Followers

Saturday 10 December 2011

Hoksaiblohyer!

Hehehe..alang2 pergi Sg. Buloh tu singgah la kejap kat kampung yg ramai didiami oleh orang2 kemboja. Memandangkan mak aku berasal dari kemboja.Walaupun bukan mixed dengan keturunan mat salleh, aku tetap dan sentiasa berbangga aku ni dikira "kacukan" la jugakkan walaupun kemboja. hehe.

Sosej atau "Tommo"

Nak dijadikan cerita, aku pun beli la makanan yang paling faveret-faveret-faveret aku dari kecik sampai sekarang. Tapi dari pemerhatian aku, ramai orang yang bukan lidah kemboja tak suka dengan sosej ni atau dinamakan "Tommo"

Akak ni suka je bila amik gambar dia

Daging ni dia buat sendiri. Masa kecik-kecik dulu, time atuk masih kuat. Tok selalu buatkan tommo ni bila aku balik kampung. Dia tahu aku sangat bangat sama ini daging. Cuma bila beli kat kedai, kita tak tahu tahap kebersihan dia macam mana.

Ingredient dia agak leceh especially daging yang bahagian dalam tu.Adik aku ketawa berdekah-dekah bila tanya akak ni, daging tu apa dia. Dia cakap sosej. Huhuhu. Takpela, mungkin dia ingat kitorang tak tahu. Bagitahu la nama asal dia. Baru ade "emmm" sikit.


Amacam . Geli?

Geli ke? sedap wooo...dia kena jemur dulu bagi bagi ingredient yang dalam daging tu sebati n kering bersama-sama daging dia. Rasanya orang melayu yang tak biasa mesti geli n tak lalu nak makan.

Telor Bakar

Pelik tak ada telor bakar? telur ni pun dia dah letak ramuan yang aku ingat dia cakap dia letak lada hitam. n yang lain aku tak tahu. Dia letak macam mana pun aku tak tahu.

Terliur lagi ni :/

Kalau bakar, dia kasi sekali dengan jeruk betik,carrot, cili tumbuk netc. Memang sedap gila bab tau. Kalau tengok kat buku resepi ni tapi bahagian makanan kemboja n vietnam. 3 biji tommo ni dalam RM50 tau. 

Adik, Nik Nurul Bazlin

Ni pun salah satu peminat setia tommo. Bagi aku, ni la paling sedap sekali makan. Dengan nasik kosong pun dah sedap. Harga dia jual dalam 1 tommo ni RM 1.20

Otw balik  

Pas dah sental 1 tommo kitorang pun balik dengan riangnya. Puas hati makan dalam kereta. huhu Loaksi kedai ni kat Kampung Gajah, Paya Jaras Hilir Sungai Buloh.

P/s : Rindu tommo tok buat. Lagi sedap 10 kali ganda dan pastinya bersih dan asli.

Sabtu 12/12/2011 1.40pm
Bandar Tun Razak Kuala Lumpur
Sekian

Thursday 8 December 2011

Kuala Lumpur ---> Brunei Darussalam

:)

Alhamdulillah...tiket pun dah beli pagi tadi dengan harga RM664.00 dari kL ke Brunei yang mana dibeli awal 3-4 hari saja. Kalau beli awal sebulan mesti murah punya kan... Alhamdulillah boleh claim balik tiket. :) 

Pas beli tiket survey2 la matawang terkini Brunei berapa kat kL Sentral. So kiranya paling latest iaitu harini (8/12/2011) 1 Brunei Dollar = RM 2.47-2.49. Kalau kita jual balik pada money exchanger dalam 1BND dalam RM2.30 macam tu la...

Dah besar ni boleh la pikir sikit. Dulu kecik-kecik curi duit ayah (time tu curi duit arab saudi) pergi tukar dia bagi sikit jer kat aku (dah sedar bila tanya-tanya orang) Then baru tahu aku kena tipu. Walaupun aku curi duit ayah, boleh lagi nak tanya orang kalau tukar duit arab saudi dapat berapa. Huhu..ayah!! halalkan duit tu!!! alaaa...orang beli cap je... hehe

Khamis, 8/12/2011, 3.01 petang
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...