Followers

Saturday, 29 October 2011

ANAK KUCINGku MAKIN MEMBESAR - Generasi ke-6-

Alhamdulillah...sedar tak sedar anak kucing aku semakin hari semakin besar.. Seronok tengok dia melompat2 dalam rumah. luar rumah, main gigit-gigit dengan adik-beradik n ibunya. Main kejar-kejar pun ada jugak tau. hehe. Aku pun dah makin suka dengan kucing. Dulu tak amik hal sangat pasal kucing.

RUMAH BARU  :)

Kelihatan anak kucing sedang lena di buai mimpi. Alhamdulillah semakin membesar dan berat. Ada 5 ekor anak kucing yang aku bela dalam sangkar ni n 2 ekor yang besar letak kat luar. Sangkar besar ni dalam RM300-350 dan kecik tu dalam RM80. Sangkar kecik sangkar lama. Saja dah beli yang besar, aku combinekan jadi 1 sangkar.

Aii..bro.. santai nampak lepak tepi tangga   :)

Anak-anak kucing ni anak kucing generasi yang ke-6 dijaga.. Alhamdulillah..makin membesar harap dapat la sambung keturunan dia lagi. Nama belum bagi lagi walaupun makin membesar. Ingat, nanti nak buat surat beranak untuk dia.

Kecik-kecik dah buat group sendiri

Kesian kucing aku kat tangga ni takde geng. Yang kuning lepak dengan kuning, hitam lepak dengan hitam tapi yang sekor ni haa..kaler nak ke kuning tak jugak, nak ke hitam tak jugak. Last2 lepak sorang2 tapi sekarang semua dah ok dah...mak dia dah marah jangan pulau adik sendiri. berdosa besar.

Sori ar beb gua tak tahan tak dapat nak tunggu queue  :p

Kucing yang nak keluar tu mesti bengang giler dengan tengah berak tu (walaupun adik kandung sendiri) aku dah masuk tandas dulu, dia main berak je nak cop tempat. Maafla ye tuan dia tak cukup duit nak beli sangkar lagi...

Seronok je dapat keluar rumah :)

Melompat macam monyet n macam kera kena belacan dapat keluar sangkar..

serabai tak mandi lagi ni 
Melompat macam monyet n macam kera kena belacan dapat keluar sangkar..

Tingginye naik.....
Ni kes dapat keluar sangkar la ni..suka bukan main

5 in 1
Salunye akan berlaku macam ni bila time hujan yang lebat sangat n guruh berdentum-dentum. Diorang takut n maybe nak bagi badan panas, jadi diorang tidur rapat-rapat macam selimut.

terkejut tengok  flash

Alhamdulillah koma semua dah berbaik belake. suke teman nengoknye.. sebenarnya tak sampai hati nak letak dalam sangkar n takut nak lepaskan macam tu je takut berlaku ape-ape. Insya Allah dah besar, boleh la tidur luar plak...kecik-kecik ni bahaya. tak boleh main luar selalu

p/s : pasni ada duit lebih sikit nak try royal canin plak.

Friday, 28 October 2011

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM Ke-75

Seawal 6.00 pagi aku bersiap-siap untuk pergi ke konvo Mas yang berlansung di Dataran Agong Tuanku Canselor (DATC) di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah syukur semua berjalan dengan baik. Teringat dulu masa konvo diploma di menara SAAS. Ramai sangat orang sampai rasa nak mengamuk je memanjang. walaupun memang seronok. huhu. Sekarang alhamdulillah,  initiative UiTM membina bangunan baru especially untuk pelajar-pelajar berkonvo adalah satu rahmat dan ihsan dari Allah asbab usaha UiTM untuk meningkatkan kualiti UiTM.

DEWAN AGUNG TUANKU CANSELOR

Seronok rasa ada dewan baru macam ni. Takdela sesak mana walaupun jalan kaki agak jauh sikit (datang awal dapat dekat la kan...siapa suruh datang lambat..) Takde la macam meyulitkan ibu bapa yang datang especially ibu bapa yang sudah berusia n tak larat n sesak2. Alhamdulillah... terima kasih UiTM!!!! (hepi la jugak kan walaupun aku x grad2 lagi ni)

KETIBAAN DATIN SOFIRA

Ketibaan Y.Bhg Datin Sofira selaku Pengarah Cawangan Ukur Bahan Dan Kontrak JKR Putrajaya. Jangan lupa salur projek kepada saya :p

LAMBAT OF THE YEAR

Lambat-lambat-lambat. Ni kalau ada anugerah Lambat of the Year, dua-dua ni mesti menang punya. Nak konvo pun lambat..eee!!! risau betul aku.. alhamdulillah boleh masuk gak budak 2 orang ni.

MAK & AYAH MAS DI DALAM DEWAN

Mak malu ye....ayah plak siap boleh pandang n ajak mak sekali masuk dalam gambar. Tapi mak tetap dengan pendiriannya..hehe (gurau je k) Mak time ni nak jerit je. "addddiiiikkkkkkkk!!!!!" dalam dewan tu kalau boleh. 

KEADAAN DALAM DEWAN - EXCLUSIVE  :)
Keadaan dalam dewan begitu exclusive and cantik bangat.

PORT MAKAN BAIK PUNYA

Then sementara menunggu mas konvo, kami pun semua pergi makan. Memandangkan sampai perut pun berbunyi seakan-akan lagu UiTM DiHatiku. Kami pun menuju la kat tempat makan. Disinilah bermulanya sejarah auni baring kat UiTM. hehe.

SUKANYA AUNI MAIN BELON ANGRY BIRD
Suka tengok auni tendang belon angry bird tapi bila dah besar jangan jadi pemain bola pulak ye..

GIGIT ATUK DENGAN GUSI :P

ATUK : Auni...alolololo...meh gigit tangan atuk meh..
AUNI : Atuk..auni takde gigi la atuk..macam ne auni nak gigit jari atuk.. lagipun jari atuk bau nasik kerabu..(auni berkata-kata dalam hati)

KEDAI HADIAH & CENDERMATA UNTUK KONVO

Rezeki orang meniaga. Harap dapatla untung yang banyak ye :D

SESI TAWAR-MENAWAR

Mak berusaha dengan bersungguh-sungguh mintak kurangkan harga walaupun beza kedai sebelah RM5 dan ayah tanpa banyak cakap dan fikir panjang, terus bayar. hehehe..xpela...niat sedekah...

KEDAI SAYA SHOPPING
(sempat lagi akak ni posing)

Saja nak iklan kan kedai akak ni...Harga dia dari RM 26, rm28, RM30, RM 32 bergantung kepada bear dia. semakin besar dan gemuk bear semakin mahal.

:)

Akak ni x kasi aku letak nama NMKA. dia suh letak baby ke, ayang ke..hahahah.. malu la aku nak letak nama macam tu..kang x pasal2 parent tengok..sogan den..

:)
Ambil gambar free

DEPAN KEDAI TAWAR MENAWAR

OTW TO DATC

Dah selesai menjamu selera. membeli bunga dan lain2 kami pun berangkat menuju ke DATC menanti kedatangan mas yang x kuar-kuar lagi ni..

DAH KELUAR!!!


DARI KIRI : Kerol, Nik Amira, Mas, Nad, Qis

Hope enjoy la tengok gambar ni ye :D tak tahu nak komen ape..hehehe

DARI KIRI : Nik Amira, Ezam, Raff, Kerol, Ku Bos, Mas
Hope enjoy la tengok gambar ni ye :D tak tahu nak komen ape..hehehe

KAK, TEPI SKET KAK 
Hope enjoy la tengok gambar ni ye :D tak tahu nak komen ape..hehehe

AUNI PUN NAK KONVO JUGAK KE?
Hope enjoy la tengok gambar ni ye :D tak tahu nak komen ape..hehehe

:)
Hope enjoy la tengok gambar ni ye :D tak tahu nak komen ape..hehehe

DARI KIRI : Nina (tersepit antara bunga & kepala ella), Ella, Jai Bencer, Adey, Nik, Rush to the Rush

Nina kelihatan masih menyanyikan lagu UiTM Dihatiku walaupun dah keluar dari dewan. Bagus nina. Keep it up! Semua nak tunjuk gigi. tahu x aku ni x dapat menahan nafas lama-lama tau. Taik o gek tak orang banyak gilak.

NINA MOK JUAK INTEPREM DALAM YA. CERWAK

Hepi jai ooo...jangan hepi sangat jai..kau kenak polah dissert jai..boh main2..mok hantar dah tok.. tetak kauuu...suka...kelak gurin sikpat tido...

KELUARGA TUAN HAJI & AMIR KHAIRI

Kepada amir khairi, terima kasih banyak2 atas segala pertolongan kau dalam aku susah dan senang. Terhutang budi dan terhutang minyak aku dengan ko (sebab ko selalu bagi pinjam kereta mir..terharu sampai skrg ni...) Allah saja yg mampu balas segalam jasa baik ko mir.

ADD : Aeronerol  (kiri sekali)
Hope enjoy la tengok gambar ni ye :D tak tahu nak komen ape..hehehe

TUAN HAJI ROSLI HUSSIN
(orang penting ukur bahan)

Hope enjoy la tengok gambar ni ye :D tak tahu nak komen ape..hehehe

Opppss! maaf Tuan Haji terpegang bahu pulak :D
Hope enjoy la tengok gambar ni ye :D tak tahu nak komen ape..hehehe

HUHU. KEMAH MOLEH PELUK CLASS REP AKU NI

Bersama ketua kelas degree yang berwibawa, mengambilberat pasal pelajar, rajin, sanggup berkorban apa saja demi kelas F yang tercinta. HIDUP IRNAN!!


I LOVE YOU :*
Tahniah sayang!!! Insya Allah nanti konvo ite datang tau. amik gambar ite banyak-banyak plak ekh.. Doakan ite berjaya habis degree sem ni :)

BERSIAP BALIK!!

BERKAT DOA AYAH :)
olehahnye ie!!!!!
Semoga jadi anak yang solehah..agushnye ie!!!! 

:)
antiknye ubah ie!!!
Dah-dah la tu...balik la....buat ape lagi kat sini...

NMKA  :)
p/s : Tahniah semua kawan-kawan. Insya Allah kita jumpa lagi 10 tahun akan datang. n aku akan bawak korang jalan-jalan dengan range rover aku nanti..huhu..ada ramai lagi kawan-kawan yang aku tak dapat amik gambar sama-sama n upload dalam entry ni.. Masing-masing sibuk bergambar termasuk den. SEKIAN.

Wednesday, 19 October 2011

in a relationship with DSLR

Tak sangkanya!!!!!!!!  hehehehe...alhamdulillah.... bila kita nak sesuatu tu, kadang-kadang dah tak terlintas langsung baru dia akan datang. Aku rasa dah macam banyak berlaku dah dalam diri aku. Dulu teringin sangat nak ayah belikan kereta (tak bersyukur punya anak) but then bila hati kecil ni seakan akan merajuk dengan keadaan dan diri sendiri dan mula tak memikirkan kereta. Saat tu la ayah suruh aku cari kereta n survey.

Muka happy dapat kamera baru. Yeayyy!!! 
heheheh...sedar tak sedar, haritu nak beli sangat kamera. Sebab aku suka amik gambar buat kenang-kenangan. Tapi harini alhamdulillah....di saat aku dah tak fikir pasal kamera lagi...then dapat jugak beli kamera Canon EOS 1000D. tu pun kongsi duit dengan awek aku. bukan Kongsi dengan shaheizy sam ok. 

CANON EOS 1000D 
Mungkin bagi orang kaya, kamera macam aku ni biasa-biasa je. tapi bagi aku tak ok! hehe..walaupun berkongsi duit nak beli. By the way, harini happy saat duk main-main kamera walaupun tak pandai sangat pun...cuba-cuba dulu.. 

Kamera ni gambar cantik tapi kalau tak pandai amik jadi hodoh plak even DSLR sekalipun. huhu.. n camera ni sekali dengan battery grip. Kalau nak tahu lebih lanjut sila google di halaman google ekh.

Sekarang ni rasa macam tak sabar-sabar nak pergi jalan-jalan amik gambar. Mana taknya, dulu nak bergambar sedih je guna kamera hp yang dah rosak. 
Sabar je... :'(((

Kalau dapat pun pudar.. tapi aku tetap bersyukur at least dulu ada kamera jugak.. dari pergi jalan-jalan kosong macam tu je..kan tak best.. :) betul x?

the specification :) 

Spec ni sikit je...dalam google banyak...sekadar nak memenuhi ruang je..heheheh..

the insane driver :'((
muka innocent tapi bawak macam michael schumacher

So lepas amik kamera dari mas, kitorang pun pergi lunch bersama memandangkan sudah bekerja, masa lunch saja terluang untuk bersama dan sepanjang pergi dan balik aku membebel-bebel dengan cara pemanduan awek aku sendiri.. (sepatutnya berlaku pada aku)

Pas makan pun balik....balik ofis lerr...xkan balik umah...nak kena hantuk dengan drawing atas kepala memang boleh la...di harap pasni cantik la gambar-gambar dalam blog aku yang serba kekurangan ni... Dan memohon maaf atas kebatakan hari ini. Sekian.

Tuesday, 11 October 2011

YELLOW CAB PIZZA KUALA LUMPUR

Memandangkan jarang bawak adik jalan-jalan n diorang plak tibe-tibe nak makan pizza. Ada yang nak makan pizza hut, domino la, papa john (bukan papa jahat k). Pastu plak dah lewat malam, aku bawak la diorang pergi Yellow Cab Pizza. 

yup! Great Pizza :)

Aku rasa pizza yellow cab ni la paling sedap antara pizza2 yang pernah aku pergi makan. Memang sedap la. Kalau KFC sedap hingga menjilat jari tapi kalau yellow cab pizza ni sedap hingga menjilat lantai. Sebab kalau tertumpah mesti korang amik balik punya. 

Hidang air dalam tin. hehe

Suasana tenang Kuala Lumpur tanpa jem, bunyi hon. dan cuma kelihatan polis ronda-ronda mencari pesalah-pesalah trafik saja. Time ni dalam pukul 11 lebih. 

Tempat ri macam rileks n santai. kalau malam. Tapi kalau siang, terbakar pizza yellow cab ni. huhu

Next plan nanti nak pergi lagi :) yela...baru batak nak makan yellow cab. Orang lain ntah-ntah dah muak dah. Aku je baru nak cuba-cuba.

Mahu makan yang besau-besau pulak. Hehe.. haritu amik yang kecik je..tu pun dah macam large pizza hut.



Rasa seronok bawak adik-adik jalan-jalan cari makan. Tengok diorang melatah dengan kusyuknye. Insya Allah, nanti kita akan plan tempat lain plak.

Like Cat & Dog. Grrr!!

Pepperoni & Mushroom 10''

Ni sedap sangat. Balkish yang pilih. Aku tak pilih pun. Mana yang adik aku nak makan, tu la yang aku makan. Tak kesah sangat pun asalkan jangan tuna. Tu aiman pun akan jadi kisah. 

New York Finest

Ni menu paling terbaik! n paling mahal la antara menu-menu yang lain. Cuma amik 10'' saja. 10'' paling kecik tapi kalau compare dengan pizza hut. dia sama saiz antara medium dengan large. ni bazlin yang pilih kot.

kat sini je ase dapat menikmati cheese
The melting cheese!


Kalau nak rasa cheese yang kenyal & cheese yang cair kat sini la tempatnya. Haritu ada la makan kat restaurant pizza tu. Dia kasi hangus n keras. Nak kata chef dia ni takde rasa bersalah ke... tak perasan ke..ke memang pizza dia memang keras macam keropok.  Sabar jele...

Sempat lagi tu...

Jangan tertipu macam aku! huhu. kalau nak basuh tangan, bukan bukak pili kat kepala paip tu tapi kena tolak ada macam sekeping steel kat lutut untuk basuh tangan. kena tolak dengan lutut baru keluar air. Memang batak punya, aku pergi basuh tangan dalam tandas. Huhuh

Tabasco red pepper sause

Nama nak sedap je...tapi bagi lidah melayu aku ni tak sedap langsung. Adik aku banyak cicah dengan tabasco ni sampai cirit birit balik rumah. Huhu. Tapi ada je sos cili life. Huhu. 

                                            THE MENU OF YELLOW CAB PIZZA

NYF and P & M

EXTRA & BEVERAGES

Size Guide
10'' pun dah besau cuma kalau nak makan 3 orang amik dua 10''

yup!! no service charge and taxes!!
Berbaloi-baloi!!

Macam rugi je...huhu.
                                                           LOCATION/MAP



                                                       BERSIAP-SIAP BALIK

TERKELUAR-KELUAR GIGI :P
VESPA-VESPA KUNCI-KUNCI


Pas bergambar dengan vespa ni kami pun semua balik rumah..gambar balkish je takde..dia malu tersipu nak amik gambar atas moto ni...balkish kan matang... :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...