Followers

Wednesday 20 February 2013

PAK ARAB



Apakah kaitan entry aku harini dengan gambar di atas ni? 

Gambar ni kalau aku tengok lama-lama ada gak aku tumbuk sampai pecah pc ofis ni

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perlu di asingkan gambar ini dengan apa yang aku nak tuliskan. hahaha. Kat ofis harini kerja tak banyak sangat. Jadi sempat la nak curi-curi masa menukilkan apa yang aku rasa. okey!

Harini sambil bekerja sambil kumpul semua data-data nak buat resume baru. Resume yang lama wajib di update. Insya Allah persediaan secara perlahan-lahan (tak nak rushing2) nak memohon kerja di Bahrain atau Kuwait. (Insya Allah...) Sekiranya Allah dah tetapkan aku dapat kerja di sana dan kerja kat sana adalah yang terbaik untuk aku, Insya Allah aku akan dapat. 

Dengan Izin Allah tak dapat, belum ada rezeki lagi untuk ke sana atau aku memang Allah lebih tahu aku tak patut kerja kat sana kerana Allah lebih MAHA Mengetahui akan apa yang terbaik untuk aku. Memang teringin nak kerja kat sana. After dah kahwin ni, terasa mudah aku nak kerja kat sana. Ada jugak la peneman hidup. Kalau masa kat Brunei, ya Allah..sunyi yang amat.. Family pun jauh..

Target aku pun tak lama kat sana. Dapat setahun dua pun alhamdulillah. Nak merasa hidup kat luar macam mana. At least mana tahu dapat lah simpan duit sikit ni. Kerja kat Malaysia walaupun kerja Qs ni, dah macam kais pagi makan drawing, kais petang makan printer pulak aku rasa. Dengan rumah pun harga melambung tinggi, aku tak tahu la macam mana masa depan aku ni nanti. 

Pening-pening... bila memikirkan hal rumah ni...rumah sekarang paling murah pun 200-300 ribu. Tu pun jauh dari bandar.. Aduii...sebelum aku takde mood memikirkan hal rumah kat Malaysia ni, baik aku nyah dari blog aku sendiri. lagipun malas nak tulis panajng2 coz nanti makin panjang makin meleret-leret aku sendiri malas nak baca.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...