Followers

Saturday, 28 January 2012

KESAHKU DI BRUNEI (7) - Dilarang Merokok

KATA KAN TIDAK PADA BERSIGUP!

Aku ni bukan lah seorang yang merokok dan aku tak pernah merokok sepanjang hidup sampai ke harini. (tapi tak sure la jugak kecik2 pernah hisap rokok ke tak. hehe) Di Brunei kita dilarang merokok di tempat public kana nantik kita kena saman. hehe. Banyak notis yang macam ni aku perasan kat kedai2 makan.

Mahal jugak kena denda ni. Kalau 1000 dollar bagi kat mak ayah lagi bagus. Salunya aku perasaan orang brunei merokok dalam kereta or celah-celah/tepi-tepi bangunan or dia duduk dekat kat tempat parking kereta. So tak nampak sangat la dioarang merokok sebab terlindung dengan kereta. 

So far tak pernah lagi la tengok orang kena saman. cuma pada aku yang tak merokok ni takdelah rasa sangat kalau nak dibandingkan dengan orang yang merokok sehari 43 kotak kan. So berhati-hatilah datang ke brunei. Mana tahu tiba-tiba terjumpa polis yang strict pastu korang mintak lighter. Memang dia bagi 1000 lighter la.. huhu

Sabtu, 28/1/2012
Kg. Menglait, Gadong
Brunei Darussalam
Sekian.

Friday, 27 January 2012

KESAHKU DI BRUNEI (6) - My Working Table

MY TABLE

Melampau la pulak kan sampai meja kerja pun nak masuk dalam entry ni. Tapi ada aku kesah?? hehe. Ni la dikatakan kenangan. So aku update semana yang boleh. Sekarang ni banyak buat measurement external work..kira earthwork. So kena kira "cut n fill" :) nak cerita panjang banyak benda tak tahu lagi ni.

:)

Meja ni betul2 depan bilik team leader aku. Memang jadi kayu n tiang letrik la aku duk sini... heheh.kalau ngantok tu...memang aku cuba tahan or pergi basuh muka or pusing2 kat depa kerusi ni jugak. huhu.. Aku sebenarnya tak kesah pun kalau kena letak kat meja mana. Kata datang nak cari rezeki, bukan datang nak tidur.

p/s: macam Qs tak aku ni? hehe. Next time boleh post gambar2 dengan staf nanti ni :)

Jumaat, 27/1/2012
Kg. Menglait, Gadong
Brunei Darussalam
Sekian.

KESAHKU DI BRUNEI (5) - Nasi Katok

Ni la makanan paling faveret faveret aku kat Brunei. NASI KATOK. Nasi dia sedap sangat tapi bergantung pada kesedapan sambal dan adunan rempah/tepung pada ayam tu. Memandang aku ni nak saving duit je. Kira hampir setiap hari aku makan nasi katok ni.

MY KEDAI MAKAN

Tadi rasa malu plak nak amik gambar depan2. Dah la muka ni je yang salu datang. Datang naik subaru (sini kereta tu biasa je, perasaan je lebih) tapi makan nasi katok. huhu. Salu aku parking jauh-jauh sikit kalau nak pergi makan kedai ni. 

HAA...NI LA DIA NASI KATOK!

Aku pun kadang -kadang naik segan dah sebab selalu datang. Tapi aku bagitahu dalam lubuk hati aku ni, aku datang bukan sekadar nak jimat duit tapi memang nasi dia sedap. Tu aku selalu datang. Harga dia 1 dollar je. Berbaloi tak?

Kalau Malaysia nasik dengan ayam dah RM3.50-4.00 dah. Ni 1 dollar je. Tapi jangan la darab dengan duit Malaysia. Ni kita cerita kita kerja kat sini n spend duit kat sini. Teh o pun baru 50sen. Ayam sekor pun baru dalam 6 dollar macam tu. Cokelat??? perghh...cokelat pun murah2 tau.

p/s: Nati akan di post Nasi Katok kedai yang lain pulak ye.

Jumaat, 27/1/2012
Kg. Menglait, Gadong
Brunei Darussalam
Sekian.

KESAHKU DI BRUNEI (4) - Minyak oh! Minyak

Dekat Brunei ni "cost living" bagi aku adalah sangat rendah. Walaupun duit Brunei ni agak tinggi berbanding Malaysia tapi kalau bab harga barang, makanan boleh dikatakan murah. Kalau kita compare 1 to 1. Kalau gaji di Malaysia RM2000, kita kena isi minyak tetap RM1.90 untuk Ron 95 n harini Ron 97 RM2.80. 

Brunei ni sama je rate gaji dengan Malaysia. Kalau Qs degree BND2000. Dan harga minyak kat sini sangat la murah...aku isi fulltank BND30.00 dapat pakai dalam 2 minggu hingg 3 minggu. Jadi dah jimat duit kat situ.  :)

NAMPAK TAK HARGA MINYAK BERAPA?

Tak nampak ke...(maklumlah pakai sony ericson lagi..huhu) ini stesen minyak kat area rumah je...time nak balik sempat la jugak capture harga minyak kat sini....kalau tak nampak, moh ambe besorkannye...kalau kita pakai kereta nombor pendaftaran Malaysia kalau nak beli minyak rate ni tak dapat la. mahal sikit dari rate ni tapi still murah lagi. Dalam 60-70sen kot. 

JELAS?

hehehe...dah nampak tak berapa harga minyak kat sini? sebab tu la minyak kereta aku fulltank baru je BND30.00. kalau kat kL. RM30 tu pakai 2-3 hari je..aku bukan condenm minyak kat Malaysia tapi cuma bagitahu je minyak kat sini murah. 

p/s: Aku pun malas nak cerita panjang kenapa minyak murah kat sini n kenapa Malaysia mahal. Mungkin dari segi bilangan penduduk n etc, etc n ect la kan. cuma kat sini kalau dahaga sangat tak payah beli air mineral. minum je petrol. Air mineral lagi mahal dari minyak. 

Jumaat, 27/1/2012
Kg. Menglait, Gadong
Brunei Darussalam
Sekian.

KESAHKU DI BRUNEI (3) - Employment Pass n IC Brunei

So, bila dah bekerja kat sini. Kita kena buat employment pass n IC Brunei. Kat sini IC Brunei untuk foreigner warna hijau. Bila dah ada IC tak perlu lagi pakai pasport kalau nak apply ape2 contohnya macam internet, nak bukak akaun bank or etc yang perlu pakai ic macam kita kat Malaysia.

TUNGGU TURN :)

Pudar plak gambar..pakai hp lama lagi time ni..hehe... orang tersangat la ramai.. indonesian, filipino, sri lankan, myanmar, india, pakistan, bangladesh n etc. hehe. sama je macam malaysia

DAH DAPAT!

So bila dah dapat employment pass boleh la terus buat ic pada waktu tu or bila2 pun boleh...tapi biarlah cepat2...sebab takde ic susah sebenarnya. nak bawak pasport ke hulu ke hilir... kang ter hilang memang leceh n pening la nak buat pasport baru.


KASTAM DAN IMIGRESEN BRUNEI

Time ni amik gambar semua orang dah balik. Memang takde orang la kan... time working hour memang ramai gilbab. ni pun saja datang sebab nak amik gambar punya pasal huhu

p/s: IC gue belum siap lagi dong.. kapan mahu siap ni sihh...

Jumaat, 27/1/2012
Kg. Menglait, Gadong
Brunei Darussalam
Sekian.

Monday, 23 January 2012

SEOUL GARDEN PLAZA PANTAI

Jalan nak ke sini agak keliru sikit kepada yang orang tak biasa macam aku ni. Plaza Pantai terletak depan Bangunan RTM yang bersebelahan federal highway. Land mark mudah je ke sana adalah dengan pergi ke Universiti Malaya n dari situ dah ada signboard. Ikut signboard je pasti jumpa.

.......

MENU 1

MENU 2

MENU 3

MENU 4

Menu-menu ada lagi tapi tak amik. Dia sama je macam menu kat IOI n OU. Cuma menu kat sini dia tak tulis nama menu tu. Tu yang boring sket tu. Asal nampak je kaut je semua. Lagiun dekat dengan rumah. So pergi sini je la kan.. :)

MY PROPERTY :)

MY LOVELY SISTERS

KEBULURAN

Samada betul atau tak, kat sini beza dia dengan SG tempat lain dia ada provide bawang, lada besar2 n minyak.  So dah macam grill daging kat umah.. hehe. So time ni masing2 nak tunjuk terer masak daging walhal kat umah memang pemalas nak masak. (aku leer tuu...) hehe

NIK NURUL BAZLIN :)

NIK NURUL BALKISH :)

MAS NIZA ABU BAKAR :)

Pas kenyang makan balik lerr....adik-adik aku tak sabar nak balik cepat nak tengok cite hantu kak limah n IP Man.. ape kehe ni semua..

p/s : SG sini lagi besar raung dia berbanding IOI n OU.  insya Allah ada rezeki dan masa harap kita semua dapat berkumpul bersama-sama lagi. Hanya kamu insan-insan yang bermaksa dalam hidup ku. (termasuk mak ayah jugak lerr..)

Sekian. 

SCRUMPTIOUS + YUMMY = SCRUMMY


SCRUMMY's MODEL
(kasi besar sikit ini gambar!)

Nasib la ada Jalan-Jalan Cari Makan, kalau tak aku tak kenal dah tempat ni. Dia terletak kat jalan ipoh and terceruk sikit (sikit je) dari jalan ipoh tu. Aku pun tak ingat sangat jalan dia sebab first time pergi n tak terpikir nak detail2 sangat jalan dia. Tu pun awek aku yg jumpa.  

ORDERING MENU :)

Makanan kat sini tak mahal n harga dia standard2 je macam kedai lain. Orang-orang takde duit macam aku ni je memang takut nak masuk kedai kalau nampak macam mahal sket.


BABY, U LOOK SO SCRUMMY THAN SCRUMMY RESTAURANT

Thankz syg belanja! asyik2 mas je belanja aku. Sebagai seorang lelaki separuh sejati, aku selalu sedih bila dibelanja :'(  Walaupun aku dah bekerja tapi mas tetap nak belanja aku sebab sekarang ni dia dalam proses nak amik hati aku belikan dia Galaxy Note.

BABY, U LOOK SO "PUTIH" THAN YOUR CABONARA

Cabonara ni ( Fettucin Pormodorro) dalam RM 12.00. Sedap n banyak jugak dia letak. Memang kenyang makan. Kalau mushroom soup dalam RM5.50. Memang pure cendawan n tak macam mushroom soup pizza hut yang macam guna 3 in 1..

MINE :)

Ni menu saya leerrr..menu ni aku cek takde dalam list dia. Aku mintak beefsteak (beefsteak takde) pastu dia duk mencarut2 ape ntah. Dengan aku pun tak faham menu ape yang dia cakap. n last ni menu dia hantar. Sedap gilbab tau. 

STEAK DIANA RM 13.00

Mula2 tengok macam tak kenyang. tapi bila dah makan separuh pun dah rasa kenyang dah (lagipun aku dah sental separuh makanan awek aku..hehehe)  opsst!! 



















p/s: Pasni bawak adik2 plak makan sini :)

Sekian.

Sunday, 22 January 2012

KESAHKU DI BRUNEI (2) - Endorsement Lesen


Sebelum pergi kerja kat Brunei atau luar negara kepada yang dah ada lesen memandu terlebih aku syorkan pergi JPJ terlebih dahulu untuk buat endorsement lesen kita untuk kita dapat memandu kereta kat Brunei. Kita diberi tempoh selama 3 bulan sahaja untuk memandu menggunakan lesen kenderaan Malaysia. 

Kalau kita bekerja kat sana, wajib kena buat endorsemnet di JPJ. Cas sebanyak RM10. Macam aku dah pergi n kebetulan amik cuti seminggu balik KL. So aku buat la terus endorsement ni. Dan surat ni akan serah pada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Brunei untuk kelulusan memandu kenderaan di Brunei. Kiranya kita tak perlu lagi amik ujian sekali lagi di Brunei macam kita amik lesen di Malaysia.

Ikut pengalaman yang aku tahu. Sebab 1st time tak pernah buat. Kepada yang nak endorsement lesen. Amik nombor kat JPJ (amik je dulu) kemudian terus pergi ke kaunter tanya nak buat endorsement lesen. Sebenarnya dia tak perlu beratur amik nombor sebab bukan orang kaunter yang buat surat tu tetapi pegawai yang di belakang tu akan uruskan. So akan jadi cepat n jimat masa. Kalau dah terkono macam den tunggu nombor lamo la jadinyo. Padahal sekejap je buatnya.

Sekian.

JALAN2 BELANJA BAUCAR 1MALAYSIA

Yeah!! Harini berjalan2 ke alamanda semata2 nak shopping buku dengan menggunakan baucar 1Malaysia.. hehehe...ada la jugak benda nak buat sambil jalan-jalan2 tu.. hehehe

TOTAL AMOUNT RM200.90

Aiiii..memang ramai giler MPH Alamanda tu. Ada yang sibuk bincang nak amik buku apa, ada budak kecik nangis tak dapat buku naruto (kakak dia sayang nak nak guna baucar beli buku naruto), ada yang bawak semua buku duduk tepi sudut duk kira berapa dah jumlah harga buku yang dah diambil (aku lerrr tu) n macam2 ragam lagi. 

Ada yang kena arahan beratur lurus2 masa nak bayar (macam perhimpunan kat sekolah plak).Nasib tak kena letak tangan atas bahu kawan. huhu. mungkin sebab beratur dia panjang giler sampai bengkok2 barisan tu... Aku ok jer..cuma tergelak la dengar arahan macam tu. 

ADIK2KU

Jarang bawak diorang jalan2 lebih2 lagi aku dah bekerja. Sorang lagi sambung belajar. Insya Allah ada masa terluang nanti kita keluar sama-sama lagi yerr :)

DARI KIRI: Balkish, myGF, GF's mum, Bazlin

~Love you all very much n all of u r really means in my life~
.im mean it.

BAUCAR BUKU 1MALAYSIA :)

Alhamdulillah....

Alhamdulillah.....syukur pada Allah dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi mengeluarkan sedikit wang rakyat untuk kita berkongsi bersama. Dengan kemudahan yang ada ni dapatlah aku beli buku, alat-alat tulis dan segala yang ada kat MPH n POPULAR tu. 

Aku sedikit hairan kepada yang banyak sangat mulut longkang atau mulut yang tak guna ubat gigi yang berkualiti yang banyak komen2 pasal baucar ni. Ada yang aku dengar :

1. Nak pancing undilahh...(paling ketara ni aku rasa)
2. Nak amik hati rakyatlah...
3. Sikit sangatlah...
4. Exam dah habis la...n berkaitan dengannya.
5. ....................... (boleh tambah sendiri)

1. Kalau ye pun ni salah satu pancing undi. Kepada yang cakap macam tu. Senang je. Ko amik baucar ni... ko bagi pada orang yang susah atau ko beli buku n alat2 tulis beri pada saudara mara yang rasa macam diorang perlu sangat2 atau adik ko yang memang pemalas nak baca buku. 

Belikan dia saidina ke, atau mainan2 minda yang ada jual kat MPH atau ko beli je buku-buku yang ko rasa nak bagi kat awek ko. Cakap dengan dia, tahun ni "i nak kasi hadiah lain sikit dari sebelum nii..." (mungkin b4 ni asyik bagi beg guess, jam guess, atau yg mahal2). So dah jimat duit

Dan satu lagi yang mungkin pro-pembangkang. Ko amik baucar ni, beli apa-apa yang korang nak kemudian pilihanraya akan datang ni korang pangkah PARTI pilihan korang. Simple! sebab ni pun duit tax yang korang makan kat mcd jugak kan.

2. Nak amik hati? memang lah. tak kan kerajaan nak amik seluar dalam korang pulak.

3. Sikit sangat? Petikan dari Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud, "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". 
Haaa...kalau kita bersyukur Allah tambah lagi beb!

4. Sama macam nombor 1 jugak. hehehehe.

Soal pemimpin songlap duit, rasuah, guna duit rakyat sesuka hati. Tu urusan dia dengan Allah. Kita sebagai rakyat ni amik je apa yang diberi kalau tak puas hati. Jangan pangkah. Fullstop!

p/s: Aku tengok ramai yang banyak amik buku-buku yang berkaitan dengan agama n masakan (pasal makan mesti tak boleh lepaskan). Mungkin dengan bacaan berkaitan dengan buku agama, kami semua manfaatkan dalam hidup, semoga Allah beri ganjaran pahala di akhirat nanti kepada pemimpin yang mencetuskan idea ni. 

Dan juga macam masakan. Mungkin ada yang beli untuk kakak yang dah kahwin, mak yang belajar resepi baru untuk masak untuk keluarga, suami dan anak-anak (tu pun dapat pahala)  dan insya Allah dapat pahala juga kepada yang menyediakan baucar ni. (membebel2 ape lagi aku ni)

Sekian.

Thursday, 19 January 2012

FINAL EXAM

SEMUA NAK PURA-PURA HEPPY

Alhamdulillah....final exam dah lepas semalam. Mesti aku akan rindu kawan-kawan aku. Yelaa..time dah kerja nanti dah susah dah nak jumpa kawan-kawan semua kan. Alhamdulillah lah ada bincang2 b4 exam. banyak benda yang aku tak tahu. 

AKU PUN TERPAKSA PURA-PURA HEPPY

Aiiiee....suka na kau jaiii....mas2...plenter jak kerja kauuuuu...time ni tgh bincang2....aus plak buat2 tak tahu plak kannn...mesti la aku nak masuk gambar gak. hehe..

ASRI: KOPIAH TERTINGGAL 

Ni Prof. Madya Hanafiah. Time ni kopiah dia terbukak. So dah berubah sket muka dia. Terima kasih encik banyak ajar n terang2kan semalam :)

JAI: PC SUM KENAK PROFIT ATTENDANCE X JAI?

kau suka jaiii ooo..mala jak senyum...kauuu molah apa tok jai? BBB ka? (Buat- Buat Bz)semua orang tahu bah kau BBB...serius sket jai..

ATEK: BAGU AR TEKKK...

Malam tu atek la orang paling bertungkus lumus study aku tengok. Aku suka atek bersungguh2. sebab psiko aku sikit. n aku plak tidur awal. ngantok giler....macam dah lama tak study tengah2 malam n stay up. 

Terima kasih tek kasi tumpang rumah. lupa plak nak bayar duit api dengan air petang tadi. heheheh. nanti kalau aku datang aku nak mandi swimming pool kat bawah.

AUS: BUDAK PALING COOL

Aku tak pernah jumpa budak time final exam tapi nampak cool n macam takde ape je besok. hehe. Aus2.... rilek jerr... cuak tak, takut tak, faham diam, tak faham pun diam. hahahaha.

Tapi bila tanya exam macam mana.. ok je kan :) bagus aus. nanti kalau dah keje, kalau kena marah dengan bos. ko bagi very good kat bos macam ni. mungkin bos akan jadikan ko tempat luahan hati dia pasni.


SIBUK BERCERITA BUKAN BELAJAR

Jaiii2...kauuu suka o ngaco orang...belajar jak kau sia...boh ngaco.. mok ngaco orang, ngaco aus.. nya study x stresss..ilek ajak... :p  boleh gik tetak sambil minum air...hehe...rasa sedih plak tiba2 malam ni..yela....ni je kenangan2 masa belajar. pasni dah tak merasa dah duk dengan kawan2...baring sama2...gelak sama2....pening sama2....stress sama2... (kecuali aus). 

Dah kerja nanti semua buat hal masing-masing. mesti aku rindu kat korang semua nanti...(macam perempuan ke?) hehe..harap dah keje nanti still dapat contact2 sama lagi...

p/s : exam semalam tak tahu la macam mana nak cakap. Harap sangat Allah bagi lulus. aku pun dah terpikir nak kena simpan duit sikit untuk beli tiket kalau kena buat supplement paper. :(

Sekian.

Sunday, 15 January 2012

KESAHKU DI BRUNEI (1) - Langkah Pertamaku

ORANG PENTING DALAM HIDUP AKU 

Langkah pertama….inilah langkah pertamaku untuk bekerja di luar negara. (elehhh…bukan jauh kat eropah pun…) Persediaan telah dibuat selepas aku diberi tawaran untuk bekerja ke Brunei. Banyak keperluan-keperluan yang aku telah settlekan di KL sebelum berangkat di brunei.Passport, medical check up n etc.

Sebenarnya hati aku gembira bercampur sedih sebenarnye nak pergi brunei nii.. hati aku gembira kerana dapat peluang kerja di brunei tapi pada masa yg sama sedih tinggalkan orang2 yang aku sayang. Sayu je rasa lebih-lebih lagi pergi sorang-sorang ni.

:(

Hajat aku sebenarnya pas habis belajar nak tolong n ringankan kerja ayah kat ofis tapi bila dah dapat tawaran macam ni..ayah pun kata ok n cari pengalaman dulu. So aku gagahkan diri jugak pergi brunei sorang2. Masa di airport family aku, n mas yang hantar aku di LCCT. Ni la permata yang tak ternilai yang aku ada dalam hidup aku ni. Memang sedih tapi nak buat macam ne.. Ni adalah pilihan aku sendiri.

Bagi aku ada hikmah kenapa aku dapat tawaran kerja kat sini. Mungkin untuk masa depan aku jugak. Mulanya masa di KL perancngan aku akan berkahwin dalam umur 26-27 tapi memandangkan aku sorang2 kat sini dan perlukan teman hidup yg boleh menemani aku (mak pun tak risau sgt pasal aku kat sini kalau aku dah kawen) then bila dah datang brunei aku merancang untuk kawen umur 25.

Insya Allah tahun depan. Aku pun ingin seperti Nabi saw. Berkahwin pada usia 25 tahun. Ini adalah perancangan ku. (Ya Allah….andainya ini yang terbaik untuk ku. Engkau kabulkan lah doa dan perangcanganku ini…amiinnn..)

TENGAH MAKAN

Sedih plak gambar kish takde. Yela, budak matang memang mcm ni. Nak kena suruh2 amik gambar. Tak complete rasanya balkish takde. Tp tula…kang kalau aku dah marah2 sebab nak amik gambar spoil la mud pulak kan. Ni time ni bazlin aku mintak tolong beli topap. Nak jimat punya pasal, dia nak topap kan aku rm5. Gilo apo. Aku bukan balik Sarawak lagi dah. Adooiii…time ni terbakar bulu ketiak aku dengar die nak topap rm5.

IMMIGRATION FORM

Semasa berada di atas laut tu,aku dapat borang kena isi. Borang kastam dan immigration. Memang la kena isi kan…semua kena mcm tu. Yang tak boleh blah..aku blur2 bangun dari tidur then kena isi borang ni. Adeke plak aku boleh pergi tick aku bawak drug n alcohol. Aku main tick je..bila aku dah betul2 sedar aku pangkah balik semua jawapan2 bodoh aku tu. Sampai sana die tak check pun borang tu. Aku je menggelabah lebih..huhu..

:)

Ni staff ofiss aku dtg amik. Tu, die kat dalam tgh angkat barang2 aku masuk dalam pajero. Huhu.. beg aku giler berat. Macam nak lari rumah dah. Aku kesian betul dgn dia. (Muhamad Siddiq) die tunggu aku lebih kurang 3 jam sebab pada masa aku dah sampai brunei. 3 flite skali dtg brunei.

TQ MUHAMAD :)

Airport brunei tak besar. Kecik sket dari subang; so agak panjang bila aku beratur tu. Lagipun time dah sampai tu aku lapar sangat2, so aku lepak kat tepi2 tu dulu makan then beratur cop passport. Gambar airport tak dpt amik sbb time ni hujan..aku cepat2 nak masuk dlm pajero.

KAZEN YANG IKUT SAMA

p/s : kat rumah yang aku stay internet belum pasang lagi. So tak dapat nak online n update. Ni pun balik KL mintak cuti seminggu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...