Followers

Monday 14 November 2011

Alhamdulillah.... Ini Semua dari Allah

Ya Allah....bila dapat offer kerja ni rasa bersyukur sangat... Aku dah apply kerja kat kebanyakkan company di kL dan Selangor.. mungkin tak banyak tapi takde 1 pun respon yang nak interview ke, juz bagitahu ke yg company diorang tak perlukan pekerja lagi.Takpe la kan...nak buat macam mane..aku plak jenis memilih tempat kerja, nak kerja dekat dengan rumah je...huhuhu. lagpun aku tolong uncle aku kat ofis jugak skrg ni.

So, one day. Asyik menunggu kerja je..aku pun apply consultant Quantity Surveyor kat Brunei... dan selang dalam beberapa minggu aku pun menerima panggilan telefon dari company sana untuk interview dengan bos. Kebetulan raya haji plak, so interview aku pun tangguh selepas raya haji.

Nak dipendekan cerita, semasa interview tu banyak soalan-soalan yang agak mencabar yang alhamdulillah aku mampu jawab.(bagi aku la, tapi tak tahu la orang lain macam mana, mungkin celah gigi n kangkang diorang jerr) Tu pun aku cuba ingat-ingat masa belajar dulu. Tapi ada jugak soalan boss tu tanya yang aku tak mampu jawab tapi aku honestly bagitahu dia , aku minta maaf aku tak dapat jawab soalan dia. 

TAPI BESOKNYE :'(

Aku dapat panggilan yang aku..... dah dapat kerja kat sana!!!!!!! Alhamdulillah....aku terus buat solat syukur bila dapat tahu aku dah bekerja kat sana.

Alhamdulillah.....

JURUUKUR BAHAN UTAMA-DAVIS LANGDON & SEAH

Memandangkan aku dalam final sem untuk degree Qs, so aku diterima sebagai Assistant Qs dan insya Allah bila dah lulus final exam ni n insya Allah dah ada degree, baru aku diterima sebagai Quantity Surveyor :) Alhamdulillah...mungkin berkat kesabaran, berkat doa mak ayah, kekasih aku (hehe) pensyarah-pensyarah ukur bahan di UiTM Sarawak n UiTM Shah Alam, atuk (yang selalu buat solat hajat untuk aku) yang mereka sentiasa mahukan apa yang terbaik untuk aku, dan mungkin ini adalah terbaik untuk aku buat masa ini.

Untuk bekerja di sana, untuk fresh degree. hehe..untuk company yang terima aku ni.
(BND : Brunei Dollar)
1. Gaji basic : BND 1,800.00 
2. Overtime : BND 13.00/hour
3. Transport and petrol allowance : BND 300.00
4. Offshore overnight allowance : BND 20.00/night
5. Offshore day trip : BND 10.00/day

Untuk foreigner macam aku ni. Aku diberi duit belanja untuk permulaan bila tiba disana dengan belanja BND 500.00 dan aku diberi rumah untuk penginapan staff. Akan tetapi kalau rumah staff tu dah penuh, aku diberi allowance untuk rumah lagi sebanyak BND 400.

Dan aku diberi penerbangan percuma untuk ke Brunei yang dibiayai oleh company tu. Dasyat sungguh. Aku tak pernah dengar offer yang macam ni. Bawak badan je bekerja kat sana..kalau ada elaun makan n minum, aku rasa menangis kot aku kat Malaysia ni.

Rasanya mungkin ada sebab company ni ada buat buat offshore work. Kalau aku duduk kat plarform pelantar minyak tu, mesti diorang sediakan makanan. Tak kan nak kena beli nasik goreng kampung tengah2 laut china selatan tu.So, insya Allah bila dah sampai airport Brunei, staff sana akan jemput aku kat airport n maybe terus pergi office buat registration or maybe terus pergi ke rumah staff.

Alhamdulillah...ni semua datang dari Allah. Aku takde kuasa nak menentukan rezeki berapa, dimana, macam mana, dan semua ni telah diaturkan oleh Allah. Aku mampu berserah kepada Allah segala tentang hidup aku. Sekarang ni aku cuba mantapkan skill aku kat Malaysia ni untuk bawak ke Brunei. Insya Allah aku dapat banyak belajar kat sana.

Banyak lagi nak cerita apa perancangan akan datang tapi biarlah aku ceritakan pengalaman awal yang baru cetek ni untuk setakat ini saja. Pasni update pasal brunei la plak yeerr..hehe..insya Allah jika umur yang panjang dan Allah izinkan aku berada di sana.

P/s : Percubaan 3 bulan...dan contract selama 2 tahun. Harap company sana dapat la terima aku untuk percubaan ni dulu.. Amiinnn..

Sekian.

5 comments:

  1. Assalamualaikum? Nik, nak tanya saya dapat offer dari elgoodway contractor brunei dengan offer BDN 1500 + provided rumah dan transport. lain2 allowance dia xcakap plak... dengan pengalaman dan sepanjang nik tinggal kat brunei tue, gaji macam tue berbaloi x kerja kat sana? sangat2 mintak pandangan.... terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. maaf terlambat reply. awak pakai kelulusan diploma atau degree? yang saya tahu (makluman dari rakan) Malaysia dengan Brunei dia standardize kan gaji macam di Malaysia. Rate sama macam gaji di Malaysia cuma guna matawang Brunei. Contoh kalau degree biasanya dalam 1800-2000. Kat sana pun mesti macam tu jugak.

      Tu baru fresh. Kalau pengalaman bertahun insya Allah boleh dapat tinggi. Tengok consideration dari boss berapa dia nak bagi. Kalau ikutkan gaji shida tu (dengan kereta dia bagi). Rasanya dah ok n simpan banyak dah. coz kereta sana pun dalam BND 300.

      Delete
  2. salam..macamne nk apply kje kat sne ye? tqsm

    ReplyDelete
  3. boleh saya tahu apa nama company yg encik apply? mana tahu ada rezeki nanti bila dh grad. inshaaAllah. thank you!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...