Followers

Wednesday 6 February 2013

JALAN-JALAN-JAKARTA (2) - BLUE BIRD TAXI JAKARTA


DAY 1


Untuk pertama kali di Jakarta. Disarankan untuk pengangkutan ke hotel. Yang paling baik adalah dengan mengambil taxi blue bird. Kalau kat sana memang aku pakai taxi bluebird ni kerana taxi ni tak tipu pasal bayaran taxi coz pakai meter. Kalau taxi lain pun ok jugak (tak nak la secara tak langsung jadi punca rezeki orang terhalang) tapi bluebird ni memang terkenal dengan taxi yang tak menipu.


Untuk bluebird yang murah amik yang vios saja. Bermula dengan Rp6000. Kalau kereta mewah macam Hyundai Sonata tu bermula dengan Rp.10,000. Disini aku bahagikan dengan Rp2900 untuk dapatkan nilai RM 1.00. Jadi taxi ni bermula dengan RM 2.00. 

Biasanya perjalanan dari Soekarno Hatta International Airport (Terminal 3) ke Mangga Dua (hotel aku stay) iaitu di Jakarta Utara mengambil masa dalam 30-40 tanpa jem dan kalau jem mengambil masa 1 jam. Biasanya bayaran taxi ke Mangga Dua ni biasa dalam Rp. 110,000 - Rp.130,000 - Rp.150,000. Kalau lebih sampai Rp. 200,000 tu tak tahu la destinasinya tu kat mana. Tapi rasa macam dah mahal sangat dah tu.


Kalau hotel kita berada di kawasan antara Zon 1,2 dan 3 tu kena bayar lagi cas tambahan untuk tax yang berbeza mengikut zon. Tapi ini untuk dari airport saja. Kalau dah di bandar nanti, takda dah tax ni. Selain hidden charges yang kita tak tahu lagi adalah tol. Tol kita kena bayar sendiri. Ada yang mintak on the spot (masa time nak balik kL).dan ada yang dia kirakan sekali dengan meter taxi tu + tax. tu yang jadi sampai Rp 150,000 tu. 


Tol ke Mangga Dua ada 2 tol. Tol pertama Rp.7000 dan kedua Rp.6500 (lebih kurang) Jadi cas yang kita kena bayar adalah Tambang pada meter + tol + tax. Total semua adalah duit kita semakin kurang dari dompet kita. hehehe

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...