Followers

Sunday 15 January 2012

KESAHKU DI BRUNEI (1) - Langkah Pertamaku

ORANG PENTING DALAM HIDUP AKU 

Langkah pertama….inilah langkah pertamaku untuk bekerja di luar negara. (elehhh…bukan jauh kat eropah pun…) Persediaan telah dibuat selepas aku diberi tawaran untuk bekerja ke Brunei. Banyak keperluan-keperluan yang aku telah settlekan di KL sebelum berangkat di brunei.Passport, medical check up n etc.

Sebenarnya hati aku gembira bercampur sedih sebenarnye nak pergi brunei nii.. hati aku gembira kerana dapat peluang kerja di brunei tapi pada masa yg sama sedih tinggalkan orang2 yang aku sayang. Sayu je rasa lebih-lebih lagi pergi sorang-sorang ni.

:(

Hajat aku sebenarnya pas habis belajar nak tolong n ringankan kerja ayah kat ofis tapi bila dah dapat tawaran macam ni..ayah pun kata ok n cari pengalaman dulu. So aku gagahkan diri jugak pergi brunei sorang2. Masa di airport family aku, n mas yang hantar aku di LCCT. Ni la permata yang tak ternilai yang aku ada dalam hidup aku ni. Memang sedih tapi nak buat macam ne.. Ni adalah pilihan aku sendiri.

Bagi aku ada hikmah kenapa aku dapat tawaran kerja kat sini. Mungkin untuk masa depan aku jugak. Mulanya masa di KL perancngan aku akan berkahwin dalam umur 26-27 tapi memandangkan aku sorang2 kat sini dan perlukan teman hidup yg boleh menemani aku (mak pun tak risau sgt pasal aku kat sini kalau aku dah kawen) then bila dah datang brunei aku merancang untuk kawen umur 25.

Insya Allah tahun depan. Aku pun ingin seperti Nabi saw. Berkahwin pada usia 25 tahun. Ini adalah perancangan ku. (Ya Allah….andainya ini yang terbaik untuk ku. Engkau kabulkan lah doa dan perangcanganku ini…amiinnn..)

TENGAH MAKAN

Sedih plak gambar kish takde. Yela, budak matang memang mcm ni. Nak kena suruh2 amik gambar. Tak complete rasanya balkish takde. Tp tula…kang kalau aku dah marah2 sebab nak amik gambar spoil la mud pulak kan. Ni time ni bazlin aku mintak tolong beli topap. Nak jimat punya pasal, dia nak topap kan aku rm5. Gilo apo. Aku bukan balik Sarawak lagi dah. Adooiii…time ni terbakar bulu ketiak aku dengar die nak topap rm5.

IMMIGRATION FORM

Semasa berada di atas laut tu,aku dapat borang kena isi. Borang kastam dan immigration. Memang la kena isi kan…semua kena mcm tu. Yang tak boleh blah..aku blur2 bangun dari tidur then kena isi borang ni. Adeke plak aku boleh pergi tick aku bawak drug n alcohol. Aku main tick je..bila aku dah betul2 sedar aku pangkah balik semua jawapan2 bodoh aku tu. Sampai sana die tak check pun borang tu. Aku je menggelabah lebih..huhu..

:)

Ni staff ofiss aku dtg amik. Tu, die kat dalam tgh angkat barang2 aku masuk dalam pajero. Huhu.. beg aku giler berat. Macam nak lari rumah dah. Aku kesian betul dgn dia. (Muhamad Siddiq) die tunggu aku lebih kurang 3 jam sebab pada masa aku dah sampai brunei. 3 flite skali dtg brunei.

TQ MUHAMAD :)

Airport brunei tak besar. Kecik sket dari subang; so agak panjang bila aku beratur tu. Lagipun time dah sampai tu aku lapar sangat2, so aku lepak kat tepi2 tu dulu makan then beratur cop passport. Gambar airport tak dpt amik sbb time ni hujan..aku cepat2 nak masuk dlm pajero.

KAZEN YANG IKUT SAMA

p/s : kat rumah yang aku stay internet belum pasang lagi. So tak dapat nak online n update. Ni pun balik KL mintak cuti seminggu. 

2 comments:

  1. saya sedang mencari kerja di brunei...tpi ssah nak dpt dalam website...skarang saya bekerja sebagai contract and procurement executive dlm industry oil and gas....harap dpt sharekan ilmu..tq

    ReplyDelete
  2. Mcmna nak keja d Brunei ya? Ada yg bole tolong?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...