Followers

Tuesday, 28 August 2012

Jalan-Jalan Cameron Highland - Honeymoon ke....

Kehangatan bulan madu masih terasa dan masih hangat membara membuatkan kami berdua merancang untuk pergi ke cameron highland dengan perancangan agak last minute. Nak bulan madu tempat lain tak cukup bajeeettttttt..

ON MY WAY

Kalau ikut dari kL paling dekat nak ke cameron highland (CH) adalah susur keluar ke tapah n terus ke CH dan tapi aku lebih suka pergi CH ikut exit simpang pulai. Simpang pulai jauh/depan dari tapah dan kalau ikut simpang pulai memang jauh sikit kalau nak dibandingkan dengan tapah. Aku suka simpang pulai sebab rasa jalan dia lebih selamat dan luas. dan tak berliku-liku macam di tapah.


















Nak dipendekan cerita, dah sampai sana dan pusing2 tak lengkap kalau tak beli strawberi..aku habiskan 2 kotak dalam masa 1 hari dan perut memulas pun dalam masa 1 hari..huhu..

AISKRIM TOBEYI

KONGSI SORANG SATU JE. HAHA

Kalau nak makan aiskrim ni. Dia jual kat "signboard dia tulis, KASIMANIS"..huhu..memang kasimanis la aiskrim ni..

MAIN ENTRANCE

Main entrance kasimanis..huhu..aku suka aiskrim pop dia..sedap gila..yang aiskrim magkuk tu tak silap rm5 dan aiskrim pop aku suka tu rm1 satu.


















Aiskrim pop (kiri) dia memang terbaik la..kalau kecik2 dulu salu beli aiskrim milo la, horlick, soya n bla3..mesti pelikan..kejap baju hitam, kejap baju ungu..huhu..yang mangkuk ni pun sedap coz ada pati strawbery campur dengan aiskrim n buah.

















jalan-jalan taman bunga. kadar bayaran masuk tak silap rm5 kot..


















Jalan-jalan kat pasar malam cameron highland. tempat wajib kena pergi. Agak murah jugakla lebih-lebih lagi strawberi..kalau makanan untuk isi perut ada jugak rasa mahalnya n sama macam kat kL pun ada jugak.

















Borong strawberi lerr..kalau kat pasar malam banyak kedai yang akan jual macam satu "tray"..alaa mcm bekas letak kuih warna kuning tu. tak pun ada gak macam letak dalam baldi. kira satu baldi dalam rm35-40 macam tula..so confirm nak beli dia letak terus dalam polisterin putih ni..

















Memang layan pergi cameron pekena makanan panas-panas.. Jarang ar bini aku nak minum air panas ni..huhu..sup sayur dia memang sedap la..mungkin sebab sayur fresh dari cameron. Lokasi dia kat brinchang. Food court yang banyak kedai-kedai melayu..

















Time ni dah otw balik dah....pergi ikut simpang pulai n balik ikut tapah..poning kepala den..tido sehari je kat sana..pergi pagi sabtu tenghari ahad balik terus kL.

I LOVE YOU SAYANG..

Sekian.

Shopping Jalan TAR

Dah berminggu2 raya baru nak update pasal beli baju raya..huhu.. time ni berjalan dengan family orang rumah kek Jalan TAR.. kat sana memang jalan dia tu jalan bertar. 

IBU MERTUAKU & ALONG

Ini ibu mertuaku yang baik2 tau. Bukan ibu mertuaku macam cerita p.ramlee tu..kesian auni kena ikat dengan nenek..nak lari je ke hujung dah tegang tali tu..huhu...untung bawak mak ni...sekali mak bersuara harga terus turun 70%..hahaha..

AUNI

Time ni auni tengah tawar menawar dengan orang kedai tu..nak beli baju untuk nenek tapi x cukup..duit raya tak dapat lagi niii..

ADA MUKA MACAM BAPAK BUDAK TAK?

Kalau orang tengok aku cakap ni anak aku orang percaya tak? huhu..rata2 aku tengok orang tanya aku mesti diorang tanya aku belajar lagi ke..belajar kat mana..

TERLIUR NAK MAM

Memandang semua orang berpuasa kecuali Auni...terpaksa aku, bini aku, mak n along mampu pegang2 air dan sejuk kan tangan je..huhu.. nampak auni macam tengah pilih air je tuu..mesti tengah cari susu dumex One plus or susu enfagrow ais..hehe

:)

Kesian kalau bawak budak kecik pergi jalan Tar time bulan puasa ni. Tambahan plak cuaca memang panas terik..silap2 bleh demam ni..amboi, kelihatan bini den sedang macam nak teguk air je tu..huhu.. 

KUSYUK BETUL MINUM !

Kasih ibu bawa ke syurga..kasih maksu bawa ke Jalan Tar..huhu.. auni minum sampai kembung mulut dia haa..hehe..

COMELNYE AUNI

Sedar tak sedar aku ni bukan cerita pasal shopping kat Jalan TAR tapi macam cerita pasal auni je nii.. huhu..comel betul auni..aku suka betul peluk auni sampai dia rimas n menjerit nangis2..kahkahkah.. *faveret*

Sekian.

Thursday, 16 August 2012

Sungkei Alamanda Putrajaya -11.8.2012

ALAMANDA PUTRAJAYA

Trend sekarang tak panggil dah berbuka puasa..orang panggil iftar. Huhu (baru tahu) Sungkei pun berbuka puasa jugeeee..Dah lama rasa tak makan luar dengan orang rumah den. Ni pun plan dengan kawan2 masa belajar je..

SPECKLESS

Bukan aku nampak pun orang sekeliling aku ni..huhu..tengah lepak-lepak sementara kawan & tunggu azan. Ni pun plan dengan kawan2 masa belajar je..

SECRET RECIPE

Plan sebenar nak makan kat Manhattan Fish Market..tapi dah penuh..restoran lain pun penuh jugak sebab hari sabtu..so makan kat sini..disebabkan nak sangat makan kat MFM, so aku kongsi je dengan orang rumah makan lasagne..


















Ni sebahagian kawan-kawan yang biadap...kebiadapan diorang tiada batasnya. Huhu..So lepas makan kitorang pergi lerr solat..gambar masa makan takda cos semua dah lupa diri sebab lapar sangat.

SETELAH SOLAT DAN BERPUSING-PUSING BELI BARANG

MANHATTAN FISH MARKET

Faveret!! ni baru betulllll.. Aku memang suka gileeeeerrr dengan ikan grilled ni...disebabkan perut rasa macam kenyang-kenyang sikit makan lasagne tadi. So time ni makan slow-slow jee..

FRIED FISH

Fried ni sedap jugak..tapi aku lebih suka grilled sebab tak rasa minyak dan tak rasa muak bila makan berbanding fried ni...

isteri tersayang........

i love you sayaaaanggg...terima kasih belanja :))) insya Allah besok kita pergi ikea ye! makan meatball plak cicah strawberrrrryyy yerr.. :) 

Sekian.

Tuesday, 7 August 2012

Kesahku BerHoneymoon di Bali (4) - Pantai Tepi Bukit (x ingat nama pulak)

SAYA BUKAN ORANG ADA-ADA

Kalau sebelum masuk ke tempat ni (sumpah tak ingat nama tempat dia dan malas google..huhu) ada akan diberi notis supaya kita ni semua sedar la diri sikit. Kita ni bukan sapa-sapa..huhu..

MEMBER2 LAMA AKU

Kalau dah masuk ke dalam kawasan ni, anda akan diberi pesanan supaya jaga barang-barang dan semua yang ada pada anda sebab si monyet yang berpendidikan tinggi ni akan mencuri barang.

SI PENCURI YANG MULIA

Nampak tak spek aku kena amik dengan monyet ni..nasib baik la dia TAK campakkan ke dalam laut. Kalau tak memang ke laut la aku kena terjun. Percaya tak aku sanggup terjun ke laut semata2 spek ni? tentunya TIDAAAAAAAAKKKK!! kalau isteri aku, aku sanggup gadaikan nyawa untuk selamatkan dia. (cewah)

ADA BERANI TERJUN?

Hahaha. siapa berani terjun melainkan nak selamatkan orang yang tersayang. betul tak? kalau anda bagaimana? sanggupkah anda melihat orang yang tersayang anda terkapai-kapai meminta tolong dan anda akan menyesal seumur hidup bila terkenangkan kembali atau anda terjun bersama-sama sambil menggayakan pelbagai gaya erotik sambil di nilai oleh juri-juri di atas? huhu.. (lari topik)

:)

Kat bahagian ni ada tebing ok lagi..nak bergambar pun taklah rasa gayat sangat. Aku ni memang gayat sikit kat tempat tinggi dan curam. 

BERPOLUH-POLUH DEN

Memang cantik..air bersih... rasa nak terjun n mandi je..time tengah panas-panas ni memang best lerr.. huhu..tapi memang tak dapat turun bawah...pusing kat atas-atas jer..tapi aku tak sure la..rasanya mesti ada punya..

:)

Aku risau gak sebenarnya bini aku duk rapat-rapat dengan dinding tu..sebab aku yang jenis gayat sangat terlampau over the head..huhu

ngeri....

Rasa nak mengamuk je bini aku nak amik gambat kat tebing tanpa dinding ni..sebab sebelah aku ni ada pompuan minah salleh baru lepas menjerit seketika sebab tersepak batu dan macam hampir jatuh ke bawah sebab nak amik gambar lebih rapat dengan curam. Takde untung pun beza 2-3m dengan curam tu. Tapi nasib baik dia tak jatuh..kalau tak.......

OTW BALIK..

Sedang berjaga-jaga dari gangguan monyet..huhu.

SUKA EKHH..

Ni la jagung PALINGGGGGGG manis pernah aku makan..memang manis giler..aku tak tahu la dia rendam dengan air gula pastu baru bakar ke...tapi rugi kalau tak makan jagung kat Bali ni..kalau pergi sini pergi la beli k. Harga dalam 5000-10,000 rupiah tak silap..tak ingat plak..

Note : Setelah siap entry ni..baru aku teringat tempat ni nama dia ULUWATU. huhuhuh...tempat pengunjung melihat matahari terbenam. :)

Sekian.

Friday, 3 August 2012

Kesahku BerHoneymoon di Bali (3) - Garuda Wisnu Kencana Cultural Park

CANTIKNYA ISTERIKU...

Hehe..tak jelas la gambar kan dalam blog aku ni. Kalau extra large kang terkeluar-keluar gambar ni dari space entry ni..

EAT EAT EAT

Sesampai je sini apa lagi melantak la dulu kan...masakan diorang sama je macam makanan melayu ni..gambar lauk aku x amik plak sebab segan dan aku bukan pemblogger sepenuh masa atau sepenuh hati. juz buat untuk kenangan sendiri sahaja.

KELAPARAN

Muka yang tak sabar nak makan dan kelaparan gila sampai kaki mengigil tangan menggelatar dan ubatnya adalah nasi dengan lauk campur. huhu

PANAS TAPI SEJUK

Belakang ni bukit yang ditarah/dipotong untuk dijadikan sebagai tempat persembahan kot atau tempat upacara keagamaan tak silap. Tapi kata tourist guide rasanya tempat buat persembahan.

KAWASAN PERSEMBAHAN

Berhadapan dengan stage ni ada satu patung/berhala yang dianggap oleh orang hindu sebagai berhala Air. (aku tak boleh sebut tuhan KERANA tuhan aku hanya SATU. iaitu Allah. Andai aku menyebut tuhan selain Allah maka terkeluar aku dari islam aka murtad aka bukan islam aka aku ni dah anggap tuhan itu sudah lebih dari SATU. Nauzubillah....

AWAN NANO

Suka dengan pemandanan awan yang cerah. Walaupun panas tapi sebenarnya sejuk sebab angin dia kuat n tambah-tambah lagi di kawasan atas bukit sikit. So tak panas sangat.

PAK WAYAN

Guwe kangan sama kamu pak. Bapak baik sekali. Benar-benar tourist guide sejati. Kemana aja kami pergi wak kacau.. haha. nasib ada dia, boleh amik gambar kitorang berdua.

BATU BELAH BATU KAPUR

Posing sebelum balik. Actually time ni nak balik Malaysia dah tapi terawal plak entry ni. hehe. Layan ajer lerr.. 

:)
Nak tulis apa ni..huhu..kalau rasa nak tengok lebih banyak gambar silakan lah google...malas nak letak gambar berhala..gambar kenangan dengan isteri sudeyy..

Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...