Followers

Sunday 4 March 2012

TERIMA KASIH ALLAH ♥


ALHAMDULILLAH :)

Syukur kepada Allah kerana meluluskan final exam saya ni. Walaupun extend 1 sem n jadi part 7. Allah tetap beri aku peluang untuk lulus. Sekarang aku dah memegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian) aka Bachelor of Quantity Surveying (Hons) dari UiTM. Sempena happy sangat dah lulus ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mak ayah,adik beradik selama ni yang banyak membantu aku dan memberi sokongan moral ada pada ketikanya aku lemah dan hilang semangat disebabkan ke"fail"an aku dalam exam.

Tidak lupa juga pada tunang aku yang banyak membantu aku dalam mengajar aku dlm banyak subjek. Aku ni dikategori bodoh gak sebenarnya n lembab n lambat faham. aaiisshhh..alhamdulilllah la lulus. Tidak lupa juga pada pensyarah ukur bahan di UiTM Sarawak (time diploma dulu), n pensyarah UiTM Shah Alam (degree) dan semua kawan2 yang banyak membantu. Walaupun diorang tak baca blog aku ni (sebab blog aku ni bukan fames mana pun) aku tetap nak jugak menulis entry ini sebagai penghargaan pada mereka. 

Tidak lupa juga pada Ummi iaitu pensyarah thesis kesayangan aku, Prof. Madya Dr. Aini Jaapar selaku pensyarah aku yang sangat2 bagus, berdedikasi, selalu memberi nasihat pada aku sepanjang aku buat thesis ni. (The Effectiveness of Value Management in Construction Industry). Beliau mengajar sambil nasihat. Bukan semata2 mengajar saja tanpa memberi nasihat dan teguran walaupun kadang2 dia punya psyko tu membuat aku lepas je keluar dari ofis dia terus pergi semayang sunat sebab pening tahap gaban dengan macam2 benda aku tak buat lagi. hahaha. Aku boleh buat quoate utk dia, "Kalau tak jumpa puan, thesis saya takkan berjalan". hihih

p/s : Kejayaan yang sebenar adalah adakah kita mampu taat pada perintah Allah, dapat masuk syurga Allah dan melihat wajah Allah dan Allah memberi pengiktirafan yang "Dia Redha pada kita" 

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...