Followers

Saturday 10 December 2011

Hoksaiblohyer!

Hehehe..alang2 pergi Sg. Buloh tu singgah la kejap kat kampung yg ramai didiami oleh orang2 kemboja. Memandangkan mak aku berasal dari kemboja.Walaupun bukan mixed dengan keturunan mat salleh, aku tetap dan sentiasa berbangga aku ni dikira "kacukan" la jugakkan walaupun kemboja. hehe.

Sosej atau "Tommo"

Nak dijadikan cerita, aku pun beli la makanan yang paling faveret-faveret-faveret aku dari kecik sampai sekarang. Tapi dari pemerhatian aku, ramai orang yang bukan lidah kemboja tak suka dengan sosej ni atau dinamakan "Tommo"

Akak ni suka je bila amik gambar dia

Daging ni dia buat sendiri. Masa kecik-kecik dulu, time atuk masih kuat. Tok selalu buatkan tommo ni bila aku balik kampung. Dia tahu aku sangat bangat sama ini daging. Cuma bila beli kat kedai, kita tak tahu tahap kebersihan dia macam mana.

Ingredient dia agak leceh especially daging yang bahagian dalam tu.Adik aku ketawa berdekah-dekah bila tanya akak ni, daging tu apa dia. Dia cakap sosej. Huhuhu. Takpela, mungkin dia ingat kitorang tak tahu. Bagitahu la nama asal dia. Baru ade "emmm" sikit.


Amacam . Geli?

Geli ke? sedap wooo...dia kena jemur dulu bagi bagi ingredient yang dalam daging tu sebati n kering bersama-sama daging dia. Rasanya orang melayu yang tak biasa mesti geli n tak lalu nak makan.

Telor Bakar

Pelik tak ada telor bakar? telur ni pun dia dah letak ramuan yang aku ingat dia cakap dia letak lada hitam. n yang lain aku tak tahu. Dia letak macam mana pun aku tak tahu.

Terliur lagi ni :/

Kalau bakar, dia kasi sekali dengan jeruk betik,carrot, cili tumbuk netc. Memang sedap gila bab tau. Kalau tengok kat buku resepi ni tapi bahagian makanan kemboja n vietnam. 3 biji tommo ni dalam RM50 tau. 

Adik, Nik Nurul Bazlin

Ni pun salah satu peminat setia tommo. Bagi aku, ni la paling sedap sekali makan. Dengan nasik kosong pun dah sedap. Harga dia jual dalam 1 tommo ni RM 1.20

Otw balik  

Pas dah sental 1 tommo kitorang pun balik dengan riangnya. Puas hati makan dalam kereta. huhu Loaksi kedai ni kat Kampung Gajah, Paya Jaras Hilir Sungai Buloh.

P/s : Rindu tommo tok buat. Lagi sedap 10 kali ganda dan pastinya bersih dan asli.

Sabtu 12/12/2011 1.40pm
Bandar Tun Razak Kuala Lumpur
Sekian

Thursday 8 December 2011

Kuala Lumpur ---> Brunei Darussalam

:)

Alhamdulillah...tiket pun dah beli pagi tadi dengan harga RM664.00 dari kL ke Brunei yang mana dibeli awal 3-4 hari saja. Kalau beli awal sebulan mesti murah punya kan... Alhamdulillah boleh claim balik tiket. :) 

Pas beli tiket survey2 la matawang terkini Brunei berapa kat kL Sentral. So kiranya paling latest iaitu harini (8/12/2011) 1 Brunei Dollar = RM 2.47-2.49. Kalau kita jual balik pada money exchanger dalam 1BND dalam RM2.30 macam tu la...

Dah besar ni boleh la pikir sikit. Dulu kecik-kecik curi duit ayah (time tu curi duit arab saudi) pergi tukar dia bagi sikit jer kat aku (dah sedar bila tanya-tanya orang) Then baru tahu aku kena tipu. Walaupun aku curi duit ayah, boleh lagi nak tanya orang kalau tukar duit arab saudi dapat berapa. Huhu..ayah!! halalkan duit tu!!! alaaa...orang beli cap je... hehe

Khamis, 8/12/2011, 3.01 petang
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
Sekian.

Monday 28 November 2011

Permit kerja dah siap :)

Davis Langdon & Seah Brunei :)
Alhamdulillah...permit kerja di Brunei dah siap. Ini semua diuruskan oleh company sendiri. Buat masa ni kena tunggu visa untuk masuk Brunei n pasni kena buat medical check up untuk keluar negara. 

Isnin, 28/11/2011, 3.54 pm
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
Sekian

Sunday 27 November 2011

Maxi dress at FSPU

Dengan kelam kabut dan berkejar-kejar ke Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur (FSPU), akhir sampai jugak dalam pukul 1.20. Datang kesini bukan disebabkan ada kelas tapi ada event yang dianjurkan oleh student interior designer. 

So aku dengan mas akan memulakan perniagaan kat sana. Booth no.24. Aku temankan mas Dia bos. Aku sekadar pembantu am saja. Lagipun bagi aku, aku tolong-tolong meniaga ni dapatlah aku meluangkan masa bersama. tu je. 

DARI HADAPAN KEDAI :)

Banyak jugak kedai yang bukak kat sini n kebanyakan jual makanan n baju preloved. Nasib kitorang takjual preloved. Kang banyak plak kedai sama. 

JIRAN SEBELAH :)

Belah kanan meniaga kuih n baju preloved. Seronok kalau ramai student datang. Tapi nak buat macam ne kan...jual je mana yang nak beli..

JIRAN (KEDAI MEMBER)  :)

Kedai belah kiri ni kedai member. Tak sangka diorang pun menjual jugak. hehe.ada la kawan jugak nak berborak sambil meniaga2 tu...tu yang gantung2 belah kanan tu skirt yang kitorang jual. Alhamdulilah ada jugak orang berminat nak beli :)

BOOTH 24  :)

Dihadapan kedai yang sempoi. Alaaaa..baru  nak belajar2 bukak kedai. Salu meniaga kat online je kan...hehe... pasni insya Allah kita akan bukak kat Jom Heboh! kat bukit jalil. Insya Allah..cuma tapak belum confirm lagi..

BERSAMA BOS   : /

Bersama bos yang paling disayangi... i love you bos!!!  tindu boss!! saya akan besarkan perniagaan bos kat brunei plak selepas ni..  :)

:'(

Rasa sedih pulak bila tengok2 gambar macam ni. Ni la kenangan2 yang ada. Aku harap hubungan kami kekal hingga ke perkahwinan n hingga akhir hayat.. aminnn.. (hehe..entry pasal maxi dress tiba-tiba plak nak beremosi plak kan...)

Ahad, 27/11/2011, 10.25 pm
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Sekian.

Friday 25 November 2011

Tutti Frutti -Bandar Sri Permaisuri-

Pas balik kerja dalam pukul 10 malam macam tu. Tengah duk baring-baring kat umah mas datang buat seprais. Terkejut gila-gila aku dia datang seprais. terharu sangat datang n hepi sangat :) walaupun kejap. Skrg ni rasa kalau dapat short-dating pun dah ok  :)

Aku pun tak sangka sangat mas nak datang umah aku ajak aku pergi tutti frutti kat bandar sri permaisuri. hehe. Tutti frutti kat bandar sri permaisuri ni tutup pukul 12 malam. So, sempat sangat la. Umah aku dekat bandar tun razak je... :)

RM 14.++  saya punya :)

Memandangkan ni pertama kali aku pergi tutti frutti so agak batak jugak aku ni n malu-malu nak letak aiskrim dalam cup tu. tak pernah datangkan... 

RM 17.++ (mas punya)
So, aku suruh mas je yg letak aiskrim n topping n aku main letak je ikut suka aku.. nampak mcm tak menarik plak sebab kat iklan diorang buat cantik. hehe.

Kalau cerita bab makan, makanan mas mestilah paling mahal walaupun hakikatnya kalau duduk rumah makan nasik dengan nasik sambal ikan bilis pun dah cukup.

Tapi aku suka la mas punya ni. Kismis campur aiskrim original. Aku punya pun sedap jugak tapi tak sesedap mas. 


Aku punya perisa strawberi. velvel, chocolate. So rasa tak sesedap ori sebab ori memang rasa yogurt dia lebih. 

Takpela, orang dah belanja :) try la semua kan :) so bila dah makan ni. aku pun lupa la diri kejap. huhu sedar tak sedar. tengok??

excited dan memang kalau makan mesti laju n cepat habis

Thankz syg belanja :) sedap sangat2 :) nanti belanja lagi boleh tak? hehe..haritu plan nak pergi tak jadi. masing-masing sibuk kerja. Tapi dapat jugak akhirnya. :)


















Layan gak makan aisrim dalam sejuk2 ni..naik bulu roma aku..tapi mas bukan setakat bulu roma naik tapi mengigil-gigil sejuk. Yela, datang plak malam kan...Then, pas makan kitorang pun terus balik laa.. dah malam dah kan...besok kerja...

p/s : terima kaseh syg belanja n datang buat seprais. Ite hepi sangat n rindu sangat kat awak. I love you. 

11.10 am
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
Sekian.

Tuesday 22 November 2011

QARIN JIN PENDAMPING MANUSIA

: /
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai “syaitan” kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri. Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin kafir ini mendorong “dampingan”nya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya melakukan ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan.
Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya ialah dengan membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim” (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan perintah Allah. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela. Membersihkan dirinya bersesuaian dengan martabat malaikat tersebut.
Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz” pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta Bismillah, syaitan akan kelaparan dan kurus tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan semuanya baca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qarin ini baharulah kita faham kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan ialah jin qarin ini (sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.
Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.
Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang ertinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)
Jin ini, menurut para alim ulama’, bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan’nya, yang didampingi dari awal kelahiran hingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ianya tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah, dan mereka hanya dimatikan menjelang hari Qiamat.
Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.
Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.
Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
P/s : Dipetik dari www.bloggermuslim.com

Saturday 19 November 2011

Malam Terakhir Thesis :)

Rasanya ikut-ikutkan aku, aku dah siapkan thesis 3 minggu lebih awal daripada tarikh sebenar hantar dissertation/thesis tapi selepas hantar final draft dengan supervisor aku. Ternyata aku ni syok sendiri yang sebenarnya aku ni belum siap pun siap lagi. Tambahan plak aku ada kerja part time menambahkan lagi kemalasan aku nak sambung buat thesis.

Tapi nak tak nak aku kena buat jugak thesis memandangkan itu salah satu requirement nak dapatkan degree. Aku banyak spend masa kat ofis. Selepas kerja atau semasa kerja aku curi-curi la tulang buat thesis. Tapi bukan la mencuri tulang anjing. hehe

SUMMARY THESIS AKU :/

Agak pening jugak nak menguruskan summary ni tetapi aku kena kuat n buat jugak segala adjustment n idea2 yang ditambah oleh supervisor. :) Ok je buat adjustment ni..takde mendatangkan masalah pun kat aku...suka sebab rasa aku boleh "upgrade" aku punya summary ni jadi lebih baik..

4 CASE STUDY :)
Aduii.....asyik senget je gambar niii...byk kali plak cuba upload tak dapat2 plak... semua kos print ni semua RM90.

Sebab yang A3 tu aku pakai glossy paper. Agak mahal sikit la tapi cantik bila print...

Dia nampak kilat n kertas tu keras..tapi cantik bila lipat n dapat tebalkan thesis aku. tu je sebenarya... hehe

Untuk A1 paper ni aku buat 4 case study je... n A3 paper tu objective2 thesis aku...

Time buat thesis ayah salu datang especially time malam bawak makanan..

Paling kerap mak ayah datang hantar makanan pada hari-hari2 terakhir nak hantar dissert. Yela, aku pun tidur kat ofis apa semua..
Terima kaseh ayah n mak :) selalu datang teman bagi sokongan :)

Sheri takkan lupa semua pengorbanan mak ayah selama ni.. i love you!! (sheri nama panggilan kat umah).. hehe..

NABIL & AYAH 

Malam akhir nak hantar thesis ni, ayah datang bawak nasik arab. Sedap giler...1 bekas dalam RM20 lebih n ayam tu separuh ekor ayam n boleh makan untuk 3 orang untuk 3 orang yang tak lapar sangat atau 2 orang yang lapar sangat. tapi kalau tiga2 orang dah kebulur memang tak cukup la kan..

SEDAP SANGAT!
Thankz ayah teman makan :) sedap sangat ayah beli ni nasik ni.. nasik arab ni dia ada sambal cili dia sendiri n kena makan dengan susu masam. Rasa macam yogurt marigold tu..cuma takde perisa strawberry je.. hehe.. mula2 macam pelik je makan dengan yogurt ni tapi dah lama2 rasa yogurt ni la aku buat kuah ayam. hehe..

Then pas makan semua ayah pun balik dengan mak.. :) hepi rasa mak ayah datang.. hehe. eh! duk cerita pasal makanan ni lupa nak cerita pasal thesis. Tajuk thesis aku "A Study On the Effectiveness of Value Management Implemention in Malaysian Construction Industry" nanti2 la ekh aku buat entry pasal VM. malas pulak. Mana la tahu kot ada student nak cari maklumat pasal VM. hehe

Sekian.

Monday 14 November 2011

From Kid to Adult

Hihihihih..kelakar plak tengok muka sendiri..dari dulu lain je..skrg pun dah lain n makin tembam n cute lagi manis senyuman..huhu Alhamdulillah..pasport pun dah siap....cuma kepada yang nak buat pasport, aku syorkan pergi ke putrjaya buat pasport. Senang je...sediakan gambar 2keping n salinan ic. Kepada bawah 18 tahun, bawak salinan surat beranak sekali. 

Putrajaya walaupun ramai orang tapi tak seramai pejabat imigresen kat wangsamaju yang aku rasakan dah macam kem pelarian dah. Ramai, sesak, hinggakan kalau sape2 sampai dalam pukul 11 pagi, mungkin nombor giliran dah habis n better aku rasa pergi besok. Aku mula-mula pergi wangsamaju sampai dalam pukul 11 tu pun dah tutup untuk mengambil nombor. 

Then besok aku pergi ke putrajaya. sampai dalam pukul 9.30, aku dah pun kena menunggu dalam 20 orang. tu pun rasa macam dah ramai. time aku pergi wangsamaju, tak silap aku, num ker 3-5 ratus orang rasanya. (mungkin salah) tapi nak menunjukkan betapa ramainya. 

Kepada yang pergi putrajya , dia dekat seksyen 15 kat bangunan Chancery, signboard besar..jumpa punya...kalau tak bawak gambar ada 1 kedai ada provide servis amik gambar. Aku syorkan kepada sapa yang lambat pergi putrjaya tu,  kalau tempat amik nombor tu ramai n panjang, lebih baik anda potong Q n terus mintak borang pasport (maaf, terpaksa) sebab nombor boleh di ambil selepas anda mengisi form, letak gambar dan salinan ic.

Kalau beratur pun dah panjang, pastu nak amik isi borang lagi, amik gambar, fotostat ic anda kena beratur balik semula... then baru amik gambar..(pengajaran sebab aku pun dah terkena)

MUKA MINTAK PENAMPAR PEGAWAI IMIGRESEN

Ni la muka mintak penampar dari imigresen. huhu. teringat masa pergi Turki, pegawai tu macam usha n tanya ayah aku betul ke ni pasport aku..(time tu aku kepala botak sebab nak tiru Ronaldo punya pasal) Then, ayah aku cakap ape ntah, pegawai tu lepaskan jugak. Ingat saya perampok ke? muka memang la sebab dulu memang selalu curi duit ayah time dia tido..kuikuikui

11.11.11  :)
Alhamdulillah....semua dah setel dah... RM 100 untuk 2 tahun n RM300 untuk 5 tahun  :)   imigresen di buka seawal jam 7.30 pagi n hari sabtu pun bukak. Kalau nak cepat datang la awal 7.30 ke..tu pun dah ada orang menunggu nak amik nombor.

Sekian.

Alhamdulillah.... Ini Semua dari Allah

Ya Allah....bila dapat offer kerja ni rasa bersyukur sangat... Aku dah apply kerja kat kebanyakkan company di kL dan Selangor.. mungkin tak banyak tapi takde 1 pun respon yang nak interview ke, juz bagitahu ke yg company diorang tak perlukan pekerja lagi.Takpe la kan...nak buat macam mane..aku plak jenis memilih tempat kerja, nak kerja dekat dengan rumah je...huhuhu. lagpun aku tolong uncle aku kat ofis jugak skrg ni.

So, one day. Asyik menunggu kerja je..aku pun apply consultant Quantity Surveyor kat Brunei... dan selang dalam beberapa minggu aku pun menerima panggilan telefon dari company sana untuk interview dengan bos. Kebetulan raya haji plak, so interview aku pun tangguh selepas raya haji.

Nak dipendekan cerita, semasa interview tu banyak soalan-soalan yang agak mencabar yang alhamdulillah aku mampu jawab.(bagi aku la, tapi tak tahu la orang lain macam mana, mungkin celah gigi n kangkang diorang jerr) Tu pun aku cuba ingat-ingat masa belajar dulu. Tapi ada jugak soalan boss tu tanya yang aku tak mampu jawab tapi aku honestly bagitahu dia , aku minta maaf aku tak dapat jawab soalan dia. 

TAPI BESOKNYE :'(

Aku dapat panggilan yang aku..... dah dapat kerja kat sana!!!!!!! Alhamdulillah....aku terus buat solat syukur bila dapat tahu aku dah bekerja kat sana.

Alhamdulillah.....

JURUUKUR BAHAN UTAMA-DAVIS LANGDON & SEAH

Memandangkan aku dalam final sem untuk degree Qs, so aku diterima sebagai Assistant Qs dan insya Allah bila dah lulus final exam ni n insya Allah dah ada degree, baru aku diterima sebagai Quantity Surveyor :) Alhamdulillah...mungkin berkat kesabaran, berkat doa mak ayah, kekasih aku (hehe) pensyarah-pensyarah ukur bahan di UiTM Sarawak n UiTM Shah Alam, atuk (yang selalu buat solat hajat untuk aku) yang mereka sentiasa mahukan apa yang terbaik untuk aku, dan mungkin ini adalah terbaik untuk aku buat masa ini.

Untuk bekerja di sana, untuk fresh degree. hehe..untuk company yang terima aku ni.
(BND : Brunei Dollar)
1. Gaji basic : BND 1,800.00 
2. Overtime : BND 13.00/hour
3. Transport and petrol allowance : BND 300.00
4. Offshore overnight allowance : BND 20.00/night
5. Offshore day trip : BND 10.00/day

Untuk foreigner macam aku ni. Aku diberi duit belanja untuk permulaan bila tiba disana dengan belanja BND 500.00 dan aku diberi rumah untuk penginapan staff. Akan tetapi kalau rumah staff tu dah penuh, aku diberi allowance untuk rumah lagi sebanyak BND 400.

Dan aku diberi penerbangan percuma untuk ke Brunei yang dibiayai oleh company tu. Dasyat sungguh. Aku tak pernah dengar offer yang macam ni. Bawak badan je bekerja kat sana..kalau ada elaun makan n minum, aku rasa menangis kot aku kat Malaysia ni.

Rasanya mungkin ada sebab company ni ada buat buat offshore work. Kalau aku duduk kat plarform pelantar minyak tu, mesti diorang sediakan makanan. Tak kan nak kena beli nasik goreng kampung tengah2 laut china selatan tu.So, insya Allah bila dah sampai airport Brunei, staff sana akan jemput aku kat airport n maybe terus pergi office buat registration or maybe terus pergi ke rumah staff.

Alhamdulillah...ni semua datang dari Allah. Aku takde kuasa nak menentukan rezeki berapa, dimana, macam mana, dan semua ni telah diaturkan oleh Allah. Aku mampu berserah kepada Allah segala tentang hidup aku. Sekarang ni aku cuba mantapkan skill aku kat Malaysia ni untuk bawak ke Brunei. Insya Allah aku dapat banyak belajar kat sana.

Banyak lagi nak cerita apa perancangan akan datang tapi biarlah aku ceritakan pengalaman awal yang baru cetek ni untuk setakat ini saja. Pasni update pasal brunei la plak yeerr..hehe..insya Allah jika umur yang panjang dan Allah izinkan aku berada di sana.

P/s : Percubaan 3 bulan...dan contract selama 2 tahun. Harap company sana dapat la terima aku untuk percubaan ni dulu.. Amiinnn..

Sekian.

Sunday 6 November 2011

RANGE ROVER

i love you!! keh-keh-keh..Today, suddenly i juz saw my love one at the showroom after pray Sunat Aidil Adha for 2011 raya. 

Extremely excited when i was there but unfortunately my phone left at home n no picture taken to show on this entry. So sad actually.. but its ok!! Masniza will accompany me later on.  

Juz wanna show you the type of range rover and its features that disturbing me all the times.

RANGE ROVER 4.4L TDV8
(AUTOBIOGRAPHY)
GOOGLE :P

RANGE ROVER SPORT
(SUPERCHARGED)
GOOGLE :P

RANGE ROVER DISCOVERY 4
GOOGLE :P

RANGE ROVER FREELANDER 2
GOOGLE :P

RANGE ROVER DEFENDER
GOOGLE :P

RANGE ROVER EVOQUE
GOOGLE :P

i'm so aggrieved :'(

TERKILAN sungguh aku......  :'(   dengar berita baru-baru yang Range Rover Evoque dah memasuki pasaran Malaysia. Aku sedih dan terkilan kerana aku bukan salah seorang dari orang yang telah menempah dan sedang menunggu kereta evoque ni untuk berada di atas jalanraya Kuala Lumpur ni. 

see that? the red clouded one!

Mungkin belum rezeki lagi. Kerja tetap pun belum lagi ada hati n berangan nak beli.. huhu... Sabar jela.... so, pasni kalau terjumpa atas jalan kat kL ni, mampu tengok, terbeliak mata, ternganga n maybe kalau tak malu sangat, snap la senyap-senyap kan...

HATE YOU :'(

Bestnya la kan dapat bawak mak ayah naik kereta ni..anak isteri. Mesti diorang selesa sangat-sangat.. Takpe, tunggu... maybe umur 30-40 baru dapat kot. Insya Allah...tu pun tak tentu lagi dapat ke tak..

THE INTERIOR
To know about Range Rover Evoque, do click the link below :

p/s : Rasanya semua orang ada kereta impian masing-masing dan tak salah aku ada kereta impian aku sendiri..cuma takdela impian tu semahal kereta ferrari. lamborghini, bentle, n etc. Ni pun dah cukup.

Bukannya apa...suka kereta mewah untuk family jugak suatu hari nanti. Untuk range rover evoque ni.. harga bermula dari RM 353,888.00 n murah jugaj nak dibandingkan dengan range rover autobiography n sport.

Jenis-jenis kucing :)

Sambil-sambil online tu, tiba-tiba pulak rasa nak tengok jenis-jenis kucing. n tak banyak pun jumpa kot. Mana expert lagi kan pasal kucing ni.. Ni pun amik dari google je pun... By the way, 

AMERICAN SHORTHAIR CAT
LIKE3!!! suka kucing american shorthair ni  :)

LITTLE AMERICAN SHORTHAIR
TURKISH ANGORA
SIAMESE CAT
PERSIAN CAT
HIMALAYAN CAT
(PERSIAN + SIAMESE)
MAINE COON CAT
SIBERIAN CAT
DOMESTIC LONG HAIR
(credit to Mas Niza)
KUCING HUTAN
p/s : Target nak bela american shorthair n kucing hutan..hehe..  :)

Thursday 3 November 2011

Ala-ala Tok Bali

PASAR BORONG MAK NIK
Aiii...penat jugak jadi kelindan kereta. Salunye drive pergi KL-Kemaman ulang alik takde rasa penat pun.. 

Mungkin aku jenis kalau drive tak penat or tak penat sangat berbanding duduk je...

So, pas meeting tadi aku pun pergi pasar borong ikan. Tempat dia ala-ala macam Tok Bali sikit. 

Tapi kecik je tak sebesar kat sana n semeriah kat sana.Yang beratap kelabu tu la tempat jual makanan laut. Agak murah la kut..aku tak tahu.. jarang rasa datang kemaman ni. 

Aku bagi nama pasar ni, pasar borong mak nik bukan sebab mak aku punya tapi bila tengok keadaan sekeliling ada nama Kg. Mak Nik, Air Terjun Mak Nik. Fames juga ye nama mak aku ni. hehe.

RAMA ORANG MAI BELI SINI BELAKE
Agak ramai jugak yang datang sini. Ada yang datang dari jauh,. Ada yang penduduk tempatan. 

Seronok la diorang dapat ikan yang segar-segar berbanding dengan penduduk di KL macam aku ni. Mungkin dapat ikan dah lama sikit. 

Aku tak masuk dalam sebab aku lebih memilih nak amik angin tepi muara n tengok2 bot lalu lalang. 

Kalu nok beli ikang, memang lame doh kawang gi beli borong ikang-ikang tu belake. Kawang bukang toksei beli. Tapi se je, hati kawang hepi sebak kawang dapat halau kucing duk baring tengoh jalang. 

Kawang bukan gape, kawang risau je kalu kucing tu duk saje2 makang-makang anging, nanti kalau berlanggor dengang kete, sape susah. Kawang ugok sedih tengoknye. 

LEBAK BULU TANGANG HAMBE NI
(ade macam artis tengah melancong x?)
hehehe..dah2..cakap kL balik. sambil menunggu tu, aku posing-posing la tepi muara ni.. 

Dekat bukit belakang aku tu ada macam sebuah challet. Nampak macam best je..tapi tak sure boleh naik kete or kena pergi dengan bot.

Tapi dekat. Berenang pun sampai.. Cuma kalau aku berenang, malam baru sampai kot.

Mula-mula pergi amik gambar letak henset kat batu. pakai timing. Memang tengok rasa macam nak campak je dekat laut...

Dekat je laut tu kan...kan berebut rebut ikan nak amik henset aku dalam laut tu. 

Then, kami pun bersiap-siap balik kL.

Ni 1st time pergi meeting sorang2 ni..huhu..risau jugak tanya pasal contract or procurement. Tak tahu la apa jadi kot tiba-tiba kalau dia tanya.

Driver : Project Manager, Sebelah : Architect

Sekian. Jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...