Semalam, 8 September 2011..teman ayah pergi meeting kat Lumut. Projek ni dah siap dah cuma kena attend meeting untuk lantik third party untuk baiki defect work n akan claim balik pada kontraktor asal jumlah-jumlah kerja2 defect tu.
pas meeting pergi la pusing2 tengok mana2 kerja2 yang nak kena baiki semula. Mula2 tu memang la rajin tengok kat mana kerja2 yang cacat tu...tapi bila dah naik matahari, aku cuma berteduh je dibawah pokok keseorangan sambil menunggu ayah pusing2 site.
Selepas dah settel semua, aku pun bersiap2 la nak balik....tapi ayah ajak pergi batu gajah. Rumah asal tok saya. (Tok Ali ayah kepada ayah) Kalau ikutkan, memang keluarga ayah berasal dari batu gajah perak dan menetap disini. Menurut ayah sejarah penghijrahan keluarga bermula apabila suatu hari (x ingat tahun berapa mungkin dalam 1940-50an kot) time tu ayah x lahir lagi...
Ada orang perempuan datang ke rumah tok nak tumpang kencing, masa tuk tok takde n cuma ada arwah opah saja. Nak dipendekkan cerita, arwah opah pun terkena la buatan tetamu tu dengan meletakkan sesuatu dalam minuman arwah opah. Selang berapa lama kemudian, arwah opah dibawa ke kelantan untuk berubat kat sana. dan selang berikutnya, di pendekkan lagi cerita.
Tok pun pergi ke sana juga menemani arwah opah memandangkan arwah opah tinggal bersama saudara terdekat dan tok jauh disisi opah. Setelah lama menetap di sana, bermulalah sejarah kampung aku di kelantan. :) Buatan orang ini dikatakan atas rasa cemburu dengan arwah opah yang dapat berkahwin dengan tok Ali..time tu Tok Ali di katakan Brad Pitt Batu Gajah (BPBG) n sangat hensem.
Mungkin sebab tu orang cemburukan arwah opah. Panjang kisah sebenarnya tapi aku dah ringkaskan dan ada banyak lagi ayah cerita sepanjang perjalanan kami pulang ke Kuala Lumpur.
Kata Tok De, kata orang2 tua, kalau kucing duduk depan pintu dan bercakar2 maksudnya ada orang jauh nak datang rumah. Tadi Tok De bagitahu kucing ni duduk depan pintu dan bercakar2 dan tiba2 ayah plak datang dengan tiba2. Bagitahu pun tak... Biasala petua orang tua2...
TOK DERR |
Ayah sedang menunjukan rojak yang di beli kat pekan batu gajah. Kata ayah, pakcik ni jual rojak dari dia berumur tingkatan 3 lagi. mungkin pakcik ni dah jadi jutawan kat batu gajah ni.
Heheh..ni juz nak tunjuk gayung je...kat batu gajah je or mungkin kawasan kampung je boleh bertemu gayung yang mcm ni...rumah aku pun pakai yang bertangkai tu je...Air sangat sejuk walaupun tengahari..air bukit kan :)
Tok Cu (A great English teacher n chess representative of Perak State) |
Puaka |
Huhu..dulu kawasan tempat bakar ni ada rumah yang sangat2 usang yang buatkan aku kecik2 dulu mesti time malam kalau lalu mesti tak pandang atau berlari-lari terus masuk rumah atau kalau nak tengok pun jeling2. Tapi pada hakikatnya rumah ni takde ape2 pun yang menakutkan atau ber"penghuni"...
Perasaan aku je lebih. Orang sini rilek je....tapi teringat kecik2 dulu masa tu darjah 5 kot. Aku takut dengan rumah usang ni sampai kan malam2 aku pergi baling mercun kat rumah ni... time tu hari raya. Kesian betul rumah ni...dia takde buat salah ape2pun dengan aku...
Sekian.
No comments:
Post a Comment