Followers

Thursday, 27 November 2014

MALAYSIA + KUWAIT




Aduhh.....aku kena habiskan master aku secepat mungkin! Kenapa la malas sangat aku nii.. tinggal thesis je lagi. Tu pun aku duk tangguh2 lagi. 

Since kehidupan makin mencabar lebih2 lagi bab2 kewangan ni. Aku rasa dah bertekad n better aku migrate sekejap kerja luar negara. 

Yang penting tunggu isteri aku deliver our first baby dulu. habiskan master then baru fikir cari kerja kat over the sea. Ada keluarga kalau kerja kat luar negara memang kita akan rasa semangat sikit nak kerja. Aku masa kerja kat Brunei dulu.

Dahla duduk sorang2. geng pun takde sangat. Memang mati kutu aku sana. Bosan yang teramat. Walaupun aku ada beratus DVD (Abg nizam bagi) ada internet, ada astro pun tak mampu nak menggantikan kehadiran seorang isteri apatah lagi ada anak2.


Tapi time tu aku belum kahwin lagi. Target aku nak kerja dekat kuwait tapi aku tak tahula layak ke tak aku nak kerja sana. Dapat setahun dua pun jadilah. Dengar cerita memang kerja kat negara arab ni memang diorang buat kita macam macai dia jeer.. tapi aku tak tahulah...

Kepada yang ada lubang2 kerja kat kuwait tu, bahrain ke, qatar ke, UAE ke, Sri Lanka ke, eh bukan. Sri Lanka aku taknakkk! hehehe

Boleh la rojer2 aku kat sini ya..by the way, aku ada jumpa blog from Indonesian. Memang kelakar blog dia ni. Lucu bangatttttttt dehh. Guwe pun asyik ketawa ajaaaaa... Boleh klik kat bawah ni.


Blog dia ni detail n banyak gila pasal kuwait n negara2 luar. Sengaja aku postkan kat sini untuk mudahkan aku jugak nak membaca n untuk tatapan korang kalau ada keinginan nak kerja kuwait or negara arab.

Sekian.

Wednesday, 6 August 2014

TH HEAVY ENGINEERING BERHAD (THHE)

Untuk sedapkan hati aku sebab dah lama tak update blog. Harini at least satu entry aku nak update jugak. tak kira walau apa pun yang berlaku. hehe

Alhamdulillah since dah kerja Tabung Haji (TH) bergaji la jugak aku setiap bulan. Dulu kerja gaji pun tak tetap. Kadang2 ada, kadang2 takda. sampai 4 bulan pun ada jugak. Agak tough jugak untuk diri aku ni.

Okey, sekarang ni juz share sikit la tentang TH ni. THHE ni subsidiary Tabung Haji so THHE ni oil and gas company. Boleh click link kat sini untuk tengok. THHE BERHAD


Sooo.. this is THHE Yard



Poyo la plak aku rasa aku ni nak duk update2 tempat kerja. Yard THHE ni kat Pulau Indah. Sekarang ni projek terbesar aku duk estimate berapa cost for future development sebab THHE ni nak expand yard ni. berpuluh2 building nak kena estimate berapa costnya. 

Ohye, aku ni macai je kat sini. Yang agak pening sikit aku sorang plak Qs (Quantity Surveyor) kat sini... tu yang sakit tu. Kalau tak tahu apa tu Qs, sila google. hehehe. Aku Qs under Department Yard Development & Infrastructure. So tugas aku jaga Yard Development n Yard Infra. hehehe. sonang cita.




Haaaa...ni kalau gambar aku ni aku kena besarkan sikit... ni belakang aku ni namanya jacket.
spoil betul gambar ni haaa. Ada plak anjing kat belakang tu. memang anjing betul laa




Ni namanya topside. dia duduk atas jacket tadi. jacket tu macam kaki dia la.. 





Walkabout Day.

Tengah yang pakai coverall orange tu lerr CEO. yang sebelah2 tu semua GM.


Sekian.

BERABUK

Aduhaiiiii......

asal update blog mesti nak cakap dah lama tak update...huhuhu

dah lama gila tak jenguk blog sendiri...berabuk2 dah blog ni....

banyak perkara nak update n kongsikan kepada peminat peminat semua... (ada ke?)

tapi bz bebenorrrr.

tapiiiii nanti bos nak pergi haji...

horeyyy! boleh la kot nak update blog.

hihihihi

Sekian.

Monday, 7 April 2014

KERETA SEWA AREA KUALA LUMPUR


Jommmmmm Sewa Kereta Saya!!!!!

Kepada sesiapa yang nak sewa kereta tuuuu

ini ada tawaran kereta sewa yang sebenarnyaaaaaa agak murahhhhh la nak sewa lebih-lebih lagi kat 
Kuala Lumpur


Kereta yang ada sekarang

PROTON WIRA 1.3 - RM 50.00/SEHARI

PERODUA KELISA 1.0 - RM 50.00 /SEHARI


HARGA SAMA!!!

SIAPA CEPAT DAPAT LA BESAR SIKIT 
KANNN!!!

KAWASAN BOLEH HANTAR SECARA PERCUMA

SEKITAR KUALA LUMPUR

- BANDAR TUN RAZAK
- BANDAR SRI PERMAISURI
- AREA CHERAS

DAN LAIN-LAIN (INFORM DULU)


UNTUK STUDENT???

Mestila adaaa... untuk student ada diskaun sedikit..

Lebih-lagi area cheras ni
banyakkk kolej kannn

- Maktab Perguruan Teknik Cheras
- KPTM Cheras
- Kolej YPC
- Kolej Cybernatic
- Kolej UCSI
- Lain-Lain Kolej...hehehe

yang penting ada kad pelajar dan dapat diskaun!


PLEASE CALL

013-2053252

SEDIAKAN

- SALINAN IC
- SALINAN LESEN
- KAD PELAJAR (UNTUK PELAJAR)

Friday, 21 February 2014

Dilemma.........................

Salam 1Dilemma.....harini aku betul-betul dalam dilema.....sebelum ni aku memang cari kerja gila-gila punya... since dah kerja dengan tabung haji ni....memang aku syukur sangat sangat sebab dah dapat kerja.. aku dah tak pikir langsung dah apa-apa kerja lagi dah...dengan environment kerja yang best gila.. 

TAPI alangkah terkejutnya aku, aku dapat interview kerja yang betul-betul-betul-betul aku memang aim gila-gila dari degree lagi n cita-cita aku memang menjurus dalam bidang niii... Kalau tak caya cuba tanya isteri aku...hehehe.. betapa aku ulang-ulang banyak kali duk cerita kat dia pasal VM ni sampai telinga dia menanah dengar aku duk bercerita pasal VM.




Position yang aku nak selama ni Value Management Executive...thesis aku masa degree pun pasal Value Management...memang target aku dari degree dulu nak jadi Certified Value Manager (CVM)... dengan asbab dan melalui kerja dengan MAB ni je la aku boleh jadi CVM ni.. Aim nak jadi registered Qs memang ada tapi aim nak buat CVM lagi tinggi dari registered Qs n CVM ni memang tak ramaiiiiii yang ada. aku rasa CVM dalam Malaysia ni tak sampai 5 orang kot... kalau aku punya impian la..jadi CVM bukak firm sendiri n bagi services VM... alamakkkk...terbaik betul la..

Bukannya senang nak dapat interview dengan Malaysia Airport ni... tapi apakan daya... mengikut keadaan aku skrg ni aku rasa lebih baik aku kerja tabung haji... tapi tula.. kalau aku kerja MAB ni confirm aku akan sambung Phd value management. Confirm punya. (master pun tak habis lagi...hihihih)

Harini (21.02.2014) aku call manager bahagian VM ni aku mohon maaf tak dapat interview haritu sebab kebetulan ayah aku masuk hospital. Then dia reschedule balik interview 28.2.2014 ni... Sekarang ni still dalam dilemma nak pergi ke tak..nak pergi ke tak..

Masa borak dengan manager tu.. makk aiiii.. dia kata aku sorang je yang layak dalam requirement position ni sebab yang lain tak pernah involve dengan VM....lagi la aku meroyann.......adooiiii... pening... pening2....tapi takde la confimr aku dapat kerja ni...kalau masuk MAB ni mencanak gaji aku naik... terus aku rasa aku beli subaru terus ni..

Sekian.

Monday, 20 January 2014

Akhirnya............

Setelah berbulan fokus mencari kerja..akhirnya dapat jugak aku kerja....kali ni aku pergi dengan tak prepare apa-apa.. malas nak pikir sangat.... sebelum ni interview aku bukan main prepare gila-gila punya la. siap study balik buku-buku contract la ape la..

Tapi kuasa dan rezeki dari Allah....yang aku malas nak pikir ni la, yg tak prepare apa-apa ni la yg aku dapat..syukur alhamdulillah.....insya Allah tahun ni nak kerja rajin-rajin, tak nak malas-malas lagi. tak nak tidur-tidur lagi dah...

Nak cari pengalaman baru, nak belajar benda baru n insya Allah bab gaji n benefit pun alhamdulillah... insya Allah lah takde sangkut-sangkut lagi yang buat aku pening kepala. Syukurlah ada isteri yang faham n banyak membantu aku.



insya Allah bulan 2 ni aku dah start kerja sini dah...jaga jemaah haji..hahaha. dah ada gaji tetap ni mula la rasa nak beli kereta sendiri..makin menjadi-jadi plak survey kete...huhu

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...