DAY 2
Malam kedua plak teringin nak ke AYAM BAKAR MANGGA DUA lagi. Tapi berubah angin untuk pergi ke kedai lain plak. Kedai dia berhampiran je dengan kedai yang aku link kan di atas cuma kedai tu berada di tepi jalan betul-betul bawah jejantas.
kat sini memang banyak kedai ayam penyet (sana panggil ayam goreng) lebih-lebih lagi kat Mangga Dua ni. Biasanya kedai ditutup dengan kain sambil diiklankan. Bezanya kedai ni dia ada seafood. Kedai lain cuma ayam sahaja.
Pekerja dia semua lelaki dan muka nak ganas-ganas je. haha. Tapi diorang memang polite gila-gila-gila sampai aku rasa malu dengan diri sendiri sebab aku tak polite macam diorang.
Menunya pak. Cumi tu sotong. Jenuh aku tanya dia, dia tak dapat nak explain kat aku cumi tu apa. Siap pergi kat dinding tunjuk gambar sotong.
Kedai ni je proper sikit siap kena tick menu apa nak makan
yang di order, kangkung goreng, udang bakar, udang butter dan ayam goreng (tak sampai lagi) dan air Es Teh Manis (Teh o Ais). Ada kedai free je air teh ni.
merasa jugak isteri aku makan kat sini
setiap kedai yang kita makan dia akan sediakan air basuh tangan. Ada yang celup limau nipis bagi wangi. Air basuh tangan kedai ni yang bekas besi silver tu
sayu bercampur sedih plak aku tengok isteri aku basuh tangan macam ni. macam orang susah je aku tengok tapi tudung tak macam orang susah plak. hehe
Inilah bil keseluruhannya.......hari pun dah lewat malam coz sini awal sejam dari Malaysia. waktu jam sama dengan Malaysia cuma hari mereka lebih awal sejam. Macam subuh kalau kita pukul 6 diorang pukul 5. Lebih kurang macam tu la..so kami pun pulang dengan gembira...
Sekian.
No comments:
Post a Comment