|
SAYA BUKAN ORANG ADA-ADA |
Kalau sebelum masuk ke tempat ni (sumpah tak ingat nama tempat dia dan malas google..huhu) ada akan diberi notis supaya kita ni semua sedar la diri sikit. Kita ni bukan sapa-sapa..huhu..
|
MEMBER2 LAMA AKU |
Kalau dah masuk ke dalam kawasan ni, anda akan diberi pesanan supaya jaga barang-barang dan semua yang ada pada anda sebab si monyet yang berpendidikan tinggi ni akan mencuri barang.
|
SI PENCURI YANG MULIA |
Nampak tak spek aku kena amik dengan monyet ni..nasib baik la dia TAK campakkan ke dalam laut. Kalau tak memang ke laut la aku kena terjun. Percaya tak aku sanggup terjun ke laut semata2 spek ni? tentunya TIDAAAAAAAAKKKK!! kalau isteri aku, aku sanggup gadaikan nyawa untuk selamatkan dia. (cewah)
|
ADA BERANI TERJUN? |
Hahaha. siapa berani terjun melainkan nak selamatkan orang yang tersayang. betul tak? kalau anda bagaimana? sanggupkah anda melihat orang yang tersayang anda terkapai-kapai meminta tolong dan anda akan menyesal seumur hidup bila terkenangkan kembali atau anda terjun bersama-sama sambil menggayakan pelbagai gaya erotik sambil di nilai oleh juri-juri di atas? huhu.. (lari topik)
|
:) |
Kat bahagian ni ada tebing ok lagi..nak bergambar pun taklah rasa gayat sangat. Aku ni memang gayat sikit kat tempat tinggi dan curam.
|
BERPOLUH-POLUH DEN |
Memang cantik..air bersih... rasa nak terjun n mandi je..time tengah panas-panas ni memang best lerr.. huhu..tapi memang tak dapat turun bawah...pusing kat atas-atas jer..tapi aku tak sure la..rasanya mesti ada punya..
|
:) |
Aku risau gak sebenarnya bini aku duk rapat-rapat dengan dinding tu..sebab aku yang jenis gayat sangat terlampau over the head..huhu
|
ngeri.... |
Rasa nak mengamuk je bini aku nak amik gambat kat tebing tanpa dinding ni..sebab sebelah aku ni ada pompuan minah salleh baru lepas menjerit seketika sebab tersepak batu dan macam hampir jatuh ke bawah sebab nak amik gambar lebih rapat dengan curam. Takde untung pun beza 2-3m dengan curam tu. Tapi nasib baik dia tak jatuh..kalau tak.......
|
OTW BALIK.. |
Sedang berjaga-jaga dari gangguan monyet..huhu.
|
SUKA EKHH.. |
Ni la jagung PALINGGGGGGG manis pernah aku makan..memang manis giler..aku tak tahu la dia rendam dengan air gula pastu baru bakar ke...tapi rugi kalau tak makan jagung kat Bali ni..kalau pergi sini pergi la beli k. Harga dalam 5000-10,000 rupiah tak silap..tak ingat plak..
Note : Setelah siap entry ni..baru aku teringat tempat ni nama dia ULUWATU. huhuhuh...tempat pengunjung melihat matahari terbenam. :)
Sekian.
No comments:
Post a Comment