Alhamdulillah.... |
Alhamdulillah.....syukur pada Allah dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi mengeluarkan sedikit wang rakyat untuk kita berkongsi bersama. Dengan kemudahan yang ada ni dapatlah aku beli buku, alat-alat tulis dan segala yang ada kat MPH n POPULAR tu.
Aku sedikit hairan kepada yang banyak sangat mulut longkang atau mulut yang tak guna ubat gigi yang berkualiti yang banyak komen2 pasal baucar ni. Ada yang aku dengar :
1. Nak pancing undilahh...(paling ketara ni aku rasa)
2. Nak amik hati rakyatlah...
3. Sikit sangatlah...
4. Exam dah habis la...n berkaitan dengannya.
5. ....................... (boleh tambah sendiri)
1. Kalau ye pun ni salah satu pancing undi. Kepada yang cakap macam tu. Senang je. Ko amik baucar ni... ko bagi pada orang yang susah atau ko beli buku n alat2 tulis beri pada saudara mara yang rasa macam diorang perlu sangat2 atau adik ko yang memang pemalas nak baca buku.
Belikan dia saidina ke, atau mainan2 minda yang ada jual kat MPH atau ko beli je buku-buku yang ko rasa nak bagi kat awek ko. Cakap dengan dia, tahun ni "i nak kasi hadiah lain sikit dari sebelum nii..." (mungkin b4 ni asyik bagi beg guess, jam guess, atau yg mahal2). So dah jimat duit
Dan satu lagi yang mungkin pro-pembangkang. Ko amik baucar ni, beli apa-apa yang korang nak kemudian pilihanraya akan datang ni korang pangkah PARTI pilihan korang. Simple! sebab ni pun duit tax yang korang makan kat mcd jugak kan.
2. Nak amik hati? memang lah. tak kan kerajaan nak amik seluar dalam korang pulak.
3. Sikit sangat? Petikan dari Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud, "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Haaa...kalau kita bersyukur Allah tambah lagi beb!
4. Sama macam nombor 1 jugak. hehehehe.
Soal pemimpin songlap duit, rasuah, guna duit rakyat sesuka hati. Tu urusan dia dengan Allah. Kita sebagai rakyat ni amik je apa yang diberi kalau tak puas hati. Jangan pangkah. Fullstop!
p/s: Aku tengok ramai yang banyak amik buku-buku yang berkaitan dengan agama n masakan (pasal makan mesti tak boleh lepaskan). Mungkin dengan bacaan berkaitan dengan buku agama, kami semua manfaatkan dalam hidup, semoga Allah beri ganjaran pahala di akhirat nanti kepada pemimpin yang mencetuskan idea ni.
Dan juga macam masakan. Mungkin ada yang beli untuk kakak yang dah kahwin, mak yang belajar resepi baru untuk masak untuk keluarga, suami dan anak-anak (tu pun dapat pahala) dan insya Allah dapat pahala juga kepada yang menyediakan baucar ni. (membebel2 ape lagi aku ni)
Sekian.
No comments:
Post a Comment