Untuk entry post di Bali ni, aku pilih je tempat yang kami melawat tanpa mengikut hari lawatan yang kami lawat. Nak ikut flow hari apa malas plak nak tulis...baaaaanyak sangat gambar...
BUKAN MAIN ENTRANCE. HUHU |
ok! dah. Kali ni kami pergi ke Tanah Lot.Peringatan untuk saya dan siapa nak pergi Bali (pendapat den la, takut plak orang yang dah biasa pergi sana cakap, elehh baru pergi sekali dah kecoh. Ada lagi la tempat dia yang lain yang bla-bla-bla)
MACAM KAT SEMPADAN SIAM |
ok. Kepada yang nak shopping kat Bali yang ikut tourist guide ni, kalau diorang berhenti kat mana-mana tempat especially beli kraftangan ke, kopi ke, baju2 ke, minyak FRANGIPANI untuk urut spa ke, (teringat plak kena rampas dengan kastam masa balik kL sebab botol besaaaarr punya) atau barang2 lain, kalau diorang singgah mana2 n diharap janganlah dibeli...KERANA dekat tanah lot jaaaaauuuhhhh lebih murah dari kedai2 yang tourist guide tu bawak.
KUANTER POLIS DAN PERTANYAAN |
Sebelum nak sampai ke pantai akan melalui kedai-kedai yang banyak tu dulu...panjang jugak kedai barang-barang dia tu n rumah polis ni n baru pantai....
DI SEKITAR PANTAI |
Pulau kecik belah kiri tu kuil hindu. Di Bali memang terkenal dengan banyak kuil hindu dan kalau melawat tempat di Bali pasti akan melawat dalam 3 atau lebih kuil. Macam pelancong datang ke Malaysia, mesti la diorang akan melawat masjid-masjid di Malaysia ni.
NAK KE SEBERANG |
Melihat pelancong-pelancong lain sedang 'melintas/merentasi' laut untuk pergi ke kuil tersebut. Aku tengok-tengok2 je :)
OMBAK RINDU |
Tsunami kecil..ni insya Allah (izin Allah) (bukan sebut insya Allah ni aku mintak) ombak datang setinggi pokok kelapa aku rasa memang arwah dah. tapi memang sebelum aku pergi ke Bali aku ada survey jugak keadaan topography, cuaca, keadaan sekarang di Bali dan etc.
ISTERIKU & KATE SPADEnya |
Terbayangkan kalau ni masjid. Mesti bestkan..lepas mandi-mandi tepi pantai ni dengar azan je terus pergi solat..hehe..kalau nak terjun dari atas bersama-sama imam pun takpe. huhu
aik... |
ni masa nak masuk ke dalam (pergi pantai) malas plak aku nak edit letak kat atas balik. Tengah bulan-bulan puasa ni (3/8/2012) malas plak nak pike banyak sangat. banyak gambar yang tak masukkan. kalau nak tengok pergi la nanti. hehe
b4 BALIK :) |
Suka sangat dengan pulau kecil ni bukan kerana amalan tempat ni tapi suka kerana begitu cantik ciptaan Allah....dengan bunyian ombak rindu yang menyanyi seakan-akan memahami perasaan sepasang suami isteri yang sedang berbulan madu. (kahkahkah..ayat tak boleh bla)
So lepas tu balik....pergi makan plak...asyik makan makan makan. Time ni pun rasa macam sangat dah.. pastu nak kena makan lagi untuk malam..
Sekian
bestnya dah kahwen..leh honeymoon...meoowwww....
ReplyDeletealaaaaaa....tak kawen pun boleh pergi honeymoon jugak dgn awek :p nanti kena tangkap dalam air baru tahu..hehe
Delete