BELOVED FAMILY |
Sayunya hati menulis entry ni sambil mendengar "Sepi Seorang Perindu" nyanyian Jamal Abdillah. Aku ni seorang yang tak biasa tinggal berjauhan dengan keluarga dan orang yang aku sayang. Dari bangku sekolah lagi walaupun aku rasa aku layak bersekolah asrama tapi aku tetap berkeras hati untuk tidak berjauhan dengan keluarga walaupun aku sendiri dah mengambi borang dan lepas tu aku buangkan semula..
Sehingga la aku menyambung pengajian di UiTM Sarawak. Teringat time tu aku menangis teruk meskipun aku rasa aku ni dah cukup besar untuk berdikari sendiri. Mungkin sesetengah bagi orang adalah perkara biasa sekolah asrama dan tak heran pun sebab ada yang lepas sekolah terus pergi overseas lagi. Tapi bagi aku tak. Di sarawak dulu dengan adanya kawan-kawan yang ramai, yang rapat-rapat membuatkan hilang sedikit kesunyian di hati aku.
SYURGAKU BERADA PADA KEREDHAANMU... |
Cuma bila aku dah kerja di Brunei ni. Hati aku lagi bertambah sayu. Rindu pada mak ayah, adik-adik ku dan bakal tunang aku. Hanya mereka harta yang paling bernilai di dunia ini. Memandangkan aku anak sulong dari adik beradik dan adik beradik pun tak ramai. Hati aku sentiasa sayu bila memikirkan mak ayah. Sebagai anak sulong, aku lah yang mesti menjaga mereka, sakit mereka dan kadang-kadang bila terlalu rindu hati ni meronta2 nak bekerja n tolong ayah di ofis semula.
REDHAMU KU POHON.. |
Sedih tak dapat bawak mak pergi hospital, belikan mak ubat. amik ubat mak di klinik, tak dapat tolong ayah di ofis sekurang-kurangnya terkuranglah beban ayah untuk bekerja di masa usia yang semakin tua dan sepatutnya biarlah usia itu dihabiskan dengan amal ibadat. Sedih memang sedih tapi bila aku fikir2kan, aku dah ke sini dan walau macam mana sekalipun aku akan tetap akan balik ke Malaysia dan mahu melihat dan menjaga mak ayah hingga akhir hayat mereka. Walaupun mungkin ada yang berpendapat di Brunei bukanlah jauh sangat nak dibandingkan dengan orang yang berhijrah lagi jauh ke luar negara.
Tapi betullah, pepatah ada mengatakan. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Aku pun ada berperasaan yang sama seperti tu. Tiada yang lebih membahagiakan hatiku selain berbakti kepada mak ayah dan berbuat baik kepada mereka. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa, kiranya ibu bapa ku tidak redha kepadaku, tiadalah redha Allah padaku. Maka sia2lah hidup ku ni..apa lagi yang aku hendak kejarkan di dunia yang sementara ini selain ingin mahu kebahagiaan yang sebenar2nya iaitu kehidupan di akhirat yang kekal abadi bersama keluarga dan bakal isteriku nanti. Amiin...
p/s: Wahai Allah, Engkau panjangkan lah usia ibu bapaku, adik beradikku,bakal ibu dan bapa mertuaku, bakal peneman hidupku dan Engkau limpahkanlah kesihatan yang baik pada mereka dan Engkau pelihara kehidupan mereka di sana.
Sabtu 4/2/2012
Kg. Menglait, Gadong
Brunei Darussalam
Sekian.
No comments:
Post a Comment