Memandangkan jarang bawak adik jalan-jalan n diorang plak tibe-tibe nak makan pizza. Ada yang nak makan pizza hut, domino la, papa john (bukan papa jahat k). Pastu plak dah lewat malam, aku bawak la diorang pergi Yellow Cab Pizza.
yup! Great Pizza :) |
Aku rasa pizza yellow cab ni la paling sedap antara pizza2 yang pernah aku pergi makan. Memang sedap la. Kalau KFC sedap hingga menjilat jari tapi kalau yellow cab pizza ni sedap hingga menjilat lantai. Sebab kalau tertumpah mesti korang amik balik punya.
Hidang air dalam tin. hehe |
Suasana tenang Kuala Lumpur tanpa jem, bunyi hon. dan cuma kelihatan polis ronda-ronda mencari pesalah-pesalah trafik saja. Time ni dalam pukul 11 lebih.
Tempat ri macam rileks n santai. kalau malam. Tapi kalau siang, terbakar pizza yellow cab ni. huhu
Next plan nanti nak pergi lagi :) yela...baru batak nak makan yellow cab. Orang lain ntah-ntah dah muak dah. Aku je baru nak cuba-cuba.
Mahu makan yang besau-besau pulak. Hehe.. haritu amik yang kecik je..tu pun dah macam large pizza hut.
Rasa seronok bawak adik-adik jalan-jalan cari makan. Tengok diorang melatah dengan kusyuknye. Insya Allah, nanti kita akan plan tempat lain plak.
Like Cat & Dog. Grrr!! |
Pepperoni & Mushroom 10'' |
Ni sedap sangat. Balkish yang pilih. Aku tak pilih pun. Mana yang adik aku nak makan, tu la yang aku makan. Tak kesah sangat pun asalkan jangan tuna. Tu aiman pun akan jadi kisah.
New York Finest |
Ni menu paling terbaik! n paling mahal la antara menu-menu yang lain. Cuma amik 10'' saja. 10'' paling kecik tapi kalau compare dengan pizza hut. dia sama saiz antara medium dengan large. ni bazlin yang pilih kot.
kat sini je ase dapat menikmati cheese |
The melting cheese! |
Kalau nak rasa cheese yang kenyal & cheese yang cair kat sini la tempatnya. Haritu ada la makan kat restaurant pizza tu. Dia kasi hangus n keras. Nak kata chef dia ni takde rasa bersalah ke... tak perasan ke..ke memang pizza dia memang keras macam keropok. Sabar jele...
Sempat lagi tu... |
Jangan tertipu macam aku! huhu. kalau nak basuh tangan, bukan bukak pili kat kepala paip tu tapi kena tolak ada macam sekeping steel kat lutut untuk basuh tangan. kena tolak dengan lutut baru keluar air. Memang batak punya, aku pergi basuh tangan dalam tandas. Huhuh
Tabasco red pepper sause |
Nama nak sedap je...tapi bagi lidah melayu aku ni tak sedap langsung. Adik aku banyak cicah dengan tabasco ni sampai cirit birit balik rumah. Huhu. Tapi ada je sos cili life. Huhu.
THE MENU OF YELLOW CAB PIZZA
NYF and P & M |
EXTRA & BEVERAGES |
Size Guide 10'' pun dah besau cuma kalau nak makan 3 orang amik dua 10'' |
yup!! no service charge and taxes!! Berbaloi-baloi!! |
Macam rugi je...huhu. |
BERSIAP-SIAP BALIK
TERKELUAR-KELUAR GIGI :P |
VESPA-VESPA KUNCI-KUNCI |
Pas bergambar dengan vespa ni kami pun semua balik rumah..gambar balkish je takde..dia malu tersipu nak amik gambar atas moto ni...balkish kan matang... :p
No comments:
Post a Comment