Followers

Saturday, 19 November 2011

Malam Terakhir Thesis :)

Rasanya ikut-ikutkan aku, aku dah siapkan thesis 3 minggu lebih awal daripada tarikh sebenar hantar dissertation/thesis tapi selepas hantar final draft dengan supervisor aku. Ternyata aku ni syok sendiri yang sebenarnya aku ni belum siap pun siap lagi. Tambahan plak aku ada kerja part time menambahkan lagi kemalasan aku nak sambung buat thesis.

Tapi nak tak nak aku kena buat jugak thesis memandangkan itu salah satu requirement nak dapatkan degree. Aku banyak spend masa kat ofis. Selepas kerja atau semasa kerja aku curi-curi la tulang buat thesis. Tapi bukan la mencuri tulang anjing. hehe

SUMMARY THESIS AKU :/

Agak pening jugak nak menguruskan summary ni tetapi aku kena kuat n buat jugak segala adjustment n idea2 yang ditambah oleh supervisor. :) Ok je buat adjustment ni..takde mendatangkan masalah pun kat aku...suka sebab rasa aku boleh "upgrade" aku punya summary ni jadi lebih baik..

4 CASE STUDY :)
Aduii.....asyik senget je gambar niii...byk kali plak cuba upload tak dapat2 plak... semua kos print ni semua RM90.

Sebab yang A3 tu aku pakai glossy paper. Agak mahal sikit la tapi cantik bila print...

Dia nampak kilat n kertas tu keras..tapi cantik bila lipat n dapat tebalkan thesis aku. tu je sebenarya... hehe

Untuk A1 paper ni aku buat 4 case study je... n A3 paper tu objective2 thesis aku...

Time buat thesis ayah salu datang especially time malam bawak makanan..

Paling kerap mak ayah datang hantar makanan pada hari-hari2 terakhir nak hantar dissert. Yela, aku pun tidur kat ofis apa semua..
Terima kaseh ayah n mak :) selalu datang teman bagi sokongan :)

Sheri takkan lupa semua pengorbanan mak ayah selama ni.. i love you!! (sheri nama panggilan kat umah).. hehe..

NABIL & AYAH 

Malam akhir nak hantar thesis ni, ayah datang bawak nasik arab. Sedap giler...1 bekas dalam RM20 lebih n ayam tu separuh ekor ayam n boleh makan untuk 3 orang untuk 3 orang yang tak lapar sangat atau 2 orang yang lapar sangat. tapi kalau tiga2 orang dah kebulur memang tak cukup la kan..

SEDAP SANGAT!
Thankz ayah teman makan :) sedap sangat ayah beli ni nasik ni.. nasik arab ni dia ada sambal cili dia sendiri n kena makan dengan susu masam. Rasa macam yogurt marigold tu..cuma takde perisa strawberry je.. hehe.. mula2 macam pelik je makan dengan yogurt ni tapi dah lama2 rasa yogurt ni la aku buat kuah ayam. hehe..

Then pas makan semua ayah pun balik dengan mak.. :) hepi rasa mak ayah datang.. hehe. eh! duk cerita pasal makanan ni lupa nak cerita pasal thesis. Tajuk thesis aku "A Study On the Effectiveness of Value Management Implemention in Malaysian Construction Industry" nanti2 la ekh aku buat entry pasal VM. malas pulak. Mana la tahu kot ada student nak cari maklumat pasal VM. hehe

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...