak boleh la nak bawak anak orang jalan-jalan sesuka hati kan...Harap-harap jakarta ni akan pulih sebelum 2/2 ni.

Sekian.

Monday 21 January 2013

MyMaster :)



Alhamdulillah.....dapat jugak tawaran sambung master kat UiTM. Teringin jugak nak belajar kat uni lain  (bukan tak suka UiTM ok!) tapi sebab nak cuba environment baru. Tapi apakan daya hanya UiTM SAHAJA institusi pengajian tinggi yang menawarkan bayaran yuran yang rendah iaitu linkungan dalam RM 1,800/semester. Bini aku dapat jugak UM tapi satu sem dah RM 5,000.00. huhu (terima kasih UiTM!)

Kenapa hati aku macam tak sabar nak sambung Master?
1. Suka dan banggakan mak ayah (walaupun maybe master ni biasa je bagi kebanyakan orang lain)
* mak cakap = baguslah sambung master..nanti boleh jadi lecturer (gelak guling-guling sebab aku ni gagap sket)
* ayah cakap = larat ke sambung? boleh ke bawak dengan kerja lagi? (aku membalas, "ntahlah yah...") huhu
2. Pergi kelas bersama-sama isteri tercinta (sebab bini aku apply kos yang sama dgn aku)
3. Dapat mengeratkan hubungan suami isteri. kekeke
4. Happy sebab aku rasa result degree aku ni macam tak lepas je nak sambung master.
5. Sebab aku ni bodoh gak sebenarnya.... (teringat kata-kata cikgu bahasa english aku masa form 5, (yg speaking english macam air) "Kamu ni nik, muka je pandai tapi tak pandai!" member aku yang se tak pandai dengan aku pun (maaf terkasar, mungkin senasib masa tu) boleh gelakkan aku memandang kitorang diletakan kelas b.i yang paling last sekali. walapun dah 8 tahun. masih terngiang-ngiang di telinga aku sampai sekarang.

Sambung belajar insya Allah bulan 3 ni. Ya Allah permudahkanlah aku belajar dan dapat habiskan master ni..risau-risau la jugak sebenarnya dengan "performance diri sendiri". Kalau dismiss ke apa ke, memang aku delete entry ni..hihihii (segan la pulok kan)

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...