Followers

Thursday 18 October 2012

Rumah Terbuka Tun Mahathir 2012 :)

Tahun 2011 (tahun lepas) aku lambat tahu jemputan rumah terbuka Tun Mahathir. Dan tahun ini (2012) memang aku alert gila2 pasal tarikh rumah terbuka Tun ni. Dan akhirnya..alhamdulillah...dapat jugak aku pergi sana ziarah Tun.

Q
Masa pergi sana, memang tak boleh masuk terus rumah Tun. Kita kena tunggu kat Hotel Palace of Golden Horses dulu. beratur la ramai-ramai. Nanti van datang jemput amik. Kalau aku naik kereta juz parking kat hotel tu. Parking tak lebih RM 10.

MENUNGGU VAN

Beratur tu takdela lama sangat dalam 10 minit. Time ni pergi dalam pukul 2 lebih. So kira tak ramai sangat. Yang aku dengar siapa yang pergi waktu pagi memang ramai gila20. Rumah terbuka Tun ada dua sesi. Pagi dalam pukul 9 sampai pukul 12 rasanya. Pastu sesi kedua dalam pukul 2 macam tu.

SAMPAI KE LUAR BERATUR

Beratur sampai ke luar. jauh la jugak nak masuk ke dewan makan tu. coz queue dia berbengkang bengkok. Kalau datang sini, siapa yang nak makan terus masuk je dalam dewan makan tu..yang beratur ni yang nak salam dengan Tun je. Pastu nak makan ke makan la..ada yang makan dulu baru beratur.

DAHAGA2

Masa beratur tu ada la budak2 st.john rasanya edar-edar air minuman kat semua orang. Aku tak dapat nak amik gambar keadaan dan bentuk perjalanan beratur tu. huhu.. memang panjang. Aku beratur pun dekat 2 jam jugak nak boleh salam dengan Tun. Kalau datang pagi tak tahu berapa lama n panjang.

LOT 58

No. rumah Tun. terasa plak nak hantar kad dekat Tun. Besday ke....raya ke..mana tahu Tun reply dengan cek berjumlah seribu ke...hehe

PEMBANTU TUN

Sebelum bersalam dengan Tun, ada person incharge untuk bagi sikit sanitizer sebelum salam. Mungkin langkah berjaga-jaga kesihatan Tun yang tak berapa sihat. Sesuai la untuk orang yang macam aku yang kuat sangat korek hidung.

RAMAI...MEMANG RAMAI

Tak tahu la betul atau tak perasaan aku ni tapi memang betul2 terjadi. Memang salu kena kat aku. Time ni  la memang cun2 giliran aku nak pergi salam, dan pembantu Tun bagitahu yang hanya boleh salam sahaja (tak boleh amik gambar dah) coz rumah terbuka Tun sampai pukul 5 sahaja dan time aku dekat 4.30 rasanya.

KECEWAAAAA GILAAAAAAA!!!
(BERATUR DEKAT 2 JAM!!!!)


Nak kecewa apa plak kan..datang lambat..yang di beritahu Tun ada temujanji dan nak kena keluar. Sepatutnya aku dengar awal lagi sebenarnya yang tak boleh amik gambar tapi Tun sendiri yang izinkan amik gambar walaupun Tun penat or ada hal nak kena luar. 

AKAN TETAPI........

DAPAT JUGAK!

Finalllllllyyyyyy...dapat jugak aku bersalam dengan Tun. Ni sebenarnya kali ke-2 aku bersalam coz masa yang pertama tu aku memang frust gila2 tak dapat. Sekadar info sajalah..masa dah masuk queue nak salam tu ada 2 tempat queue. 

1 untuk yang beratur panjang tu dan satu lagi macam orang VIP or orang terdekat la dengan Tun.Lepas aku frust gila2 tak dapat salam setelah kaki ni lenguh gila, aku pusing balik pergi ke tempat VIP tu. Queue VIP tu ada orang jaga n ada macam pintu kecik dia tutup. 

Time tu plak pintu tu terbukak n orang jaga tu pandang tempat lain. Aku pun apa lagi. Laju je la masuk n tarik tangan bini aku cepat2. Yang budak jaga sanitizer tu nampak n dia wat derrrkkk je..(tula penting, kalau kita dengan orang bawah pun kita berbaik, jangan nak berkawan dengan orang atas jee) hehe..

:)

Time salam ni aku cakaplah dengan Tun,.."Tun, maaflah..saya dua kali salam ni dengan Tun"..Tun balas la.."takpaaaaa...(loghat kedah)".. dengan Tun Hasmah pun aku cakap macam tu jugak..cuma Tun Hasmah balas, nak kena denda nii...huhu..

Memandangkan Tun dah cakap "takpaaaaa...(dalam logaht kedah)".. Aku pun amik peluang pusing kali ke-3..hahaha.. Sebab dah tahu cara nak potong queue.. Kali ni turn bini aku plak..

TUN BUAT MUKA CUTE

Dapat juga bini aku amik gambar dengan Tun..time aku pun memang susah amik gambar sebab ada orang jaga dan Tun pun nak gerak dah. Aku mintak Tun buat muka "duck face" tapi tak jadi..huhu..kang tak pasal2 Tun MC 5 hari.

:)

Ada jugak la mintak sign..sign kat buku Tun tu.

Tun nak masuk rumah
Tun nak balik pun aku sempat na bergambar lagi...hehe..

otw
Tersenyum lebar gila chinese girl tu..nasib tak tercabut gigi tu..Tun nak masuk rumah pun sempat lagi layan tetamu. 

TUN NIK & TUN MAS

Berdua-duan di kerusi malas Tun dihadapan pintu masuk rumah. Jurukamera adalah polis yang berkawal ketika itu. huhu..

NAK BALIK DAHH...

Tip untuk nak balik...huhu..kalau menunggu van untuk hantar balik ke parking memang ramai gila beratur...cara nak cepat, aku keluar je jalan kaki sampai depan sikit...pastu ternampak van datang. Tahan dan pastu naik....hehehe..pastu dia pun pergi la amik orang yang tengah beratur panjang tuu.... (biadap sikit la cara nii)

satu apa?

SATU MALAYSIA!
huhu

Entry ini tiada mengena dengan politik langsung (kalau dah bergaduh pasal politik ni nanti meroyan jadinya) Hanya sekadar suka dengan Tun Mahathir dan teringin pula nak bergambar dengan Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin2 Malaysia yang lain.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...