Nak dikatakan ini lah kereta pertama aku yang aku beli guna duit sendiri yakni keluarkan deposit dan bayar bulan-bulan tolak guna duit gaji dan semasa aku berusia 24 tahun. hihihihi. Aku rasa kalau aku beli kereta kancil untuk kereta pertama aku, aku rasa memang aku tak buat entry ni dah. Hahaha.
Sesampai je aku kat sini dalam 2 minggu dengan keputusan tanpa banyak bertanya orang dan buat survey2 dulu. Aku amik la kereta ni tanpa berfikir panjang. Brunei memang strict sikit hal2 kereta ni. Tinted pun tak dibenarkan melainkan pakai apa tu yang orang lekat2 kat cermin tu. hehe.
Kalau kita beli kereta ko dapat macam tu, macam tulah kereta ko. Takleh nak bikin2 mekap2. Kalau salah betulkan la yaa.. tapi memang member2 aku takde yang modified kereta melainkan diorang tak kesah nak bayar saman. Dari aku bayar saman baik aku hantar duit kat mak ayah bulan2. hehe
Bukan No. Plate Kedah ekhh |
Memandangkan staff admin aku bagitahu dia cuma boleh tumpangkan aku dalam 2 minggu je. Jadi aku nak taknak terpaksa buat keputusan dengan cepat untuk beli kereta. Nak tumpang staff-staff lain memang boleh tapi masalah ada pada diri aku sendiri.
Nak mintak tumpang segan plak tambah2 lagi baru je datang n tak kenal mana n tak rapat2 lagi. Tapi tula. Nak buat macam mana. Untuk sedapkan hati aku, at least alhamdulillah lah dengan kereta tu jugak aku dapat pergi masjid solat berjemaah. (Alasan nak beli kereta kann.. hihi)
Subaru ni Subaru Impreza Version 10 S-GT Hatchback tapi biasa punya aku rasa. Tak reti nak explain. Yang aku tahu nama kereta aku beli ni subaru je tapi bab2 spec kereta haram J aku tak tahu.
Sewaktu di Jalan Berangan. hantar Muhamad pergi rumah bos. tapi Jangan Berangan la nak pakai subaru kat Malaysia. Mahal nak mampuih! Kalau Subaru Impreza Version 10 WRX STi yang sport tu kalau kat malaysia aku usha dekat2 dalam RM 190,000- RM 220,000 jugak kan. Tu pun recond. Kalau kereta ni aku tak sure berapa kat Malaysia. Maybe murah sikit dari subaru2 yang lain kot. tapiii subaru ni memang best la gua cakap bro.
very simple interior |
Interior dia memang simple..aku perasan kereta Japan ni mesti dia akan design seringkas-ringkasnya yang berbanding kereta2 continental yang aku rasa banyak sangat 'butang' nak kena tekan.
TAPI
SEMALAM AKU NAK TAK NAK AKU KENA JUAL SUBARU NI SEBAB AKU DAH BUAT KEPUTUSAN BALIK MALAYSIA BALIK ATAS ADA URUSAN KELUARGA YANG AKU
RASA AKU PATUT BALIK KE MALAYSIA
Sedih jugak rasa hati ni. Aku sedih sebab tunang aku nak datang sini n kerja kat sini selepas insya Allah kami kahwin nanti tapi tup2 aku dah buat keputusan nak balik Malaysia balik. Sedih pulak. insya Allah pas kahwin ada rezeki pergi middle east ke kerja kat sana. untuk setahun ke. Ok jugak kan.
Ni dalam proses nak jual subaru aku. So segala sign2 diperlukan, borang2 diperlukan. Alhamdulilllah dah dapat pembeli. Walaupun agak lama jugak aku dah iklan kan dalam internet, page, tampal kat kedai2 kat Brunei ni. Brother ni terus bawak cash deposit terus amik kereta aku.
Alhamdllah lega sikit kereta aku terjual. Kalau tak sebelum ni aku nak buat kerja pun pening sebab pikir nak balik dah dekat dah tarikh nak balik, kereta tak terjual lagi.
Aziz aka Richie |
Lepas dah setel urusan jual beli, aku amik la gambar dengan aziz sebagai kenang-kenangan. Dia ni mechanic. Memang dia cek kereta aku detail gila sampai aku pun naik seram kot mana la tahu ada rosak2 aku plak kena ganti lagi. So far ok lah. Dia cek pun takde masalah.
Subaru aku tu memang sedap bawak. Enjin dia bunyi garang tapi smooth. Patut la aku baca blog2 orang pakai subaru ni feeling dia lain macam sikit. Memang lain macam sikit kefeelingan tu. Aku tak boleh nak gambarkan macam mane "kesedapan" dia bila bawak. tapi memang best la.
p/s: Balik Malaysia nanti insya Allah aku akan beli Subaru jugak tapi nak kena beli rumah dulu laa,. hihihi. Cuma minyak kat Malaysia ni dah la mahal. Nak tahu minyak Brunei macam mana? Boleh tengok sini Minyak di Brunei Setakat aku pakai subaru aku tak pernah bagi dia minum air oren. Aku bagi minum air Apple hijau jer..Kalau kuning memang demam kuning la subaru tu.
Sekian.
bro nak tanya lanjut pasal beli kereta di brunei.. ade email ke bro
ReplyDeletenik_mka@yahoo.com
Delete