Followers

Friday 6 July 2012

Kesahku BerHoneymoon di Bali (1) - Take off

8 MEI 2012
Sepatutnya aturan entry aku ni, aku nak postkan majlis perkahwinan aku. (5 MEI 2012) Tetapi memandangkan terlalu banyak gilaaaaaaa gambar perkahwinan aku dan sekarang aku tengah memilih2 mana yang nak upload. Jadi aku buat lah entry kesah aku berhoneymoon dulu. Buka ape..kot2 la ada yang tertengok "aiikk...baru tunang dah honeymoon?? ape kess?" hehe..

KITORANG NAIK MALAYSIA AIRLINES. HAHAHA

Macam biasalaa..skrg ni semua orang berpusu-pusu naik air asia kerana tiket yang murah gila berbanding MAS. Ada jugak survey tiket MAS, tiket MAS pun selalu murah jugak sebenarnya tapi TAX dia sampai sama harga dengan harga tiket. Jadi la mahal balikkan..so kitorang memilih Air Asia. Ok laa air asia ni...


ISTERIKU...

Macam tak percaya plak aku ada isteri. Ingatkan bujang lagi. Tengok gambar ni dah beristeri rupanya aku niii..hehe..mula-mula gambar banyak tak amik coz macam excited sangat pergi Bali sampai terlupa nak amik gambar. hehe (yeke??)

LAPAR GILERR

Wajah yang hensem pasti akan menceriakan lagi blog ni. Jadi nak taknak aku mesti letak gambar ni jugak. Time ni lapar gilerr..disebabkan perut lapar sangat n tak boleh tunggu Bali jadi terpaksa aku beli jugak makanan dalam flight ni. (bukan kedekut tapi rasa tak berbaloi)


INDAH KHABAR DARI RUPA. HUHU

Layan jelaaa....huhu..walaupun indah khabar dari rupa tapi sedap jugak sebenarnya. Walaupun kecik.. Harga dia tak ingat berapa..

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...