Followers

Monday, 25 July 2016

KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA

Minyak Kelapa Dara ialah minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut. Ia diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Kelebihan VCO ini ialah ia menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan terutamanya untuk kulit. Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata, strechmark bagi wanita hamil dan banyak lagi.

KEBAIKAN VCO :
~ Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
~ Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
~ Merawat luka dalaman dan luaran
~ Mengurangkan risiko penyakit jantung
~ Mengurangkan risiko penyakit hati
~ Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
~ Mengurangkan risiko penyakit darah tinggi
~ Mengurangkan risiko penyakit buasir
~ Meningkatkan dan memperbaiki sistem pertahanan badan
~ Membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh dan gigi
~ Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
~ Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
~ Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
 ~ Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
~ Melindungi tubuh daripada kanser.
~ Jerawat cepat susut
~ Regular semula PMS anda
~ Sistem penghadaman lebih baik
 ~ Kesuburan
~ Anti-virus. Menghalang dan melawan bakteria, kulat dan parasit.
~ Merawat sembelit
~ Melewatkan proses penuaan (awet muda)
~ Merawat masalah resdung dan tiroid
~ Merawat masalah rambut seperti keguguran, kelemumur, kutu dan kulit kepala berkuping
~ Kurangkan rasa senggugut
~ Batuk dan Selsema cepat hilang
~ Mengurangkan tidur berdengkur
~ Juga baik untuk ibu hamil

TIPS PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA

1) MINUM / AMBIL minyak kelapa dara selepas breakfast / sarapan pagi & waktu malam (sebelum tidur) pada jam 10 malam.

2) KENAPA?? Pada masa ini, sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit perlahan atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan minyak kelapa dara bertindak dan bekerja dalam badan kita.

3) ELAKKAN pengambilan minyak kelapa dara pada waktu tengahari kerana pada masa ini, sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.

4) ELAKKAN juga pengambilan minyak kelapa dara sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku / kurang kerana minyak kelapa dara yang kita minum akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.

5) NAK KURUS??? Anda sendiri mesti pandai atur atau saiz hidangan sendiri. Pengambilan minyak kelapa dara akan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar metabolisma meningkat. Jika anda rasa selepas pengambilan minyak kelapa dara, anda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak, LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda.

6) PALING PENTING SEKALI... Pastikan anda minum air kosong dengan cukup, sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga.

Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara (Minum)

Kanak-kanak 5 bulan - 1 tahun : Titiskan sedikit dalam susu formula / susu tepung / mulut bayi.
Kanak-kanak 2 ke 6 tahun : Gunakan sebanyak 2 sudu teh, setiap pagi dan malam.
Kanak-kanak 7 ke 12 tahun : Gunakan sebanyak 4 sudu teh setiap pagi dan malam.
Untuk Dewasa : Ambil 1 @ 2 sudu makan setiap pagi dan malam.

Ambil selepas makan. Sebaiknya jarakkan sekitar 1/2 jam dari pengambilan makanan.

Bagi mereka yang kali pertama mengambil Minyak Kelapa Dara, Mulakan dengan 1 sudu teh dengan setiap hidangan. Sebahagian orang mengalami perkumuhan yang lancar untuk beberapa hari.

Bagi mereka yang mengalami citarasa atau perut sensitif pula, boleh dicampur dengan jus buah-buahan, yogurt atau ditambah pada hidangan makanan lain seperti Oat yang dimasak. Dan bagi bayi atau kanak-kanak yang tidak boleh minum minyak kelapa dara, ia boleh dicampurkan pada makanan bayi seperti dalam susu formula / susu tepung.

Boleh digunakan dengan 2 cara, makan atau sapu di permukaan muka (untuk masalah kulit muka) Makan 1 biji 2 kali sehari atau 2 biji sekaligus, selepas atau sebelum makan Seelok-eloknya diambil bersama air suam atau air kosong Untuk sapuan di muka, lubangkan bahagian soft gel menggunakan jarum atau gunting dan sapukan pada permukaan kulit. Boleh dilakukan sebelum tidur malam selama 15 minit atau dibiarkan sehingga pagi.

Minyak Kelapa Dara adalah selamat digunakan bagi ibu-ibu yang mengandung dan semasa penyusuan bayi.

RAWATAN HERBA DAN PEMAKANAN

http://herbadanpemakanan.blogspot.my/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...