DAY 3
Grand Indonesia ibarat Pavillion kat kL. Tapi kat sana barang tersangat la mahal kan. Aku pun tak mampu nak beli walaupun seutas tali pada beg yang dijual. Tapi kat sini takdela macam kat Pavy kL tu. Bersepah budak-budak lepak kat luar bawak duit 5 ringgit pastu post kat fb "penaaattt laaa shopping kat Pavy tadi..".
Tak banyak gambar yang aku amik. Lupakan sekejap baju aku yang kurang sopan tu (baju dah habis coz bawak sikit..hehe). Kat sini tak seramai macam kat Tanah Abang (kat sana sesak dah macam jutaan manusia) Kalau rasa nak tengok warga indonesia ala-ala artis, hot-hot mengalahkan artis sinetron boleh datang sini.
Dan juga kalau nak tengok wanita dengan handbag (hampir semuaaaa) yang letak/kepit handbeg di 'pergelangan" siku (belakang siku) macam kat gambar atas tu. hahaha. dah macam mak datin dah aku tengok. Dan tanpa disangka, isteri aku pun aku suruh buat macam tu. hahah.
Kalau kat sana setiap pintu masuk dimana-mana pun ada security check. Mana tahu kalau-kalau ada orang bawak bom nak letupkan starbuck. Untuk orang tak berduit macam aku ni memang takde apa-apa pun nak nak dibeli. Takde yang menarik langsung melainkan.....
tengok wayang!
Tengok Hansel & Gretel. Nak tengok cerita Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit takde plak kan. So layan jela cerita ni..nasib tak tengok lagi..tiket harga macam biasa dalam RM 10.00.
Time kat sana, terjumpa pulak pelakon sinetron sambil memegang popcorn. Amik jela gambar dia walaupun sorang..wayang aku tu tersangaaaaat besar dah macam 2-3 aunditorium kat universiti kita belajar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment