Followers

Sunday, 19 February 2012

KESAHKU DI BRUNEI (10) - ABEY NIJAE ♥ DHL EXPRESS


DHL = Dua Hari Lambat

Yerr...ada apa dengan DHL....kenapa tidak FEDEX...atau RBA Cargo atau MAS Cargo.. jauh sekali Air Asia..haha. Air Asia cargo dah takde dah sebab RBA bungkus kalau Air Asia ada..sebab murah kan...tambang murah..kargo pun murah sikit. Kalau tak bungkus RBA mcm MAS. Untuk cargo saja... (Aku rasa la....kalau salah maaf yerr..) takut nanti kena saman.

ABANG NIZAM

Aiii...bro...lari rumah ke banyak sangat barang ni...dah tak suka Brunei lagi ke... hahaha.. Alhamdulilah harini settle semua angkat barang dari rumah abg. nizam ke DHL. Dekat je DHL tapi jauh.... mesti tak faham kan... DHL seberang jalan dari rumah tapi jauh kena u-turn..tu jalan kaki lagi cepat dari bawak kereta.

AKU MACAM KURUS SIKIT :)

Semua berat ni dalam 110 kg. DHL ni cara dia, dia ikut saiz kotak. Kalau nak survey dulu. Amik size kotak bawak pergi sana. Dia akan bagi estimate awal berapa harga tu. Dia akan amik harga paling tinggi antara saiz kotak dengan berat. Kalau ringan tapi kotak besar dia akan cas guna saiz kotak. Kalau berat dia harga lagi tinggi dari harga saiz kotak dia akan cas guna rate berat berapa kilo.

MENONGKAT DAGU YANG TAK BERAT MANA

Nak gelak tengok macam mana muka abg. nizam ni pun tak sampai hati sebab aku rasa aku nanti ni confirm2 kena tongkat jugak dagu aku kat kaunter ni nanti. Tapi alhamdulillah....rezeki abg nizam. Kebetulan jumpa bos DHL ni datang. Orang Malaysia, melayu. Dia bgth dapat diskaun 6 dollar 1 kilogram untuk yang lebih 100kilogram. Aku duk ajuk-ajuk bagila 5.50 dollar tapi tak dapat dah. 

DUIT DAH KENA AMIK..ADUHH..PEDIH ULU HATI

So total dalam 700 dollar macam tu la..kalau asalnya dalam 1200 dollar. Makkk aii..kalau tak, tersandar abg nizam kat dinding DHL tu. Hehe..Yang bestnye manager tu ajak aku n abg. nizam main futsal dengan engineer2 petronas Brunei. Futsal kat sini tak macam kL. Meriah n merata2. Sini macam takde je..tak tahu kot aku yg tak jumpa lagi. Cuma dah ada orang ajak tu dapatla aku kawan2 baru. Abg nizam pun dah nak balik dah. Ada jugak member2 kat sini nanti.

DHL ni akan hantar door to door. Mmg ok la kan...cuma DHL ni Dua Hari Lambat. sbb tu nama dia DHL. Memang 2 hari pun lambat. heheh. Kalau aku survey pejabat pos Brunei kalau pos pakai kapal laut lambat sampai. Dia gerak dalam bulan 3, 6 n  9. Kalau  korang pos dalam bulan 4. Barang semua akan disimpan dulu n bulan 6 baru jalan. Pastu 3-4 bulan macam tu baru smpai. nak dekat 6 bulan jugak la tunggu. huhu. Tapi murah la pos laut.

p/s:  Giliran abg nizam dah settle. Aku bila lagi?

Sekian.

Saturday, 18 February 2012

DOA SOLAT ISTHIKARAH

BERDOALAH

Ape yang berlaku sudah ditetapkan oleh Allah... Allah tak pernah silap, takkan silap dan takkkan sekali-kali silap dalam menentukan sesuatu dalam hidup kita. Semua telah ditentukan oleh Allah. Alllah Maha Mengetahui. Mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita. Allah Maha Penyayang. Penyayang kepada semua hamba ciptaanNya dan takkan sekali-kali menzalimi hambaNya melainkan kita yang menzalimi diri kita sendiri.

Sekian.

NASI GORENG CINCAI :-(

HOME MADE!

Rindunye masakan mak niii.. :( bagi la ape2 yg aku suka...steak...steamboat....semua tak dapat tanding dengan nasik goreng cincai mak aku ni.... memang sedap sangat walaupun mak aku masak campak2 je bawang dalam kuali...huhuh. Salu time ni pagi2 mak buat..  lapar pulak rasa walaupun baru je makan tadi. I love you mak!!!!! forever n ever!!

Sekian.

TERIMA KASIH PADA YANG WISH & LIKES!!


18/2/2012

NIK MOHD KUSHAIRI B. MOHD KHAIR AFFANDDI
ingin ucapkan Terima Kasih banyak-banyak pada yang sudi like n wish sempena majlis pertunangan saya ni.dan juga tidak lupa pada yang mendoakan kami selamat diijabkabul nanti insya Allah.. Semoga Allah makbulkan apa yang kami rancang semua ni. Amiiinnn....

179 likes n 152 comments..hihihi

Eh! kami bertunang 11/2/2012...18/2/2012 saya crop dari fb. hehehe.. maaflah kalau ada rasa yang saya ni koya sangat nampak macam sangap nak orang like n comment...hehehe..ni kan kenangan...sebab tu saya crop n buat entry ni... :)  biasala...kita ni bukan artis...kalau Lisa Surihani wish Gud Night kat fb rasanya dah beribu dah...

p/s: kepada Ma Niza Bt. Abu Bakar, selamat bertunang sayang :) Semoga Allah beri kebahagian pada kita melalui perkahwinan kita berdua nanti sehinnga akhir hayat kita... insya Allah...Amiinn..

MENCARI KAD JEMPUTAN :D


PENING  :-/

Dah SURVEY kat macam2 tempat...internet n bla-bla-bla...dan kat sini jugak aku dan tunang aku dapat pergi bersama2 dengan masa yang aku ada ni.. sempat jugak la bergambar...segan sikit sebab macam takde orang plak yang amik gambar dengan pasangan masing2 melainkan aku je..(apa yang aku perasan laa..) heheh.. nak kata aku sweet la tu....

PEACE!

Pening kepala banyak sangat kad kahwin....aku rasa beribu kot jenis kad kahwin yang dia tunjuk dalam bekas. sampai tak tahu nak pilih yang mana satu...masing-masing sibuk dengan pasangan masing2.. ada kol tanya alamat rumah, (tahu2 je kan), ada yang tanya nama penuh bakal bakal bapak mertua ada...(menempah merajuk ni..) ada yang bincang mana nak pilih, ada yang bergambar..(aku lerrr tuu..) heheheh...

p/s : Pas tengok kat sini pergi tempat lain pulak..survey2 katakan... :)

Sekian.

MENCARI BAJU PENGANTIN :D

Besoknya selepas aku dah bertunang...tanpa buang masa aku dan tunangku pergi survey baju pengantin pulak... (hari ahad) Memang tak tunggu dah...sebab hari isnin flight aku 6.45 pagi n sampai je Brunei aku terus masuk kerja. Memang taknak cuti banyak sebab nak cuti kahwin lama sikit.

PENING COLOUR APE NAK?

Time ni mas tunang sibuk duk belek2 baju pengantin untuk perempuan dan aku plak duk sibuk belek2 baju pengantin lelaki mana yang sesuai. Nak tahu colour ape.....tungggggguuuuu.....

HEHEHEHE...

Alamak, ade plak aku boleh posing kat baju pengantin seksi...tak perasan plak...aku amik yang terdekat dengan aku je...tapi best jugak seksi2 ni. Boleh beli satu untuk tunang aku melaram dalam umah n menari2 depan aku pakai baju ni. hahahah


WAITING TAUKE KEDAI

Sambil2 tengah menunggu orang yang akan terangkan pakej2 ni. Sempat la jugak aku amik kenangan kami bersama especially kenangan dengan Mas la yang sedang kusyuk menelaah pakej yang ada.. :) Sedih plak gambar banyak tak amik :(

PLAIN PINK

Tunang aku sedang kusyuk mendengar komen dan nasihat dari perunding pengantin. Bukan perunding ukur bahan k. Antara banyak2 baju, Mas memilih baju pengatin plain kaler pink macam kat atas ni. Cantik gak. Kosong je....tak de corak2..bunga2, takde sulam menyulam..ok kan?

PLAIN MERAH

Ni pun salah satu colour kegemaran Mas. MERAH. merah plain cantik jugak. Kat belakang tu orang tengah merajuk dengan bakal suami dia sebab tak sweet macam aku yang sentiasa duduk dekat bila Mas cuba2 baju pengantin. Ada jugak aku tengok perempuan syok sendiri pergi cari baju n laki dia duduk2 je.. (up sket diri sendiri) heheh..gurau jela..

So lepas dah try2 semua n dengar pun pajej kami pun pergi tempat lain pulak...nak survey2 dulu... sbg Qs ni kena praktikan Value for Money walaupun dalam soal nak kawen pun..hehehe

Sekian.

Tuesday, 14 February 2012

TUNANGKU :D

antiknye ie!!

Alhamdulillah selesai juga majlis pertunangan aku. Memandangkan aku pun dah balik Brunei dan semua gambar2 pertunangan aku tak sempat amik n banyak pada tunang aku. Pastu plak aku ni tak sabar2 nak upload. So aku upload la dulu mana yang ada....ni pun amik kat facebook.. hehe

Alamak, rindu la kat dia. Rindu sangat2... :( tak sabar nak tunggu hari bahagia kami diijabkabulkan. Semoga Allah permudahkan urusan perkahwinan kami nanti dan dengan izin Allah kami dapat bersatu nanti insya Allah. Dapatla bakal isteri aku ni temankan aku kat Brunei yang sepi ni tanpa dia.

Sekian.

Friday, 10 February 2012

KESAHKU DI BRUNEI (9) - Perkahwinan di Brunei

Lepas balik dari cuti seminggu haritu, aku dan semua staff ofis dapat jemputan kahwin.. Salah seoang staff jugak yang kahwin. Aku pun tak melepaskan peluang ni la untuk mengetahui macam mana pernikahan orang Brunei dan pada aku ada sikit berbeza dengan di Malaysia. dan datang pun nak amik berkat dari majlis perkahwinan ni.

SUASANA KAT LUAR

Jauh jugak parking pada yang sanggup berjalan. Macam aku, aku parking dekat rumah orang. Memang muka tembok la kan. Tapi nak buat macam mana. hehe...time ni aku pergi dengan abg nizam n family.

PENJEMPUT TETAMU

Kat sini tetamu datang terus dapat "door gift" n boleh terus duduk. Untuk lelaki akan diberikan oleh bahagian lelaki belah kanan manakala perempuan pulak belah kiri. 

HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT DUDUK

Di Brunei majlis perkahwinan ada sedikit perbezaan dengan di Malaysia lebih-lebih lagi bila menjamu selera. Biasanya kita diberitahu majlis waktu makan sekian-sekian-sekian sebab kat sini jamuan akan bermula apabila semua hadirin dah penuhkan tempat duduk dan tepat pada waktu makan, ayah kepada pengantin akan memberi sedikit ucapan dan seterusnya akan dibacakan doa oleh ustaz jemputan dan pastu baru makan secara beramai2 serentak.

JURUKUBAHAN UTAMA-DLS

Ni tempat makan khas untuk orang ofis. Semua staff ofis stay kat sini. Ada jugak yang lambat sampai tapi duduk kat tempat lain. Kalau kepada yang lambat datang bila dah makan tu aku tak sure la macam mana. Boleh je kot makan cuma bila lambat datang tapi semua orang dah makan naik segan jugak kita ni. 

ABG. NIZAM FAMILY

Abg nizam aku dah anggap macam abg aku sendiri dah walaupun baru kenal. hehehe. Mana taknya, selalu datang rumah aku lepak, borak2, layan Ustaz Azhar Idrus sama2, banyak la beri nasihat n sokongan time2 aku nak kahwin ni.Isteri abg nizam pun selalu masak beri kat aku. Sedih ni sedih... terharu..yela..merasa la jugak makanan masak kat rumah. Lidah ni dah tebal dah makan nasik katok sampai makan tak rasa ape2 dah.

SRI LANKAN QUANTITY SURVEYOR

Ni staff ofis dari Sri Lanka. Ofis aku banyak foreigner. Filipina, Sri Lanka, Myamnar, India.. and etc. Dari kiri Senthan, Goby, Shafnas, n Neeroshan. Persamaan kami adalah kening yang sama. Heheh... Diorang ni semua grad UK. Banyak duit ko!

BRUNEIAN FRIENDZZ

Ni semua Bruneian staff. Diorang bahagian facilities management n bukan Qs Department. Aku pun baru2 je nak kenal diorang ni. Time kahwin ni jadi la rapat2 sket. Kalau kt ofis tu senyum2 je...

1 MALAYSIA

Dari kiri, Kak.Hani, Kak. Ina n Kak. Haida. Ni la hanya akak2 dari Malaysia yang melayu. Ada jugak yang dari Malaysia tapi bangsa lain. 

MUHAMAD SIDDIQ

Muhamad ni la yang amik aku kat airport masa baru sampai ofis n hantar pergi dan balik dari rumah ke ofis before aku beli kereta.

PENGANTIN

Mak aii...tak berseri la kalau takde gambar pengantin ni. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat. Aku datang amik berkat perkahwinan ni. So lepas dah makan n dah menyambut pengantin. Hampir semua staff pergi ke Limbang (Malaysia) ada open house staff jugak sempena Chinesee New Year.

Memandangkan aku ni plak tak bawak pasport, kereta pun belum buat  pengesahan apa ntah untuk bawak keluar kereta Brunei ke Malaysia maka tak jadi lah ikut diorang. Pas balik tu apa lagi. Sambung tidor la...

p/s: Terima Kasih sudi jemput :D

Jumaat, 10/2/2012
Kg. Menglait, Gadong
Brunei Darussalam
Sekian.

Saturday, 4 February 2012

KESAHKU DI BRUNEI (8) - Kerinduan Seorang Perantau

BELOVED FAMILY

Sayunya hati menulis entry ni sambil mendengar "Sepi Seorang Perindu" nyanyian Jamal Abdillah. Aku ni seorang yang tak biasa tinggal berjauhan dengan keluarga dan orang yang aku sayang. Dari bangku sekolah lagi walaupun aku rasa aku layak bersekolah asrama tapi aku tetap berkeras hati untuk tidak berjauhan dengan keluarga walaupun aku sendiri dah mengambi borang dan lepas tu aku buangkan semula.. 

Sehingga la aku menyambung pengajian di UiTM Sarawak. Teringat time tu aku menangis teruk meskipun aku rasa aku ni dah cukup besar untuk berdikari sendiri. Mungkin sesetengah bagi orang adalah perkara biasa sekolah asrama dan tak heran pun sebab ada yang lepas sekolah terus pergi overseas lagi.  Tapi bagi aku tak. Di sarawak dulu dengan adanya kawan-kawan yang ramai, yang rapat-rapat membuatkan hilang sedikit kesunyian di hati aku.

SYURGAKU BERADA PADA KEREDHAANMU...

Cuma bila aku dah kerja di Brunei ni. Hati aku lagi bertambah sayu. Rindu pada mak ayah, adik-adik ku dan bakal tunang aku. Hanya mereka harta yang paling bernilai di dunia ini. Memandangkan aku anak sulong dari adik beradik dan adik beradik pun tak ramai. Hati aku sentiasa sayu bila memikirkan mak ayah. Sebagai anak sulong, aku lah yang mesti menjaga mereka, sakit mereka dan kadang-kadang bila terlalu rindu hati ni meronta2 nak bekerja n tolong ayah di ofis semula.

REDHAMU KU POHON..

Sedih tak dapat bawak mak pergi hospital, belikan mak ubat. amik ubat mak di klinik, tak dapat tolong ayah di ofis sekurang-kurangnya terkuranglah beban ayah untuk bekerja di masa usia yang semakin tua dan sepatutnya biarlah usia itu dihabiskan dengan amal ibadat.  Sedih memang sedih tapi bila aku fikir2kan, aku dah ke sini dan walau macam mana sekalipun aku akan tetap akan balik ke Malaysia dan mahu melihat dan menjaga mak ayah hingga akhir hayat mereka. Walaupun mungkin ada yang berpendapat di Brunei bukanlah jauh sangat nak dibandingkan dengan orang yang berhijrah lagi jauh ke luar negara. 

Tapi betullah, pepatah ada mengatakan. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Aku pun ada berperasaan yang sama seperti tu. Tiada yang lebih membahagiakan hatiku selain berbakti kepada mak ayah dan berbuat baik kepada mereka. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa, kiranya ibu bapa ku tidak redha kepadaku, tiadalah redha Allah padaku. Maka sia2lah hidup ku ni..apa lagi yang aku hendak kejarkan di dunia yang sementara ini selain ingin mahu kebahagiaan yang sebenar2nya iaitu kehidupan di akhirat yang kekal abadi bersama keluarga dan bakal isteriku nanti. Amiin...

p/s: Wahai Allah, Engkau panjangkan lah usia ibu bapaku, adik beradikku,bakal ibu dan bapa mertuaku, bakal peneman hidupku dan Engkau limpahkanlah kesihatan yang baik pada mereka dan Engkau pelihara kehidupan mereka di sana. 

Sabtu 4/2/2012
Kg. Menglait, Gadong
Brunei Darussalam
Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...