Followers

Friday, 3 August 2012

Kesahku BerHoneymoon di Bali (2) - Tanah Lot

Untuk entry post di Bali ni, aku pilih je tempat yang kami melawat tanpa mengikut hari lawatan yang kami lawat. Nak ikut flow hari apa malas plak nak tulis...baaaaanyak sangat gambar...  

BUKAN MAIN ENTRANCE. HUHU

ok! dah. Kali ni kami pergi ke Tanah Lot.Peringatan untuk saya dan siapa nak pergi Bali (pendapat den la, takut plak orang yang dah biasa pergi sana cakap, elehh baru pergi sekali dah kecoh. Ada lagi la tempat dia yang lain yang bla-bla-bla) 

MACAM KAT SEMPADAN SIAM

ok. Kepada yang nak shopping kat Bali yang ikut tourist guide ni, kalau diorang berhenti kat mana-mana tempat especially beli kraftangan ke, kopi ke, baju2 ke, minyak FRANGIPANI untuk urut spa ke, (teringat plak kena rampas dengan kastam masa balik kL sebab botol besaaaarr punya) atau barang2 lain, kalau diorang singgah mana2 n diharap janganlah dibeli...KERANA dekat tanah lot jaaaaauuuhhhh lebih murah dari kedai2 yang tourist guide tu bawak. 

KUANTER POLIS DAN PERTANYAAN

Sebelum nak sampai ke pantai akan melalui kedai-kedai yang banyak tu dulu...panjang jugak kedai barang-barang dia tu n rumah polis ni n baru pantai....

DI SEKITAR PANTAI

Pulau kecik belah kiri tu kuil hindu. Di Bali memang terkenal dengan banyak kuil hindu dan kalau melawat tempat di Bali pasti akan melawat dalam 3 atau lebih kuil. Macam pelancong datang ke Malaysia, mesti la diorang akan melawat masjid-masjid di Malaysia ni.

NAK KE SEBERANG

Melihat pelancong-pelancong lain sedang 'melintas/merentasi' laut untuk pergi ke kuil tersebut. Aku tengok-tengok2 je :) 

OMBAK RINDU

Tsunami kecil..ni insya Allah (izin Allah) (bukan sebut insya Allah ni aku mintak) ombak datang setinggi pokok kelapa aku rasa memang arwah dah. tapi memang sebelum aku pergi ke Bali aku ada survey jugak keadaan topography, cuaca, keadaan sekarang di Bali dan etc. 

ISTERIKU & KATE SPADEnya

Terbayangkan kalau ni masjid. Mesti bestkan..lepas mandi-mandi tepi pantai ni dengar azan je terus pergi solat..hehe..kalau nak terjun dari atas bersama-sama imam pun takpe. huhu


aik...

ni masa nak masuk ke dalam (pergi pantai) malas plak aku nak edit letak kat atas balik. Tengah bulan-bulan puasa ni (3/8/2012) malas plak nak pike banyak sangat. banyak gambar yang tak masukkan. kalau nak tengok pergi la nanti. hehe

b4 BALIK :)

Suka sangat dengan pulau kecil ni bukan kerana amalan tempat ni tapi suka kerana begitu cantik ciptaan Allah....dengan bunyian ombak rindu yang menyanyi seakan-akan memahami perasaan sepasang suami isteri yang sedang berbulan madu. (kahkahkah..ayat tak boleh bla)

So lepas tu balik....pergi makan plak...asyik makan makan makan. Time ni pun rasa macam sangat dah.. pastu nak kena makan lagi untuk malam.. 

Sekian

KUCING ITU BUKAN NAJIS WALAUPUN BERKONGSI MAKANAN :)

NOTE : 
Petikan ini adalah kopi dan pasta dari share kawan di fb dari nizarazu.com (dah amik tu kena la bagitahu kan)

Terasa amik tertarik dengan petikan ini (dari aku sibuk duk buat entry pasal iluminati yang tengah hangat sempena sukan olimpik 2012 ni) lebih-lebih lagi untuk diri aku yang bela kucing kat rumah lebih dari 7 ekor (tak termasuk kucing yang datang makan minum singgah R&R kat rumah aku) yang salu datang kat makanan   dan makan dan kena halau walaupun aku dah beli makanan kucing paling mahal untuk diorang.

Al-kisah..

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. – Wallahua’lam..

Friday, 6 July 2012

Kesahku BerHoneymoon di Bali (1) - Take off

8 MEI 2012
Sepatutnya aturan entry aku ni, aku nak postkan majlis perkahwinan aku. (5 MEI 2012) Tetapi memandangkan terlalu banyak gilaaaaaaa gambar perkahwinan aku dan sekarang aku tengah memilih2 mana yang nak upload. Jadi aku buat lah entry kesah aku berhoneymoon dulu. Buka ape..kot2 la ada yang tertengok "aiikk...baru tunang dah honeymoon?? ape kess?" hehe..

KITORANG NAIK MALAYSIA AIRLINES. HAHAHA

Macam biasalaa..skrg ni semua orang berpusu-pusu naik air asia kerana tiket yang murah gila berbanding MAS. Ada jugak survey tiket MAS, tiket MAS pun selalu murah jugak sebenarnya tapi TAX dia sampai sama harga dengan harga tiket. Jadi la mahal balikkan..so kitorang memilih Air Asia. Ok laa air asia ni...


ISTERIKU...

Macam tak percaya plak aku ada isteri. Ingatkan bujang lagi. Tengok gambar ni dah beristeri rupanya aku niii..hehe..mula-mula gambar banyak tak amik coz macam excited sangat pergi Bali sampai terlupa nak amik gambar. hehe (yeke??)

LAPAR GILERR

Wajah yang hensem pasti akan menceriakan lagi blog ni. Jadi nak taknak aku mesti letak gambar ni jugak. Time ni lapar gilerr..disebabkan perut lapar sangat n tak boleh tunggu Bali jadi terpaksa aku beli jugak makanan dalam flight ni. (bukan kedekut tapi rasa tak berbaloi)


INDAH KHABAR DARI RUPA. HUHU

Layan jelaaa....huhu..walaupun indah khabar dari rupa tapi sedap jugak sebenarnya. Walaupun kecik.. Harga dia tak ingat berapa..

Sekian.

Thursday, 28 June 2012

Kesah Pertunanganku - 11.2.2012

Alhamdulillah...selesai majlis pertunanganku ini...masa ni aku still lagi kerja kat Brunei. Aku berolak dari Brunei ada pukul 9.30 pagi dan sampai di LLCT dalam pukul 11.45 tengahari. Mas jugak jemput aku di LCCT dan hantar aku ke ERL Salak Tinggi.

Aku pun balik naik tren berhenti di Bandar Tasik Selatan n balik rumah. Agak rushing jugak nak balik rumah coz nak amik kereta sebenarnya. Ramai jugak kazen2 yang nak ikut. Kalau ikut kereta ayah je memang tak muat derr..

MERISIK KHABAR
Suasana bagaimana perbincangan kedua-dua buah keluarga. Pada mulanya nak terus kahwin tanpa tunang dan setelah dibincang-bincang. Rombongan merisik + bertunang sekali dijalankan.

:)
Biasala kann..calon tunang mano ado...gambar den memang takdo..den nyorok kat luar tu haa.. tunggu jo nak makan...perut tak terisi lagi dari Brunei ni...huhu..nak beli makanan atas flite memang tak la.. haha

DOA PENUTUP MAJLIS

BONDA KU :)
TAK PERLU KATA APA-APA,SENYUM..

BONDA MAS
\
MAK AKU PUNYA SENYUM MACAM MAK PLAK YANG BERTUNANG

ORANG BARU DALAM KELUARGAKU :)

INDUK & USU :)

PAKCIK & USU :)

KAK. LIEZA, ANAI-ANAI KESEPIAN & KAK ISMA

NAD, TEK, ASNI, & MOI
(KAWAN-KAWAN PALING BIADAP)
HANTARAN PERTUNANGANKU 

HANTARAN DARI PIHAK PEREMPUAN

Terasa lapar pulak tengok cheese tart, tart buah n kek butterscotch ni. Sedap giler wooo.. aku pas balik umah aku tibai semua la..Aku suka cokelat hantaran mas. Aku siap bawak balik Brunei lagi. Time lapar makan pun alhamdulillah kenyang.. sebab cokelat dia lain sikit. kalau nak rasa try la beli. Brand Whitttaker's..

HP ANDROID KECIK!
Sayu plak aku tengok hp Samsung Galaxy Y ni. Time dapat hp ni batak giler pakai android. Batak guna application termasuk aku skali batak. Sekarang dah pakai note. Bila compare balik screen dia rasa nak menangis je. haha.

HADIAH KEK DARI KAWAN YANG BIADAP
(BAIK JUGAK WALAUPUN BIADAP)

OMELNYE IE!!
SEPADAN TAK? :) 

Sepadan tak? Mestilaaa kaannnn. Jodoh Allah tu laaaa paling terbaik untuk kita. Allah tahu dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Peeaaacceeee!


JAMUAN MAKAN-MAKAN

Ni salah satu suasana khemah makan-makan. Selepas selesai majlis bertunang, semua saudara-mara yang datang & rakan-rakan yang datang di jemput makan...Aku tak pegang kamera. Jadi aku upload gambar mana yang ada je..

p/s : Terima kasih pada mak ayah dan saudara mara yang datang tolong sempena majlis pertunangan ni. Dan maaf la yer kalau ada gambar yang tak termasuk sekali.

Monday, 18 June 2012

Mood BerBLOG udah kembali :))

im back!! huhu..rasa lama giler dah update blog ni. (setiap kali entry baru je mesti nak cakap dah lama tak update blog kan..) Insya Allah akan banyak lagi entry akan menyusul selepas ni. Aiii... entry hal tunang tak buat lagi..menikah haritu tu pun tak update lagi. Pastu pergi honeymoon pun tak update lg..senang cerita banyak la yg tak update lagi ni.

Stalker aku pun (bini aku) duk tanya bila nak update blog ni kann..haha. cuma ada sedikit kehairanan di situ. Stalker plak boleh tanya bila nak update. Yelaa kaann...stalker pun bini sendiri kan. Mmg la dia nak ada kenangan dalam blog ni. 

Sekian

Sunday, 25 March 2012

KESAHKU DI BRUNEI (15) - Subaru oh! Subaru

Nak dikatakan ini lah kereta pertama aku yang aku beli guna duit sendiri yakni keluarkan deposit dan bayar bulan-bulan tolak guna duit gaji dan semasa aku berusia 24 tahun. hihihihi. Aku rasa kalau aku beli kereta kancil untuk kereta pertama aku, aku rasa memang aku tak buat entry ni dah. Hahaha.

Sesampai je aku kat sini dalam 2 minggu dengan keputusan tanpa banyak bertanya orang dan buat survey2 dulu. Aku amik la kereta ni tanpa berfikir panjang. Brunei memang strict sikit hal2 kereta ni. Tinted pun tak dibenarkan melainkan pakai apa tu yang orang lekat2 kat cermin tu. hehe. 

Kalau kita beli kereta ko dapat macam tu, macam tulah kereta ko. Takleh nak bikin2 mekap2. Kalau salah betulkan la yaa.. tapi memang member2 aku takde yang modified kereta melainkan diorang tak kesah nak bayar saman. Dari aku bayar saman baik aku hantar duit kat mak ayah bulan2. hehe


Bukan No. Plate Kedah ekhh

Memandangkan staff admin aku bagitahu dia cuma boleh tumpangkan aku dalam 2 minggu je. Jadi aku nak taknak terpaksa buat keputusan dengan cepat untuk beli kereta. Nak tumpang staff-staff lain memang boleh tapi masalah ada pada diri aku sendiri.

Nak mintak tumpang segan plak tambah2 lagi baru je datang n tak kenal mana n tak rapat2 lagi. Tapi tula. Nak buat macam mana. Untuk sedapkan hati aku, at least alhamdulillah lah dengan kereta tu jugak aku dapat pergi masjid solat berjemaah. (Alasan nak beli kereta kann.. hihi)

Subaru ni Subaru Impreza Version 10 S-GT Hatchback tapi biasa punya aku rasa. Tak reti nak explain. Yang aku tahu nama kereta aku beli ni subaru je tapi bab2 spec kereta haram J aku tak tahu.




Sewaktu di Jalan Berangan. hantar Muhamad pergi rumah bos. tapi Jangan Berangan la nak pakai subaru kat Malaysia. Mahal nak mampuih! Kalau Subaru Impreza Version 10 WRX STi yang sport tu kalau kat malaysia aku usha dekat2 dalam RM 190,000- RM 220,000 jugak kan. Tu pun recond. Kalau kereta ni aku tak sure berapa kat Malaysia. Maybe murah sikit dari subaru2 yang lain kot. tapiii subaru ni memang best la gua cakap bro.


very simple interior

Interior dia memang simple..aku perasan kereta Japan ni mesti dia akan design seringkas-ringkasnya yang berbanding kereta2 continental yang aku rasa banyak sangat 'butang' nak kena tekan.


TAPI
SEMALAM AKU NAK TAK NAK AKU KENA JUAL SUBARU NI SEBAB AKU DAH BUAT KEPUTUSAN BALIK MALAYSIA BALIK ATAS ADA URUSAN KELUARGA YANG AKU
RASA AKU PATUT BALIK KE MALAYSIA


Sedih jugak rasa hati ni. Aku sedih sebab tunang aku nak datang sini n kerja kat sini selepas insya Allah kami kahwin nanti tapi tup2 aku dah buat keputusan nak balik Malaysia balik. Sedih pulak. insya Allah pas kahwin ada rezeki pergi middle east ke kerja kat sana. untuk setahun ke. Ok jugak kan.




Ni dalam proses nak jual subaru aku. So segala sign2 diperlukan, borang2 diperlukan. Alhamdulilllah dah dapat pembeli. Walaupun agak lama jugak aku dah iklan kan dalam internet, page, tampal kat kedai2 kat Brunei ni. Brother ni terus bawak cash deposit terus amik kereta aku.

Alhamdllah lega sikit kereta aku terjual. Kalau tak sebelum ni aku nak buat kerja pun pening sebab pikir nak balik dah dekat dah tarikh nak balik, kereta tak terjual lagi. 


Aziz aka Richie

Lepas dah setel urusan jual beli, aku amik la gambar dengan aziz sebagai kenang-kenangan. Dia ni mechanic. Memang dia cek kereta aku detail gila sampai aku pun naik seram kot mana la tahu ada rosak2 aku plak kena ganti lagi. So far ok lah. Dia cek pun takde masalah.

Subaru aku tu memang sedap bawak. Enjin dia bunyi garang tapi smooth. Patut la aku baca blog2 orang pakai subaru ni feeling dia lain macam sikit. Memang lain macam sikit kefeelingan tu. Aku tak boleh nak gambarkan macam mane "kesedapan" dia bila bawak. tapi memang best la.

p/s: Balik Malaysia nanti insya Allah aku akan beli Subaru jugak tapi nak kena beli rumah dulu laa,. hihihi. Cuma minyak kat Malaysia ni dah la mahal. Nak tahu minyak Brunei macam mana? Boleh tengok sini Minyak di Brunei Setakat aku pakai subaru aku tak pernah bagi dia minum air oren. Aku bagi minum air Apple hijau jer..Kalau kuning memang demam kuning la subaru tu.

Sekian.

Sunday, 4 March 2012

TERIMA KASIH ALLAH ♥


ALHAMDULILLAH :)

Syukur kepada Allah kerana meluluskan final exam saya ni. Walaupun extend 1 sem n jadi part 7. Allah tetap beri aku peluang untuk lulus. Sekarang aku dah memegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian) aka Bachelor of Quantity Surveying (Hons) dari UiTM. Sempena happy sangat dah lulus ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mak ayah,adik beradik selama ni yang banyak membantu aku dan memberi sokongan moral ada pada ketikanya aku lemah dan hilang semangat disebabkan ke"fail"an aku dalam exam.

Tidak lupa juga pada tunang aku yang banyak membantu aku dalam mengajar aku dlm banyak subjek. Aku ni dikategori bodoh gak sebenarnya n lembab n lambat faham. aaiisshhh..alhamdulilllah la lulus. Tidak lupa juga pada pensyarah ukur bahan di UiTM Sarawak (time diploma dulu), n pensyarah UiTM Shah Alam (degree) dan semua kawan2 yang banyak membantu. Walaupun diorang tak baca blog aku ni (sebab blog aku ni bukan fames mana pun) aku tetap nak jugak menulis entry ini sebagai penghargaan pada mereka. 

Tidak lupa juga pada Ummi iaitu pensyarah thesis kesayangan aku, Prof. Madya Dr. Aini Jaapar selaku pensyarah aku yang sangat2 bagus, berdedikasi, selalu memberi nasihat pada aku sepanjang aku buat thesis ni. (The Effectiveness of Value Management in Construction Industry). Beliau mengajar sambil nasihat. Bukan semata2 mengajar saja tanpa memberi nasihat dan teguran walaupun kadang2 dia punya psyko tu membuat aku lepas je keluar dari ofis dia terus pergi semayang sunat sebab pening tahap gaban dengan macam2 benda aku tak buat lagi. hahaha. Aku boleh buat quoate utk dia, "Kalau tak jumpa puan, thesis saya takkan berjalan". hihih

p/s : Kejayaan yang sebenar adalah adakah kita mampu taat pada perintah Allah, dapat masuk syurga Allah dan melihat wajah Allah dan Allah memberi pengiktirafan yang "Dia Redha pada kita" 

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...