DAY 1
Disebabkan rushing sangat kejar flight sampai terlupa nak withdraw.. (sangat-sangat bahaya) fikiran aku mula serabut dari atas flite lagi (sebab baru teringat). Tanya pramugara, dia kata kaunter bank bukak (weekend) tapi bila pergi bank tutup. Tanya pilot, dia kata jangan sibuk dia tengah drive ni.
Memang Allah bantu la kitorang. Mana taknya. Masa dah keluar kereta nak rushing nak masuk airport. Boleh plak bapak mertua aku honk dan bini aku patah balik jumpa ayah dan ayah bagi duit belanja RM100.00 :)
Duit ni la kitorang buat tambang dari airport ke hotel. Buat pergi bank. Aku ni dah la lupa nak withdraw pastu plak tak activekan card untuk withdraw luar negara. Aku dah terbayangkan nak tumpang tidur tepi jalan dan pergi kedutaan Malaysia nak pinjam duit sikit mana tahu dapat BR1M. hahaha
Duit ni la jugak buat tambang bajai yang kena tipu tu jugak. Nasib baik cukup... okey! mula-mula sekali apa-apa pun kalau nak keluar negara memang kena activekan card ite untuk mudahkan kita keluarkan duit. Kalau kita pakai Maybank, BII Bank menawarkan ATM transaksi percuma kalau bank lain kena bayar RM 12.00/transaksi.
Memandang isteri aku ni pandai dari aku. Jadi sampai sana, pergi je hotel (nasib ada wifi) dia pun online la amik num maybank. dan terus call dari sini ke Malaysia. Nasib ada wifi. Nak call dulu pun kena topap jugak.
Tula kemudahan pakai smart phone ni. Kalau pakai phone macam aku (kat bawah) sampai ke sudah masalah tak selesai-selesai. Pakai la smart phone kalau nak ke luar negara. hehe
Tula kemudahan pakai smart phone ni. Kalau pakai phone macam aku (kat bawah) sampai ke sudah masalah tak selesai-selesai. Pakai la smart phone kalau nak ke luar negara. hehe
Alhamdulilah...tak perlu tunggu branch bukak. Juz call n mintak dia activekan...aku plak gaji masuk cimb. So instant transfer masuk maybank bini aku dan keluarkan guna kad dia. Legaaa!! TAPIIIIII ingatkan dah settle dah.
Cimb aku plak masalah...transfer tak masuk kat maybank dia. Kena call cimb n maybank balik... Tunggu punya tunggu sebab dia nak buat report dulu...kredit hp plak semakin berkurangan... hehe..
Last-last dalam sejam. (sebenarnya skejap je, aku tak follow up coz layan fb kat lobby..hehe). Alhamdulillah semuanya setellll..aku pergi la BII Bank dengan Bajai yang pertama (Rp.50,000 tak puas hati lagi ni...haha) sampai sana je kad bini aku plak masaaaaaaaalaaahhhhhhhhhh.. Arghhhhh... tension..
Kad tersayang kena reject dari ATM. Aku plak tak ingat langsung nak activekan kan maybank aku tadi..kena patah balik hotel online balik coz takde wifi. Aku ni pun sengal kuda jugak.. Kenapa la tak call CIMB je terus n activekan.
Tak perlu nak instant trnasfer bagai. Rasa kalau kaki ni panjang rasa nak flying kick tengkuk sendiri. Dah balik hotel transfer balik Maybank tersayang ke Maybank aku dan pergi balik ke BII Bank dengan menaiki Bajai (Rp.20,000) tu... memang kali ke-2 aku hati-hati tengok kot-kot bajai yang mahal tadi tu.
Akhiiiiirrrrrrrrnyaaaaaa!!!!!!!!!
Time ni rasa debar gila-gila...jangan kad aku plak masalah. Aku dah penat dengan ujian hari pertama ni..
hehe...bersiap sedia!
Alhamdulillahhhh...terima kasih Allah....Akhirnya... dapat jugak Rp.2,000,000..ketensionan yang berlaku di kepala sejak dari bangku pesawat (bukan bangku sekolah) akhirnya hilang dengan sekelip mata dengan Allah telah permudahkan semuanya....
Spending untuk ketika ini Rp.2 juta dulu untuk mengelakkan diri ini boros. Stress bro duit takde kat luar negara ni lebih-lagi kita ni ada tanggungjawab (isteri) nak kena jaga.
Tak kan nak susah2kan dia plak dengan masalah. Lain la kalau kat Malaysia. Berbeza kegembiraan apabila memperoleh wang dengan cara senang berbanding dengan susah nak dapatkan wang.
Tak kan nak susah2kan dia plak dengan masalah. Lain la kalau kat Malaysia. Berbeza kegembiraan apabila memperoleh wang dengan cara senang berbanding dengan susah nak dapatkan wang.
Kegembiraan tidak terhenti begitu saja akan tetapi kegembiraan hati ini berlarutan hingga ke lobi hotel. Tapi masalahnya bila dah masuk bilik, main campak-campak plak duit... Hahahah... aiiii...ni la manusia. Cepat betul lupa diri. Sedar tak sedar panjang betul aku membebel dalam entry ni. Aku ni tak berapa suka sangat entry panjang-panjang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment