Followers

Wednesday, 31 August 2011

HARI RAYA PERTAMA DI TAHUN 2011 (1432h)

Syukur pada Allah....bertemu juga syawal pada tahun ni n dapat sama2 berkumpul adik beradik. walaupun x ramai 3 orang saja...aku berdoa semoga Allah sentiasa beri keberkatan dan hubungan kekeluargaan masih terpelihara...


Keluargaku :)

Dari kiri : Nik Mohd Kushairi, Mohd Khair Affanddi (ayah), Nik Mariah (mak), Nik Nurul Bazlin (adik no2), Nik Nurul Balkish (adik no.3)

Setelah bersalam-salaman dan memohon maaf sesama mak ayah dan adik beradik.. kami sekeluarga pun bergambar... yang diambil oleh Datuk Nabil. kazen aku yang raya kat kL jugak.. Selepas ni, kami akan ke kampungku yang mana terletak di belakang rumah jer...huhu...kampung saya di kuala lumpur pak.. bukannya di desa....



on the way to rumah atuk :)



Sempat berposing dulu depan rumah sementara menunggu mak ayah masuk kereta begitu :) ni la dia Datuk Nabil. Ke'busy'an sampai handphone dia x pernah putus2 bunyi orang call. 

Sesudah bersalam-salaman dengan atuk dan makcik, Sunor, kami pun berangkat pergi ke kubor arwah opah. yang mana dalam 5 km dari rumah. Semasa di luar tanah perkubuiran, terkejut dengan kelibat manusia yang begitu ramai mahu menziarahi pusara keluarga masing2. 


Dalam gambar ni takde la ramai sgt tapi sebelah kanan dan kiri gambar ni tersangat la jem dengan org lalu lalang. dengan nak baliknya, dengan datangnya lagi.


keadaan kubur yang begitu besar. ini pun sebahagian dari pada kawasan perkuburan.  kelihatan ayah sedang menuju ke kubur ibu kesayangan ayah..maklum lah ayah anak bongsu. mesti la anak kesayangan arwah opah n atuk... :)


Bila direnungkan kematian, setiap orang pasti akan mati..dan meninggalkan dunia yang sementara. yang bawa hanyalah iman dan amal. Aku berharap andainya ajal aku sudah tiba, dapatla aku disemadikan di kawasan tanah perkuburan ni. walaupun kawasan ni agak sempit dan semakin hari semakin penuh dengan kubur yang baru tetapi aku masih berharap dapat tanam di tanah perkuburan ni. 

Bagi aku, biarlah tempat yang sempit dan ramai tapi sekurang2nya apabila ada orang menjenguk di tanah kubur ni. Dia akan sedekahkan Al-Fatihah pada semua penghuni kubur disini. Adalah sedikit doa yang dapat aku terima nanti insya Allah. 


Ayah menyiram air di pusara opah sambil adik2 menunggu giliran. Tidak lupa, pada batu nisan arwah opah. aku ada tandakan 1 ikatan kain berwarna hijau bagi memastikan apabila nak datang ziarah kubur opah, takde la tercari2 sampai penat tapi ayah tak puji pun aku walhal aku dah ikat sebulan sebelum puasa  :"(   nampak sgt tak ikhlas bila mintak diri dipuji... haha


Setelah selesai berdoa dan bertahlil, beli air lor plop. Mmg cuaca sgt panas time ni.... 


Bergambar dengan ayah sebelum berangkat pulang :)  dan sebelum habis entry ni. Inilah duit raya aku terima pada hari raya pertama. Alhamdulillah...walaupun dah berjanggut still dapat lagi duit raya :) terima kasih sunor dan mama zai :)


Dulu ada kumpul sampul raya dalam album buat sebagai koleksi dan hobi. tapi hobi tu hanya sementara saja. duit dah lesap, sampul buang2 je. last2 malas dah nak simpan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...