Followers

Friday 25 January 2013

Jakarta oh! Jakarta.


Last honeymoon pergi Bali pun aku berhadapan dengan sedikit kerisauan iaitu tsunami bakal menyerang Indonesia. Alhamdulillah...dah cek apa semua. Bali insya Allah tak terkena. tapi hotel aku je dekat dengan kelab malam yang kena bom haritu. Alhamdulillah hotel aku pun tak de apa-apa. Dan baru-baru ini Jakarta pula banjir. Gelombang kerisauan kali ke-2 telah melanda hati aku samada nak pergi atau tak. 

Menurut ayah dan adik aku (penonton setia rancangan Bintang dan siaran2 indonesia di Astro) mengatakan banjir akan surut akhir bulan 1 ini atau minggu pertama bulan 2 ini.. Mereka la yang inform aku tentang keadaan Indonesia, tanpa peminat sinetron indonesia dan berita seperti mereka mungkin aku jugak tak tahu apa yang sedang berlaku di sana.

Tiket penerbangan aku ke sana pada 2/2/2013 ni. So ni pertama kali aku akan pergi ke Jakarta. Dah kahwin ni baru nak start berjalan. Kalau dulu sebelum kahwin tak boleh la nak bawak anak orang jalan-jalan sesuka hati kan...Harap-harap jakarta ni akan pulih sebelum 2/2 ni.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...