DAY 2
Dunia semakin maju dengan teknologi dan kemudahan tapi aku je masih tak tahu lagi dan mungkin malas nak amik tahu. SMARTPHONE.. yes smartphone. Selenge gila aku ni semua orang tahu pasal smartphone. cuma aku je saja nak update.
Hari kedua kami... hotel hari kedua belum pilih lagi. Cari punya cari last-last aku tetap stay hotel lama coz keselesaan dia membuatkan rasa nak stay situ. (kalau tidur Pullmann Jakarta ke, Meridien ke, Hyatt ke, memang tak kan pindah dah aku ni..hehe)
okey! nak dijadikan cerita. Begitu pentingnya pakai smartphone ni kita beli je online hotel kat laman web ni
Kat sini memang boleh booking hotel dengan harga yang sangaaaaaaaatttt murah. Aku ni punya la susah pergi reception tanya berapa hotel aku duduk ni. WESTERN MANGGA DUA HOTEL & RESIDENCE.
Tanya hotel ni walk-in berapa semalaman, mahal jugak. Kalau dah campur tax harga dia lebih kurang Rp.850,000/semalaman. Agak mahal la bagi orang macam aku ni. So isteri aku yang lebih pandai dari aku ni beli jela kat Agoda tu.. lagi murahhhh...senang....
Dengan membeli disini dapat la harga RM 143 dan campur tax dalam RM 170 semalaman. Mudahkan....aku duduk je kat lobi hotel...booking online n dah setel. Juz bawak hp bacakan je booking ID kat receptionist tu. Terus settle.
Untuk booking kalau kredit card mesti la kan ada visa. Bagi yang takde kredit kad, debit kad pun boleh asalkan ada state visa macam maybank kad tu.
Untuk booking kalau kredit card mesti la kan ada visa. Bagi yang takde kredit kad, debit kad pun boleh asalkan ada state visa macam maybank kad tu.
Time aku tunjuk tu...receptionist tu siap cakap lagi "udah beli di Agoda ya?" Aku senyum kerang kat dia n dia balas dengan senyum kambing kat aku. huhu. Settle semuaaanya.... jimat duit aku 2-3 ratus untuk penginapan.
Terima kasih kepada Puan Isteri kerana berbelanja dengan bijak. Insya Allah bulan 5 ni nak pergi Bandung plak. Tiket dah beli. So hati aku akan lebih tenang bila beli macam ni. Kalau tak rasa nak mencarut je duit ni keluar macam air.
Sekian
No comments:
Post a Comment