Followers

Friday 12 January 2018

Kenduri Kahwin di Jakarta

Aku and keluarga sebelah wife aku dijemput untuk datang kenduri kahwin saudara di Jakarta memandangkan haritu aku and family belah wife ada buat trip pergi ke Kota Tinggi, Padang melawat sedara2 kat sana (nanti aku update pergi Kota Tinggi padang pulak) so untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, mereka menjemput datang ke kenduri di Jakarta pulak.


Sebelum hari kenduri kami melawat saudara di Tanjung Priok berjumpa saudara mara yang ada di sekitar Jakarta sebelum acara perkahwinan malam itu.  Rumah Nenda Yuhannis.


Dijamu sambal macam ni, ayam goreng dan daging balado mak iii sampai ke harini asyik teringat sambal dia. Kneduri 28/3/2017...punya la lama tak update blog..ni dah Januari 2018 dah. hahaha.


Ni gambar di kawasan luar rumah. Agak congested jugak area ni. Tanjung Priok ni macam dekat Pelabuhan Klang..kawasan port.


Cousin belah wife. Sharul Azwan. Ni masa dah balik dah dari Tanjung Priok. Punya la nak makan streetfood sebab aku hantu streetfood so cousin aku ni pun teman lah makan. Memang sedap.


Waktu ni hujan renyai2, bakso pun berasap2 panas makan bawah jambatan. Dia punya feeling tu hanya suka streetfood je yg boleh rasa. huhu. Bukan apa setengah orang kan geli bila nak makan streefood.


Terasa macam aku plak yang nak kahwin. Sanggup tu pergi Jakel last minit cari baju nak attend kenduri ni. Planning tema sebelum pergi semua nak pakai baju hitam last2 dua makhluk derhaka iaitu pakcik aku n sharul tak pakai baju hitam. Hampeh betul.


Hotel Balairung Jakarta. Atap hotel ni sebijik atap minangkabau. Ni atok chik. Kalau Sultan Melaka tu wujud, dialah yang layak jadi Sultan Melaka. 


Sebelum berangkat ke kenduri kahwin. Lupa dah nama tempat dia tu. tapi alhamdulillah ada saudara yang provide transport masa kat sana. So wang nya udah jimat dong.


Gambar di sekitar majlis resepsi pengantik lelaki dan perempuan. Buat sekali kot rasanya. Jimat dah duit.. hihi.. Lupa dah nama saudar belah sana. Tapi yang dari Malaysia, Sharul, Atok Chik (baju hitam), Apak Shukor. Orang kuat Gadong Jaya Negeri Sembilan.


Dewannya luas tapi tak sempat pulak aku nak amik gambar sebab ramai sangat tetamu yang datang n kebetulan kitorang pakai baju melayu..perghhhh..berbeza habis la dengan diorang semua.



Katsana.semua baju kebangsaan diorang, ada yang pakai batik jawa, Mostly semua batik la..kitorang pakai baju melayu..Memang nampak beza betul dengan tetamu yang lain. Bila dah berbeza memang jadi tumpuan orang2 sana.


Diorang punya pelamin memang berbeza la dengan kita. Gambar keseluruhan satu family tak dapat nak upload. Aku pun lupa letak mana. huhu.


Sebelum balik ke Malaysia sehari selepas kenduri kami melawat rumah ibu bapa pengantin, menjemput kami datang ke rumah. Rumahnya besar ya amat. Sebenarnya diorang lagi hebat dari kita lebih2 aku ni. takde apa2. hahaha

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...