Followers

Thursday, 7 February 2013

JALAN-JALAN-JAKARTA (5) - BAJAJ aka BAJAI


DAY 1


Nama dia Bajaj dan biasa kat sana panggil Bajai je.. Aku terasa nak update entry setiap pergi mana-mana bukan apa. Kadang-kadang terasa macam ada diary sendiri n kadang-kadang terasa macam nak share kat orang pasal pengalaman sendiri. (ada ke orang baca?) hehe..

Bukan apa...kadang-kadang b4 nak pergi jalan-jalan tu. Bila terbaca orang update pasal tempat yang kita nak pergi tu rasa macam berterima kasih sangat-sangat sebab kita tak tahu apa-apa kan.

So?

Aku sarankan tak payah la nak naik bajai ni... (ampunkan la aku Ya Allah andai percakapan aku ni asbab penghalang rezeki orang.) Kenapa aku cakap macam tu.. coz aku dah macam Kak Tipah... tipah tertipu tertipu tert tipah.. tapi rasanya semua tak macam tu coz tak kan sorang je amik kesempatan yang lain pun sama. Ada je pak-pak aji berkopiah bawak bajai ni. Mungkin dia lebih ikhlas dan jujur. 

TAPI kalau pergi sana wajib naik ni sekali. At least try la kan. Kena merasa jugak bagaimana diorang bawak boleh lawan arus jalanraya. hahah. bini aku takut2 kereta menghala kat bajai kitorang.

Dari yang aku baca blog2 lain. Diorang bagitahu biasanya naik bajai ni dalam lingkungan Rp.10,000 -Rp.20,000...  Betul tu....bukannya nak berkira... dan aku naik bajai ni sebab time tu ada masalah kewangan aku tak withdraw kat kL. 

So terpaksa pergi bank naik bajai ni...rasanya tak jauh mana pun. dan aku kena cas Rp.50,000.. kalau aku naik bluebird rasanya tak sampai Rp.10,000 je coz sebab kalau aku pergi mangga dua square (lagi jauh) tu pun tak sampai Rp.Rp.15,000 - Rp.20,000. 


Nak masukkan video orang rumah rakam tapi tak boleh plak. Maybe later aku update ya.

Tip untuk naik bajai ni adalah: (dari pengalaman aku larr..orang lain ok je rasa)
1. Tak payah nak pakai smart2 sangat lar...tapi masalahnya smart ke aku pakai baju merah
    tu..hahaha (tak tahu betul ke tak)
2. Jangan berhenti depan hotel sangat. Jalan la sikitkan..(Hotel mahal mesti dia rasa 
    banyak duit kan?)
3. Naik bajai jangan pergi ke bank. tahu la kan nape? Diorang bukan pakai meter.
4. Sebolehnya cakap la bahasa indonesia sikit. (tak nampak sangat pelancong walaupun aku
    ni cakap macam haram J.)
5. Nak naik boleh untuk merasa tapi bukan untuk pergi jauh-jauh.
6. Bak kata orang hotel aku, "naik bluebird lebih bagus, "keamanannya" dan 
    keselamatannya.
7. Kalau rasa destinasi kita tu dekat (macam aku) kalau kena mahal sangat. 
   Sila respon "tadi naik bajai tu murah jeee..." (sebab kali ke-2 aku naik kena Rp.20,000 
   untuk tempat yang sama dan siap berhenti lagi beli buah, roti goreng.
8. .....................................nati aku tambah sebab tak ingat dah.

Mula-mula naik terasa nak sedekahkan duit extra sikit sebab ada jugak la rasa sedih dan kesian diorang cari duit bawak bajai ni.. Last-last kena Rp.50,000 terasa nak flying kick tengkuk dia dari belakang. 

Satu lagi. Kalau nak pergi Maybank ATM, kena sebut BII Bank sebab ada yang bajai ni tak tahu. Jenuh aku sebut, meibenk, meibang,maibang pun dia tak kenal. Last-last aku yang tunjuk kat dia jalan. Macam aku plak orang sana.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...