Hidup dalam ketenangan dan kebahagiaan di atas air mata dan dendam orang lain.......
Followers
Monday, 16 December 2013
Friday, 13 December 2013
Mengemis
Masih menunggu2 balance gaji yang tak masuk2 lagi dan menunggu interview untuk kerja baru. Penat dengan diri sendiri yang selalu nak kena mengemis duit gaji. Sekarang ni duk mengemis duit gaji n mengemis kerja. Interview rasanya dah banyak dah. tapi kerja nya belum dapat lagi.
Sampai malas nak buat kerja kalau teringatkan gaji ni. Mungkin bos rasa aku ni selalu makan rumput masak cili api kot, isi minyak kereta guna air ketum, bayar bil2 guna duit saidina.
Sunday, 8 December 2013
Interview lagiiiii
Baru download apps blogger kat iphone nii.. tak pernah2 aku nak update blog guna hp ni.. tak tahu la macam mana rupa dia bila update ni.... huhu.. (batak gila)
Alhamdulilahh...hari khamis ni aku interview lagi.. kali ni interview kat iwk..
Tuesday, 3 December 2013
Interview aku 2013
Since tempat aku bekerja dah 3 bulan aku tak dapat gaji. Aku dah mula berkecimpung dengan dunia interview. Asyik pergi interview je...tapi belum ada rezeki lagi... entahlaa.... aku ke yang tak bagus. Rasanya setiap kali interview memang aku bersungguh2 perform dengan panel tuu.. tapi aku masih belum dapat kerja baru lagi...
Buat masa ni aku dah pergi 4 company tapi ada yang dah bagi feedback mengatakan aku tak dapat..Agak sedih gak sebenarnya coz aku memang bertekad nak tukar kerja especially oil and gas company.
Lepas pergi Scott Park Group, aku pergi interview kat
Ni company contractor. Apply untuk jadi Site Qs jaga projek PRIMA Alam Damai... tiada feedback gak menandakan aku mmg tak dapat la... then,
Note : QS = Quantity Surveyor aka Jurukurbahan
Ni plak developer.. pun tak dapat gak. requirement dia nak Qs yang ada pengalaman high rise building. Dia nak pengalaman handle projek dia 40 tingkat. Nak buat macam mana. Tempat aku kerja semua projek housing, rumah kedai...memang kena reject la aku nampaknya. Then,
Shapadu ni plak company oil and gas. Mintak as a Contract Administrator. Ni yang akhir sekali aku interview buat kali ini.. Katanya minggu ni keputusan...tapi takde plak feedback lagi... tapi tak tahu la dapat ke tak... aku skrg pike nak cari rezeki je..stabil... n takde masalah gaji2 lagi...memang sakit kepala kalau kerja takda gaji..
Ada gak company yang aku tak pergi. Company kat johor n kerja kat sana. Tu memang aku tak coz tak sanggup nak kerja jauh-jauh. tapi dah lupa apa company dia. Tapi besar jugak la company dia tu. Then
Glenmarie ni pun aku tak pergi tak tahu la nak cakap sebab apa...tapi akhirnya rasa menyesal plak tak pergi...mmm...benda dah lepas...
Sekian.
Friday, 6 September 2013
TRUE
Harini jumaat...biasanya hari jumaat ni la hari paling bermakna sebab sabtu ahad dah boleh rilek2 n jalan2 dan jumaat biasanya malas dah nak buat kerja. haha
Duk tengah2 layan youtube teringat plak lagu faveret aku dulu2 masa sekolah. Tak tahu la orang kenal ke tak si mamat ni. Dah lama tak dengar coz mana la aku ingat semua lagu-lagu masa sekolah dulu. Kalau new boys sejarah mungkin berulang memang aku tak lupa. Haha
Sekian.
Tuesday, 3 September 2013
INTERVIEW LAGIIIIII.... :(
Atotnye........atotttt.. :( aku paling seram kalau bab interview ni. Dah la kalau bab speaking grammar pun dah macam air sampah. (lagi busuk dari sampah biasa) ..Tunggang langgang... Belajar malas...
Please help me!!!!
Harini aku interview kat Scott Park Group Malaysia. Dari yang google company ni dari Australia n bukak cawangan kat sini. Ntah lerr...betul ke tak. Jangan syarikat untuk pilih talent jadi gigolo dah lerr.. hahaha
Aihhh...semalam isteri dah gosokan baju, seluar pilihkan tie untuk aku pergi interview. Pagi-pagi lagi dah pakai. Dia plak yang bersemangat nak aku pergi. Aku cakap aku takda nak sangat nak kerja sana coz jauh sgt kot damansara. Dengan jem gila babeng, tol lagi. minyak lagi.. Lain la rumah kat damansara ke kan.. (mentalilti aku masih lagi nak kerja depan umah)
Masa interview dengan company Brunei tu pun terbelit-belit lidah aku speaking. Nasib la dia tak gelakkan aku. Dah nak interview mula la rasa nak belajar english balik. Biasa tengok oh! my english je. hehe
ni link company dia. Agak susah gak dia takde website sendiri yang Malaysia punya
ok!
so!
log out sekarang n siap-siap interview preparation
Sekian.
Wednesday, 28 August 2013
Adooiiiiii
Itulaaa....asyik adoiii je aku ni. Setiap kali nak update entry mesti nak tulis.
1. "Dah lama la tak update blog.."
2. "Lamanya tak update blogg niii..."
3. "Aiii..dah berabuk dah blog aku ni tak update2"
No.1 tu aku rasa mungkin betul coz banyak je aku baca blog orang yang dah lama tak update mesti tulis macam tu termasuk aku.
So...harini baru rasa dah start nak update sikit2 la. Dari bulan 3 haritu senyap je kann.. hehe.. Rasanya nak update pasal kahwin tu tak update2 lagi. Nak update pasal raya, entry raya tahun lepas (first time raya bersama isteri & keluarga) pun tak update2 lagi.
Mmm...kalau ikutkan kalau nak update semua kenangan2 ni. Mungkin kena mintak cuti seminggu dengan bos n fulltime update blog aku ni. Huhuhu..
Harini je rasa semangat nak update. Ntah2 besok besok sampai 6 bulan lagi baru nak update kot. hahaha
Sekian.
Tuesday, 12 March 2013
04/01/2013
4 Januari
Adalah besday yang tersayang. Dah dekat 2 bulan baru nak update. hahaha.
Agak susah jugak nak buat surprise ni
&
alhamdulillah...
menjadi jugak buat..pening kepala aku nak seprais kan macam mana
mujur lah ada kawan-kawan
Besday di sambut di Manhattan Fish Market Alamanda
tibe-tibe.........
chingggg!!
dah habis pun makanan.
huhuhu
terima kasih kerana sudi sambut besday isteri shayee
dapat jugak menumpang makan
gambar di atas adalah
pasangan yang tak berapa ideal
hahaha..(gurau je)
dapat hadiah jam dari pasangan yang tak berapa ideal tadi (gurau lagi)
&
famous amos dari Puan. Asni
jam ni jugak diletakkan dalam bilik kami
dan cokelat famous amos jugak diletakkan dalam perut kami
kekeke
safwat dan hannan
terima kasih kerana sudi datang habiskan makanan
Sekian.
Wednesday, 20 February 2013
PAK ARAB
Apakah kaitan entry aku harini dengan gambar di atas ni?
Gambar ni kalau aku tengok lama-lama ada gak aku tumbuk sampai pecah pc ofis ni
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlu di asingkan gambar ini dengan apa yang aku nak tuliskan. hahaha. Kat ofis harini kerja tak banyak sangat. Jadi sempat la nak curi-curi masa menukilkan apa yang aku rasa. okey!
Harini sambil bekerja sambil kumpul semua data-data nak buat resume baru. Resume yang lama wajib di update. Insya Allah persediaan secara perlahan-lahan (tak nak rushing2) nak memohon kerja di Bahrain atau Kuwait. (Insya Allah...) Sekiranya Allah dah tetapkan aku dapat kerja di sana dan kerja kat sana adalah yang terbaik untuk aku, Insya Allah aku akan dapat.
Dengan Izin Allah tak dapat, belum ada rezeki lagi untuk ke sana atau aku memang Allah lebih tahu aku tak patut kerja kat sana kerana Allah lebih MAHA Mengetahui akan apa yang terbaik untuk aku. Memang teringin nak kerja kat sana. After dah kahwin ni, terasa mudah aku nak kerja kat sana. Ada jugak la peneman hidup. Kalau masa kat Brunei, ya Allah..sunyi yang amat.. Family pun jauh..
Target aku pun tak lama kat sana. Dapat setahun dua pun alhamdulillah. Nak merasa hidup kat luar macam mana. At least mana tahu dapat lah simpan duit sikit ni. Kerja kat Malaysia walaupun kerja Qs ni, dah macam kais pagi makan drawing, kais petang makan printer pulak aku rasa. Dengan rumah pun harga melambung tinggi, aku tak tahu la macam mana masa depan aku ni nanti.
Pening-pening... bila memikirkan hal rumah ni...rumah sekarang paling murah pun 200-300 ribu. Tu pun jauh dari bandar.. Aduii...sebelum aku takde mood memikirkan hal rumah kat Malaysia ni, baik aku nyah dari blog aku sendiri. lagipun malas nak tulis panajng2 coz nanti makin panjang makin meleret-leret aku sendiri malas nak baca.
Sekian.
Tuesday, 19 February 2013
JALAN-JALAN-JAKARTA (16) - BALIK KL
DAY 4
Balik kL.... kesimpulannya untuk destinasi bajet kali ini.. kalau nak pergi jalan-jalan tu bawak la duit banyak sikit...sebabbbb...airport tax.. huhu
Nasib baik aku dah withdraw awal-awal. Kena la tax sorang Rp.150,000. Tak ingat plak time pergi Bali tu pun kena tax gak. Ini saja lah entry untuk Jalan-Jalan-Jakarta yang aku dah pilih-pilih. (tak kan nak masuk semua kot..haha. bahaya.)
Sekian.
JALAN-JALAN-JAKARTA (15) - TANAH ABANG
DAY 4
Hari ni hari nak balik kL dah..kesempatan ini jugak aku pergi ke Tanah Abang beli barang-barang nak bawak balik kL. Kat sini barang semua murah-murah. Cuma aku difahamkan, kat Tanah Abang semua amik dari Bandung. So kalau nak shopping yang sebanyak-banyaknya. Patut ke Bandung la kan.
Di setiap lift ada tunjuk setiap floor kedai apa yang ada. Aku snap untuk rujukan beli belah kat sana. So senang merancangkan shopping anda.
Kat sini memang besar sangat. Sampai takde mood plak sebab penat berjalan. hehe. Seronok la kan tengok isteri mata terbeliak tak berkelip-kelip. Bila isteri happy, aku pun happy. Bila isteri tension, aku la orang paling serabut. hahaha
Banyak corak untuk tampal kat dada baju kurung tu. Murah jugak sekeping dalam RM10.
untuk corak yang kat lengan tu pun ada
Harga yang ni tak sure la berapa. Beli pakai meter
kedai kerongsang
kedai kasut
isteri aku kelihatan seperti sudah tidak sedarkan diri
Memang banyak sangat kedainya sampai yang tak terambik gambar. Kalau-kalau pergi Jakarta, pergi la ke Tanah Abang ni. Kalau rasa nak beli banyak, beli jelerrr kat Bandung tu. Flight petang ni. Lepas shopping berlari-lari nak kejar ke hotel-airport!
Sekian.
Thursday, 14 February 2013
JALAN-JALAN-JAKARTA (14) - GRAND INDONESIA
DAY 3
Grand Indonesia ibarat Pavillion kat kL. Tapi kat sana barang tersangat la mahal kan. Aku pun tak mampu nak beli walaupun seutas tali pada beg yang dijual. Tapi kat sini takdela macam kat Pavy kL tu. Bersepah budak-budak lepak kat luar bawak duit 5 ringgit pastu post kat fb "penaaattt laaa shopping kat Pavy tadi..".
Tak banyak gambar yang aku amik. Lupakan sekejap baju aku yang kurang sopan tu (baju dah habis coz bawak sikit..hehe). Kat sini tak seramai macam kat Tanah Abang (kat sana sesak dah macam jutaan manusia) Kalau rasa nak tengok warga indonesia ala-ala artis, hot-hot mengalahkan artis sinetron boleh datang sini.
Dan juga kalau nak tengok wanita dengan handbag (hampir semuaaaa) yang letak/kepit handbeg di 'pergelangan" siku (belakang siku) macam kat gambar atas tu. hahaha. dah macam mak datin dah aku tengok. Dan tanpa disangka, isteri aku pun aku suruh buat macam tu. hahah.
Kalau kat sana setiap pintu masuk dimana-mana pun ada security check. Mana tahu kalau-kalau ada orang bawak bom nak letupkan starbuck. Untuk orang tak berduit macam aku ni memang takde apa-apa pun nak nak dibeli. Takde yang menarik langsung melainkan.....
tengok wayang!
Tengok Hansel & Gretel. Nak tengok cerita Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit takde plak kan. So layan jela cerita ni..nasib tak tengok lagi..tiket harga macam biasa dalam RM 10.00.
Time kat sana, terjumpa pulak pelakon sinetron sambil memegang popcorn. Amik jela gambar dia walaupun sorang..wayang aku tu tersangaaaaat besar dah macam 2-3 aunditorium kat universiti kita belajar.
Sekian.
JALAN-JALAN-JAKARTA (13) - MAS MONO AYAM BAKAR
DAY 3
Selepas dah balik hotel dan rehat-rehat. Oh! terlupa...hari ke-3 ni dah pindah hotel dah. Sebab nak merasa tidur kat hotel tengah bandar dan dekat dengan bulatan Bundaran Hi.
Sekitar di Bundaran Hi. Hotel aku terus jam pukul 12. Hotel biasa-biasa je. Sebab nak lokasi bandar kan. Tapi boring kat tengah bandar sebab jem sangat-sangat kalau hari bekerja tu. Macam kL jugak la kan.
Hotel ni dekat dengan Grand Indonesia (Paviliion kL). Dari hotel ni nak ke Grand Indonesia naik bluebird tak lebih Rp.10,000 dan juga dekat dengan Tanah Abang (tempat borong pakaian) dengan naik taxi sebanyak tak lebih Rp.15,000. So senang la nak pergi kalau dah stay sini. Cuma harga dia beza dengan Best Western sekitar RM 50.00.
okey! jom melantak ayam bakar Mas Niza! eh. Mas Mono!
Kalau try restoran mahal sikit la dari streetfood. Memandang memang susah sikit nak dapatkan streetfood kat tengah-tengah bandar jakarta. So pergi restoran saja. Kedai ni pun dekat jugak dengan hotel n kena jalan kaki sikit la. Dalam 10 minit.
Boleh tahan jugak la sedapnya...tapi sedap lagi streetfood..tak tahu la napa dengan lidah ini. Ke mindset aku je ni...
teh o ais memang tak dapat dipisahkan
Pas makan bersiap sedia pergi Grand Indonesia!
Sekian.
JALAN-JALAN-JAKARTA (12) - MONAS
DAY 3
Memandangkan terbaca "Kita tidak dikira pergi ke Jakarta kalau tak melawat Monumen Nasional (Monas)" Jadi aku pun nak tak nak, nak pergi jugak Monas ni. Dia dekat jugak dengan Masjid Istiqlal.
Kalau pergi hari weekend, memanggggggg ramai sangat. Hampir keseluruhan kawasan nampak anak-anak muda bersukan. Ada main bola sepak, tampar, badminton n etc. Ni time baru sampai. Tandasnye sempoi ajer.. Kalau pergi hari biasa tak best sangat. coz macam tak ramai. Kalau weekend ni rasa la jugak bersiar-siar.
Dari jauh..actually ni gambar time balik. hehe.. orang pun dah nak balik..time datang tu dalam pukul 5 petang. so kat jalan ni penuh dengan budak-budak main bola. memang penuh....
Sangat panas time ni. Aku hampir nak angkat Monas ni. hehe
Baju merah Tanah Abang. hahhah
Time ni memang perut lapaaaaaaarrr sangat!!
jom makan streetfood!!!!!
Kat sini hampir semua kedai makan mesti ditutup dengan kain dan diiklankan menu sekali. Aku dan isteri bab kedai-kedai macam ni memang faveret (alhamdulillah la isteri memang jenis tak demand-demand n tak kesah dan suka makan streetfood macam aku..hehehe)
Kedai ni betul-betul depan Monas tu. Memang makan berhadapan dengan Monas dan banyak lagi gerai-gerai makan kat sini.
Seperti biasa...tapi kali ni ayam penyet (kat sana panggil ayam goreng) Inilah makanan harian sepanjang kat Jakarta. Kalau kat kL, takde maknanya aku nak makan Wong Solo hari-hari. Bankrup den.
Tak berapa ingat la berapa harga dia tapi mahal sikit dari tempat tempat-tempat lain coz mungkin ni tempat pelancongan. Rasanya dalam Rp. 50,000 kot. Tu pun aku order 3. hehe
Teh Botol...air ni memang banyak sangat kat sini. Mesti kena try satu. Bagi aku rasa dia macam ala-ala "teh cina sikit". Tapi ntahlah..
jom baso pulakkkk!
Dah settle makan ayam penyet. Aku pun cari kedai baso. Area-area sini jugak. Memang datang nak memuaskan nafsu perut yang tak pernah kesudahan ni la.
Sebelum cari baso, pergi beli air panas. Memang banyak sangat air 3in1 kat sini. Satu cawan Rp.4,000. Macam-macam 3in1 ada kecuali radix n nescafe. hehe.
Aikkkk...dah habis dah baso aku. Makan-makan-makan. tu la kerjanya.
Tengah pikir nak makan apa pulak lepas ni. haha. sedih tengok perut sendiri
Lepas makan lepak-lepak tengok gelagat orang kat sini.
Isteri aku memang peminat setia aiskrim potong. Kebetulan plak dia lalu kat sini. Apo laiiii.... tahan ler. sebatang dalam Rp.3,000 rasanya. (asyik tak ingat jee)
perisa kacang dan cokelet. Dia kata dia buat sendiri. Layann...lepas dah abis aiskrim. Balik la ke hotel... malam ni nak makan ayam bakar dengan baso lagi ni..aduiii...
Sekian.
Saturday, 9 February 2013
DAH DAFTAR MASTER :)
JALAN-JALAN-JAKARTA (11) - SEAFOOD DAN AYAM BAKAR LAGI
DAY 2
Malam kedua plak teringin nak ke AYAM BAKAR MANGGA DUA lagi. Tapi berubah angin untuk pergi ke kedai lain plak. Kedai dia berhampiran je dengan kedai yang aku link kan di atas cuma kedai tu berada di tepi jalan betul-betul bawah jejantas.
kat sini memang banyak kedai ayam penyet (sana panggil ayam goreng) lebih-lebih lagi kat Mangga Dua ni. Biasanya kedai ditutup dengan kain sambil diiklankan. Bezanya kedai ni dia ada seafood. Kedai lain cuma ayam sahaja.
Pekerja dia semua lelaki dan muka nak ganas-ganas je. haha. Tapi diorang memang polite gila-gila-gila sampai aku rasa malu dengan diri sendiri sebab aku tak polite macam diorang.
Menunya pak. Cumi tu sotong. Jenuh aku tanya dia, dia tak dapat nak explain kat aku cumi tu apa. Siap pergi kat dinding tunjuk gambar sotong.
Kedai ni je proper sikit siap kena tick menu apa nak makan
yang di order, kangkung goreng, udang bakar, udang butter dan ayam goreng (tak sampai lagi) dan air Es Teh Manis (Teh o Ais). Ada kedai free je air teh ni.
merasa jugak isteri aku makan kat sini
setiap kedai yang kita makan dia akan sediakan air basuh tangan. Ada yang celup limau nipis bagi wangi. Air basuh tangan kedai ni yang bekas besi silver tu
sayu bercampur sedih plak aku tengok isteri aku basuh tangan macam ni. macam orang susah je aku tengok tapi tudung tak macam orang susah plak. hehe
Inilah bil keseluruhannya.......hari pun dah lewat malam coz sini awal sejam dari Malaysia. waktu jam sama dengan Malaysia cuma hari mereka lebih awal sejam. Macam subuh kalau kita pukul 6 diorang pukul 5. Lebih kurang macam tu la..so kami pun pulang dengan gembira...
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)