Lepas balik dari cuti seminggu haritu, aku dan semua staff ofis dapat jemputan kahwin.. Salah seoang staff jugak yang kahwin. Aku pun tak melepaskan peluang ni la untuk mengetahui macam mana pernikahan orang Brunei dan pada aku ada sikit berbeza dengan di Malaysia. dan datang pun nak amik berkat dari majlis perkahwinan ni.
SUASANA KAT LUAR |
Jauh jugak parking pada yang sanggup berjalan. Macam aku, aku parking dekat rumah orang. Memang muka tembok la kan. Tapi nak buat macam mana. hehe...time ni aku pergi dengan abg nizam n family.
PENJEMPUT TETAMU |
Kat sini tetamu datang terus dapat "door gift" n boleh terus duduk. Untuk lelaki akan diberikan oleh bahagian lelaki belah kanan manakala perempuan pulak belah kiri.
HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT DUDUK |
Di Brunei majlis perkahwinan ada sedikit perbezaan dengan di Malaysia lebih-lebih lagi bila menjamu selera. Biasanya kita diberitahu majlis waktu makan sekian-sekian-sekian sebab kat sini jamuan akan bermula apabila semua hadirin dah penuhkan tempat duduk dan tepat pada waktu makan, ayah kepada pengantin akan memberi sedikit ucapan dan seterusnya akan dibacakan doa oleh ustaz jemputan dan pastu baru makan secara beramai2 serentak.
JURUKUBAHAN UTAMA-DLS |
Ni tempat makan khas untuk orang ofis. Semua staff ofis stay kat sini. Ada jugak yang lambat sampai tapi duduk kat tempat lain. Kalau kepada yang lambat datang bila dah makan tu aku tak sure la macam mana. Boleh je kot makan cuma bila lambat datang tapi semua orang dah makan naik segan jugak kita ni.
ABG. NIZAM FAMILY |
Abg nizam aku dah anggap macam abg aku sendiri dah walaupun baru kenal. hehehe. Mana taknya, selalu datang rumah aku lepak, borak2, layan Ustaz Azhar Idrus sama2, banyak la beri nasihat n sokongan time2 aku nak kahwin ni.Isteri abg nizam pun selalu masak beri kat aku. Sedih ni sedih... terharu..yela..merasa la jugak makanan masak kat rumah. Lidah ni dah tebal dah makan nasik katok sampai makan tak rasa ape2 dah.
SRI LANKAN QUANTITY SURVEYOR |
Ni staff ofis dari Sri Lanka. Ofis aku banyak foreigner. Filipina, Sri Lanka, Myamnar, India.. and etc. Dari kiri Senthan, Goby, Shafnas, n Neeroshan. Persamaan kami adalah kening yang sama. Heheh... Diorang ni semua grad UK. Banyak duit ko!
BRUNEIAN FRIENDZZ |
Ni semua Bruneian staff. Diorang bahagian facilities management n bukan Qs Department. Aku pun baru2 je nak kenal diorang ni. Time kahwin ni jadi la rapat2 sket. Kalau kt ofis tu senyum2 je...
1 MALAYSIA |
Dari kiri, Kak.Hani, Kak. Ina n Kak. Haida. Ni la hanya akak2 dari Malaysia yang melayu. Ada jugak yang dari Malaysia tapi bangsa lain.
MUHAMAD SIDDIQ |
Muhamad ni la yang amik aku kat airport masa baru sampai ofis n hantar pergi dan balik dari rumah ke ofis before aku beli kereta.
PENGANTIN |
Mak aii...tak berseri la kalau takde gambar pengantin ni. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat. Aku datang amik berkat perkahwinan ni. So lepas dah makan n dah menyambut pengantin. Hampir semua staff pergi ke Limbang (Malaysia) ada open house staff jugak sempena Chinesee New Year.
Memandangkan aku ni plak tak bawak pasport, kereta pun belum buat pengesahan apa ntah untuk bawak keluar kereta Brunei ke Malaysia maka tak jadi lah ikut diorang. Pas balik tu apa lagi. Sambung tidor la...
p/s: Terima Kasih sudi jemput :D
Jumaat, 10/2/2012
Kg. Menglait, Gadong
Brunei Darussalam
Sekian.
salam...masih di brunei?
ReplyDeletedah balik malaysia setahun dah. hehehe
Delete$$$ GENUINE LOAN WITH LOW INTEREST RATE APPLY $$$
DeleteDo you need finance to start up your own business or expand your business, Do you need funds to pay off your debt? We give out loan to interested individuals and company's who are seeking loan with good faith. Are you seriously in need of an urgent loan contact us.
Email: shadiraaliuloancompany1@gmail.com
Phone No: +919873186890.
$$$ GENUINE LOAN WITH LOW INTEREST RATE APPLY $$$
ReplyDeleteDo you need finance to start up your own business or expand your business, Do you need funds to pay off your debt? We give out loan to interested individuals and company's who are seeking loan with good faith. Are you seriously in need of an urgent loan contact us.
Email: shadiraaliuloancompany1@gmail.com
Phone No: +919873186890.