Followers

Monday 14 November 2011

From Kid to Adult

Hihihihih..kelakar plak tengok muka sendiri..dari dulu lain je..skrg pun dah lain n makin tembam n cute lagi manis senyuman..huhu Alhamdulillah..pasport pun dah siap....cuma kepada yang nak buat pasport, aku syorkan pergi ke putrjaya buat pasport. Senang je...sediakan gambar 2keping n salinan ic. Kepada bawah 18 tahun, bawak salinan surat beranak sekali. 

Putrajaya walaupun ramai orang tapi tak seramai pejabat imigresen kat wangsamaju yang aku rasakan dah macam kem pelarian dah. Ramai, sesak, hinggakan kalau sape2 sampai dalam pukul 11 pagi, mungkin nombor giliran dah habis n better aku rasa pergi besok. Aku mula-mula pergi wangsamaju sampai dalam pukul 11 tu pun dah tutup untuk mengambil nombor. 

Then besok aku pergi ke putrajaya. sampai dalam pukul 9.30, aku dah pun kena menunggu dalam 20 orang. tu pun rasa macam dah ramai. time aku pergi wangsamaju, tak silap aku, num ker 3-5 ratus orang rasanya. (mungkin salah) tapi nak menunjukkan betapa ramainya. 

Kepada yang pergi putrajya , dia dekat seksyen 15 kat bangunan Chancery, signboard besar..jumpa punya...kalau tak bawak gambar ada 1 kedai ada provide servis amik gambar. Aku syorkan kepada sapa yang lambat pergi putrjaya tu,  kalau tempat amik nombor tu ramai n panjang, lebih baik anda potong Q n terus mintak borang pasport (maaf, terpaksa) sebab nombor boleh di ambil selepas anda mengisi form, letak gambar dan salinan ic.

Kalau beratur pun dah panjang, pastu nak amik isi borang lagi, amik gambar, fotostat ic anda kena beratur balik semula... then baru amik gambar..(pengajaran sebab aku pun dah terkena)

MUKA MINTAK PENAMPAR PEGAWAI IMIGRESEN

Ni la muka mintak penampar dari imigresen. huhu. teringat masa pergi Turki, pegawai tu macam usha n tanya ayah aku betul ke ni pasport aku..(time tu aku kepala botak sebab nak tiru Ronaldo punya pasal) Then, ayah aku cakap ape ntah, pegawai tu lepaskan jugak. Ingat saya perampok ke? muka memang la sebab dulu memang selalu curi duit ayah time dia tido..kuikuikui

11.11.11  :)
Alhamdulillah....semua dah setel dah... RM 100 untuk 2 tahun n RM300 untuk 5 tahun  :)   imigresen di buka seawal jam 7.30 pagi n hari sabtu pun bukak. Kalau nak cepat datang la awal 7.30 ke..tu pun dah ada orang menunggu nak amik nombor.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...