Followers

Sunday 22 January 2012

KESAHKU DI BRUNEI (2) - Endorsement Lesen


Sebelum pergi kerja kat Brunei atau luar negara kepada yang dah ada lesen memandu terlebih aku syorkan pergi JPJ terlebih dahulu untuk buat endorsement lesen kita untuk kita dapat memandu kereta kat Brunei. Kita diberi tempoh selama 3 bulan sahaja untuk memandu menggunakan lesen kenderaan Malaysia. 

Kalau kita bekerja kat sana, wajib kena buat endorsemnet di JPJ. Cas sebanyak RM10. Macam aku dah pergi n kebetulan amik cuti seminggu balik KL. So aku buat la terus endorsement ni. Dan surat ni akan serah pada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Brunei untuk kelulusan memandu kenderaan di Brunei. Kiranya kita tak perlu lagi amik ujian sekali lagi di Brunei macam kita amik lesen di Malaysia.

Ikut pengalaman yang aku tahu. Sebab 1st time tak pernah buat. Kepada yang nak endorsement lesen. Amik nombor kat JPJ (amik je dulu) kemudian terus pergi ke kaunter tanya nak buat endorsement lesen. Sebenarnya dia tak perlu beratur amik nombor sebab bukan orang kaunter yang buat surat tu tetapi pegawai yang di belakang tu akan uruskan. So akan jadi cepat n jimat masa. Kalau dah terkono macam den tunggu nombor lamo la jadinyo. Padahal sekejap je buatnya.

Sekian.

1 comment:

  1. Salam. Tumpang tanya, kiranya kalau kita endorse lesen ni, tempoh masa yg dibenarkan utk kita gunakan lesen tu 3 bulan saja? Kalau nak stay lebih dari 3 bulan kena buat permit international license?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...