Followers

Wednesday, 6 February 2013

JALAN-JALAN-JAKARTA (3) - BEST WESTERN MANGGA DUA HOTEL & RESIDENCE


DAY 1


Alhamdulillah...selamat sampai juga aku kat hotel ni kerana ada satu kejadian telah berlaku pada kami berdua yang akan aku ceritakan. (tak teramik plak gambar keseluruhan hotel). 

Aku syorkan kiranya nak cari tempat penginapan better kat Mangga Dua coz banyak street food (my fancy faveret, huhuh) dan machek (jem) pun tidak terlalu melampau berbanding machek di Jakarta yang aku rasa macam kat kL. Datang sini bukan nak feeling kL.


Boleh dikatakan memang banyak hotel yang cantik + selesa kat Jakarta ni dan boleh dapat dengan membeli di AGODA HOTEL RESERVATON. Nak yang lebih lawa dan nak yang lebih selesa kena la keluarkan duit lebih sikit. Tapi bagi aku hotel ni cukup daripada selesa. (Bukan banyak duit sangat ni)


Terjumpa seorang cowok dari Malaysia yang ganteng lagi kacak kegilaan cewek-cewek Ayam Penyet Mangga Dua...guwe sedang istirehat kerna capek banget deh sambil menunggu masalah baru yang akan datang. kikiki


Setelah masalah selesai iaitu mengenai wang yang aku tak withdraw dari kL. So sekarang hati dah senang, tenang dan terbilang dah ada duit belanja. Aku withdraw Rp2,000,000 untuk beli rumah banglo untuk family datang ke sini dan sebuah range rover untuk perjalanan aku di Jakarta. Rasa kaya pegang duit Rp2 juta ni. (Rp.2 juta ni biasa je sebenarnya bagi orang-orang yang biasa datang..hehe)



Cermin di belakang aku tu adalah ruang untuk melihat seluruuuuuuuuhhh bandar Jakarta yang sangat-sangat padat dan pemandangan dia sangaaaattttt cantik pada waktu malam.



Jom masuk bilik! let's start honeymooooooon!
hihihihi




Tempahan hotel ni isteri aku yang buat dan segala-galanya dari A sampai Y (yang Z tu aku yang uruskan, nak menunjukan betapa sedikitnya sumbangan aku) ke sini semua bini aku yang uruskan


terima kasih sayang..!! :) 


Sementara itu tugas aku adalah tukang dengar masalah yang dihadapi oleh isteri aku dan hanya mampu mengeluarkan wang saja. heheheh. takdela.. sama-sama la kan...kang big stalker (isteri aku) baca entry ni merajuk plak. Keghairahan tercipta apabila memiliki ruangan kamar yang sangat selesa.



Suka tilam dia sebab tinggi nya sampai pinggang aku. Terasa la mewah sikit tidur sini dengan kelembutan cadarnya yang sangat lembut buatkan aku nak stay je hotel dan tak yah jalan-jalan jakarta.


Muka keriangan makan roti goreng berharga Rp1500/sekeping bersamaan RM 0.50sen . Kat sini menang banyak street food berbanding hotel di Jakarta Pusat yang lebih kepada modern dan tak sesuai la kan ada street food.


Tandas yang cantik. boleh tahan...cuma takde bath tub..ada bath tub mahal sikit laaa. aku amik yang superior...memang selesa sangat-sangat-sangat tidur sini dengan staff dia yang sangat peramah-peramah-peramah sampai aku naik segan aku tak seperamah macam diorang.


Minuman seperti arak dan tidak halal selepas itu aku sembunyikan dengan mengaver semua air-air tersebut dengan air lain supaya tidak mencacatkan pemandangan aku.


Kelihatan bangunan tinggi-tinggi tu la Jakarta Pusat yang berada di tengah. Hotel aku berada di Jakarta Utara. Ke sana dalam 20-30 minit saja. Sangat rilek hotel aku ni.



Kalau hotel tengah-tengah memang lagi mahal macam Grand Hyatt, Pullmann, Hilton, Le Meridien dan seangkatan dengannya tapi untuk view terbatas la sikit..Lagipun kat sana machekkkkkkk bangat. (machek : jem).


Sebahagian dari pandangan hotel. Kat sini macam bentuk bulatan nak tengok bandar Jakarta. So kena amik gambar sikit-sikit.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...