Followers

Thursday, 25 October 2012

Kesah Perkahwinanku (1) - My Special cake!

5.5.2012

Di hari akad nikah!



EXTREMELY SURPRISE FROM BELOVED ONE!
tak sangka hantaran isteri aku cake Range Rover Evoque. patut la cakap ada surprise
Rindunyaaa kat dia..dia tengah kerja sekarang. Aku cutiiiiiii besok raya Aidil Adha 2012



Lepas selesai akad nikah. Apa lagiiiii..
Amik terus gambar


6.5.2012

Di hari Walimatul Urus





Cantik sangat kek hantaran dari isteri aku dan kek perkahwinan kami ni.
Terima kasih sayang atas segalanya.

Sekian.

MOTOR GP SEPANG 2012

Ni adalah pertama kali aku pergi Sepang Circuit tengok perlumbaaan motor. Abang ipar aku ajak memandangkan ada tiket lebih satu. Aku pun apoooo loeiiiiiii.... poei lerr..

TIKET FREE

Kalau dah dapat tiket free sapa taknak pergi kan... time ni otw pergi sepang.. jem gilbab.. Nasib aku dah lunch kat rumah b4 gerak..

SEPENG

Time pergi ni memang panas sangat. parking plak agak jauh sikit untuk elak jem masa balik nanti...jauh jugak perjalanan nak ke entrance tu. 

MENAPAK

Kalau nak elak jem or terus sampai ke main entrance grandstand tu..better naik kereta. Terus parking kat atas n masuk entrance ...dekat jerr...time ni cuaca dah mula gelap n macam nak hujan lebat dah.

ENTRANCE

Memang ramai walaupun race dah start...dulu minat gila dengan moto gp tapi since zaman Mick Doohan n Max Biaggi dah retired...aku pun dah jarang follow sangat n start minat dengan formula 1. tapi tu pun dah kurang dah...huhu

PANCARAGAM KOT....HUHU

Time sampai ni ada la group aka macam pancaragam la sikit..

1....2..3...

Bunyi dia....perghh...nak berdarah telinga aku ini...bingit gila..ni belum 500cc punya... tertanggal gegendang telinga kejap.


Masalah aku dari dulu adalah pendek. Susah betul kalau dah orang ramai depan aku pastu semua tinggi plak.. memang aku tak dapat nak tengok depan laa..time ni hujan dah lebat gila-gila. race di berhentikan kejap.




Pastu kat tangga lalu lalang orang ada la satu kosong...aku pun duduk kejap..kalau tak aku duk blakang kat atas tu la....tehenjut-henjut kaki ni...




Bila race nak mula...aku pun apa lagiii...serbu la pergi depaaaaannn sekali...muka tak pernah pergi...kena la rebut-rebut sikit..


GEMS!

Semenjak badan dah gems sampai seluar dah ketat, baju dah tak muat..takda mood nak letak gambar dalam entry ni dah ..makan nak...bersenam malas...hehe.. (letak jugak kan)

ADA HANTU

Siapa sangka......siang-siang hari, hantu pun ada jugak join berlumba dengan racer-racer kat litar sepang ni...Pendek cerita lepas dah selesai grand prix..aku pun berangkat pulang..


ABG IPAR

Sebelum balik tu....amik gambar dulu...hujan memang lebat sangat even nak balik dah ni...race pun dihentikan awal jugak..

GRAND STAND
ABANG & MEMBER

Kat grandstand ni kalau nak duduk kat garisan mula dia belah kiri...kalau nak tengok time motor banyak berpusu-pusu tengah amik corner...cantik belah kanan ni...


ALANG-ALANG BASAH

Alang-alang menyeluk lumpur...biarlah sampai ke pangkal lengan...sempat lagi amik gambar time hujan....beg kamera plak tak bawak...beruap-wap lense kamera masuk air.. akhir kata...terima kasih bang support tiket free yang free...tahun depan F1 plak..

Majulah Sukan Untuk Negara. Sekian.

Tuesday, 23 October 2012

SYAIR IMAM SHAFIE



Akhirnya.....hati yang keras ini luntur dengan linangan air mata yang tidak henti-henti mencurah ke pipi.. Apabila terlalu mengejar dunia hingga terlupa kehidupan yang sebenar iaitu alam akhirat. syair ini sudah lama aku cari dan akhirnya terjumpa walaupun aku tidak terniat untuk mencari...


Monday, 22 October 2012

Kesahku BerHoneymoon di Bali (6) - Gunung Berapi (Gong Dewata)


GDR

Seawal pagi aku dah gerak on the way pergi Gong Dewata iaitu tempat salah satu gunung berapi yang dah tak active lagi..kalau pergi bandung n tempat lain tu boleh la amik gambar tepi kawah tu.. suasana memanggg sejuk..

SEJUK....

Seawal pagi aku dah gerak on the way pergi Gong Dewata iaitu tempat salah satu gunung berapi yang dah tak active lagi..kalau pergi bandung n tempat lain tu boleh la amik gambar tepi kawah tu.. suasana memanggg sejuk...

MENU 1 INDONESIA

Menu dia macam kita kat malaysia...lebih kurang sama..time ni memang lapar pagi tak makan..terus duble la sekali dengan lunch.

:)
SATAY

Boleh tahan la satay dia...kalau satay kajang lagi sodapppppp

MENU RAKYAT 1 MALAYSIA
KESEJUKAN
MAKAN-MAKAN-MAKAN

Dapat tengok gunung berapi dari jauh pun jadi laa...bandung pun belum pergi lagi..

MACAM HUTANG BANYAK JER..HUHU
AKU PLAK GAYAT BERDIRI ATAS KERUSI
INAI MASIH DI JARI
:)
BALIKKK...
Pas setel makan, siap-siap plak pergi ladang kopi...kat area bawah gunung ni je...

Sekian.

BANDAR BARU NILAI

Berjalan-jalan di Bandar Baru Nilai (asyik berjalan je)...lama dah sebenarnya dalam bulan 7..aku je lembab macam siput tak update..

SUKA PANJAT

Auni ni kalau la boleh panjat atap bumbung pun aku rasa takda masalah nak naik punya. suka benor panjat.. pening nenek auni nii...

MAK PINDAH BELAKANG MERAJUK NAK DOMINO..HAHA..joking

Begitu kreatif along..bergambar sambil mendukung auni sambil suap botol..huhu... gambar pizza takde coz semua lapar sampai terlupa nak amik gambar. (asyik cite pasal makan jer)

TESCO

Kalau mak ikut jalan-jalan...semua perbelanjaan akan di sponsor oleh mak. Hehehe...(tak baik betul dapat menantu macam ni) mana taknya, sekali mak masuk tangan dalam poket sama dengan gaji aku untuk sebulan..bagus gak tesco ni ada allocate untuk baby punya. (1st time tengok)


Bagus auni jaga adib. Tak pernah lagi tengok auni cemburu dengan adib. Setakat baling-baling botol susu tu ada la..hehe

Sekian.

Friday, 19 October 2012

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 (2)



Memandangkan terlalu banyak gambar raya famili dan aku plak tak pilih-pilih lagi mana yang nak letak.. biarlah aku letak gambar ini sebagai kenangan pertama aku sebagai suami yang kadang-kadang mithali kadang-kadang tak.

Sayu plak tengok gambar ni..(walaupun salam kali ke-2 untuk amik gambar) hahahaha.. (tak sayu dah la sebab dah gelak guling-guling) 

Mmm...ok..kembali kepada perasaan sayu balik. Mmm...siapa sangka jodoh itu kuasa Allah. Rancang nak kahwin dalam umur 26-27 tapi jodoh itu kuasa Allah. Time kerja kat Brunei, hati ini tiba-tiba terasa nak kahwin walhal perancangan kahwin lambat lagi.

Ni lepas je grad terus kahwin..konvo pun belum sempat lagi..aku pun tak sangka akan kahwin pada ketika umur yang agak awal jugak. Biarlah..bagi aku sekurang-kurangnya dapat la jugak elak perkara-perkara maksiat tanpa sedar ni. 

Perkahwinan adalah kuasa Allah. Dan isteri pun adalah pilihan dari Allah walaupun hakikatnya di mata kita itu kita yang berjumpa dengannya. Tetapi itu semua adalah urusan Allah yang mengatur segala kehidupan kita ini. Aku pun tidak pernah terfikir/terlintas untuk berjumpa dengannya.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, siapa yang terbaik untuk kita dan pasangan kita itulah yang terbaik untuk kita yang Allah telah aturkan untuk kita berkahwin dengannya. Sungguh sedih kadang-kadang kita suami yang merungut dengan sikap isteri yang merajuk (macam biasa jerr..hehe), dan perasaan tidak berpuas hati dengan isteri walhal telah termaktub yang isteri kita itulah wanita yang dipilih oleh Allah untuk kita.

Bersyukur la kita ada isteri dan Allah izinkan sebuah perkahwinan walhal diluar sana mungkin ada yang tak boleh nak kahwin, tak dapat kahwin dengan alasan yang tersendiri. Kadang-kadang bila kita mula tidak bersyukur dengan nikmat Allah, mula la masalah berlaku dalam perhubungan suami isteri ini.

Renungan pendek ini adalah peringatan untuk diri sendiri yang selalu lalai dan alpa dengan perintah Allah dan tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga. Ya Allah...aku memohon padaMu Engkau peliharalah hubungan kami sehingga akhir hayat kami dan kami tetap akan bertemu di syurgaMu untuk selamanya.....

Amiinnn...

Sekian.

HARI RAYA AIDIFITRI 2012 (1)


Lepas solat sunat Aidilfitri..turun je masjid jumpa la kawan2 masa sekolah dulu...port biasa lepak...belah kiri masjid depan tempat wuduk...hehe..port dari sekolah sampai sekarang.. Masjid Saidina Uthman Bandar Tun Razak Cheras, KL.

DARI KIRI : Atiq Masterchef, Hafriz, Nik, Paly, Afiq, Del, n bonzer bukit bintang

Dari sekolah rendah ke menengah ke universiti aku selalu jadi orang paling pendek (plus gemuk pendek) dikalangan kawan-kawan aku. Nak kata aku rendah takdela...tinggi dalam 185cm jer..Member lain ada lagi cuma masing-masing raya kat kampung masing-masing la kot. Orang kL raya pun kL lerr.. 

Sekian.

BAGAN LALANG

Teringat masa pergi Bagan Lalang..tu pun masa form 2 first time n last aku pergi.. sekarang dah 24.. (dekat 10 tahun gak la tak pergi sana) Saja jalan-jalan dengan famili...

BARU SAMPAI

Kelihatan aku agak sibuk macam bos..cuti-cuti pun sibuk lagi call..kalau jadi bos ni memang campak hp dalam laut..hehe

MENGETEH TAPI TEH TARIK TAKDAA

Dah sampai-sampai tu lepak-lepak je tepi pantai...layan diri...amik angin pantai...tapi aku ada nampak orang sewa basikal berenjin i-vtech. aku pun apaaaaaa laggiiii.....sewa jommmmm!!

AUNI MESTI ADA JE NAK KACAU. HEHE

Tak ingat sewa dia berapa sejam..tapi best la pusing-pusing pantai ni naik basikal berenjin ni...aku layan dengan orang rumah..dia duk belakang..tak kan aku belakang plak..lain jadinya..huahuahua..tapi tak boleh nak wheelly or wheelikang larr..

ATUK

Atuk melayan cucu

AUNI

Tak tahu nak cerita apa lagi..takde idea..hehe..ni auni..anak sulung along (kakak mas)..

Sekian.

DOMINO PIZZA :)

Semenjak dah beli kad DOMINO EXPRESS GOLD CARD memang best laaa...beli 1 free 1. Nak apply cuma RM 50 sahaja untuk setahun dah boleh guna setiap hari. So memang selalu jugak la beli domino ni asalkan free 1.

SCRUMMY!

Domino pizza ni paling aku suka beef pepperoni + CHEESE BURST + EXTRA CHEESE..time panas-panas tu memang terbaikk dari dapur. Cheese sampai melimpah-limpah atas stereng kereta.. hehehe.. (salu pas take away terus balun dalam kereta, kunyah laju-laju + siap beli sos cili sebotol) Tapi.... lepas makan terlentok laaa dengan perut jadi tak tentu arah penuh dengan cheese.

Love this card..hehe

Bini aku pun dah penuh dengan jerawat asyik aku bagi pekena mozzarela dengan parmesan je.. Hehe..untuk RHB plak, setiap jumaat buy 1 free 1 untuk air starbuck, sushi king, kenny roger's, tiket wayang  GSC dan ada lagi aku tak ingat. Memang aku selalu gak la everyweek spend masa dengan orang rumah tengok wayang, n kenny roger's. 

Sekian.

RANGE ROVER


EXCITED

Aiii...selalu berangan nak pakai kereta mahal2. Tak pernah plak berangan nak pakai kereta Malaysia (myvi tu pun still tak mampu nak beli gak)..tapi apakan daya...

Memang minat gila dengan range rover ni. Tapi hanya mampu buat muka riang macam ni walaupun kereta mainan je..ntah bila la boleh beli..

Ntah2 umur dah tua pun tak sure boleh beli ke tak. Mahal nak mampuih.. tapi nak kata mahal ada je kereta lain lagi mahal tapi enggak suka dooonggg..

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...