Followers

Friday, 9 September 2011

KUSHAIRI MEETS VALUE MANAGER ;)

Woooo3.... tengah sedang berehat2 di ofis sementara tunggu solat jumaat.. Dapat panggilan dari En. Hadzin dari Unit Perancang Ekonomi Seksyen Pengurusan Nilai or Value Management (VM) call bagitahu jemput datang ke pejabat dia ada majlis sambutan hari raya...

Aku pun bersiap2 la memandangkan zohor pun dah nak masuk siap sedia pergi ke masjid untuk solat jumaat..Dengan kelam kabutnya bersiap2 aku pun bergerak la ke sana selepas solat jumaat...

Berbeza dengan jabatan yang lain kerana ada polis berkawal

Sesampai aku disana dengan bangganya aku masuk dan bagitahu polis tu... aku nak jumpa pegawai EPU (Enonomic Planning Unit) ada urusan penting... dengan berhikmah dan sopannya polis ni beritahu yang aku x boleh masuk dan kena parking kat luar sebab xde sticker jabatan...

Aku pun kena la u-turn balik dan parking yang agak tidak jauh dari pagar tersebut.. dan ambil pass dan terus masuk seksyen pengurusan nilai.

Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri 

Sempat lagi amik gambar kat level bawah memandang polis takde jaga kat kaunter. 

Dari kanan : En. Hadzin, Kushairi, Datin Ir. Mariyam, (Pengarah Seksyen Pengurusan Nilai)
Sr.Hapizah (Timb.Pengarah III)

Kamera agak tak best la...macam malap je....Ni orang2 kuat VM. Mereka ni lah yang banyak membantu aku dalam mencari maklumat dalam proses menyelesaikan thesis aku.. (walaupun belum selesai lagi) En.Hadzin memang banyak dan selalu ajak aku datang workshop VM dan ajar aku tentang VM secara praktikalnya.

Mungkin next entry aku akan letak banyak gambar lagi berkaitan dengan VM ni.. Datin alhamdulillah orang pertama yang aku contact mintak izin join workhop bersama EPU dan asbab/perantaraan datin lah aku mudah join workshop di EPU. Dan kemudian aku kenal dengan puan Hapizah. yang banyak mengajar aku dan terangkan aku di masa workshop yang mula2 aku join.

Terima kaseh semua atas jasa dan pertolongan kalian. Semoga Allah merahmati didunia dan di akhirat. Amiinn....Alhamdulillah....bila dijemput datang raya dengan orang2 VM ni...aku banyak2 bersyukur pada Allah....walaupun aku hanya sekadar menjalankan tanggungjawab aku sebagai student dalam menyiapkan tugasan dissertation/thesis ni tapi disebalik tugasan tu aku dapat juga mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang2 yang sudah lama berkecimpung dalam dunia VM ni.. 

Kenapa aku berminat dalam VM ni? 
masa sekolah dulu...aku ada jenguk jugak di ofis ayah dan tertanya2 apabila ternampak sijil2 ayah, dan staff ofis yang berkaitan dengan seminar VM. Aku ada tanya pada ayah apa itu VM. Dan ayah aku pun terangla serba sedikit pasal VM ni dan aku pun buat2 la faham....

Dan apabila sekarang ni aku di dalam jurusan Ukur Bahan/Quantity Surveying baru aku dapat faham sedikit demi sedikit apa itu VM. dan apabila belajar sedikit demi sedikit timbul minat aku terhadap VM ni. Mmm...aku pun minat jugak kerja sebagai jurukur bahan ni dan VM adalah salah satu cabang daripada bidang ukur bahan ni.

Bagi aku, apabila kita ada company perunding ukur bahan ni mungkin salah satu perkara yang buat menjadi bos pening kepala adalah untuk membayar gaji pekerja, bil2 di ofis, dan paling mustahak sekali adalah mencari projek2 baru untuk terus menyara keluarga dan bagi aku kenapa aku berminat dalam VM ni kerana peluang untuk mendapat sesuatu2 projek bukan lah senang seperti yang kita inginkan...

Banyak berlaku kepada company2 lain yang mengurangkan staffnya, x dapat membayar gaji pekerja dengan member cuti tanpa gaji, terpaksa membuang pekerja. Bagi company yang besar2 dan banyak projek mungkin rezeki masing2 yang telah ditentukan oleh Allah. Dan bidang VM ni masih baru dalam industri kita di Malaysia ..kira-kira dalam 10-20 tahun (dikira masih baru).

Tapi tula...aku sbg pelajar ukurbahan juga mempunyai cita-cita sendiri untuk membuka firma aku sendiri dan bila difikir-fikirkan balik semakin lama semakin banyak firma dibuka dan saingan juga semakin kuat untuk mendapatkan projek. Tapi tidak untuk perunding pengurusan nilai ni...ia masih baru dan tidak banyak firma-firma yang menawarkan servis VM ini kepada industri kita.

Dan yang menjadi cita-cita aku adalah untuk membuka firma pengurusan nilai kerana mungkin sekiranya aku terlepas untuk mendapat projek untuk perunding ukur bahan tapi aku masih berpeluang untuk mendapatkan projek untuk perunding pengurusan nilai.

Keadaan ekonomi jugak tidak stabil dan kadangkala projek pembinaan juga semakin hari semakin berkurang dan dengan kelebihan yang ada insya Allah dapat lah jugak aku mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga. Mungkin projek untuk membina sesebuah bangunan tidak berpihak kepada aku tetapi untuk menilai projek tersebut mungkin aku juga masih berpeluang memilikinya kerana setiap projek boleh di aplikasikan VM untuk di evaluate atau di analisa untuk value for money kepada client. 

p/s : Insya Allah...aku berdoa lepas kerja ni nanti aku masih berminat untuk teruskan VM ni..bukan ape...time belajar ni hangat2 taik ayam...bila dah kerja lupa dah semua ni... harap x macam tu.. :)

Oppppppsssssss!!!!!!!!!!!!!

SUPERCHARGED
On the way balik dari putrajaya ternampak plak range rover..... sedih bila fikir2 balik...mampukah aku memiliki kereta idaman aku niiiiii..

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...