Followers

Saturday 10 September 2011

HARD WOOD CAFE. Seremban Dua (2)

Hard Wood Cafe
(in an unsual place)
Hari sabtu still dikira kerja jugak menemani ayah jumpa kontraktor. Katanya ada projek baru yang nak lobby n deal. Aku pun teman la ayah memandangkan ayah seorang je pergi. Tak sampai hati aku nak tengok ayah pergi sorang-sorang.

Ayah pun sekarang dah mula tak sehat badan, selalu pening-pening rasa seperti nak rebah. Aku sebagai anak ni kalau boleh nak bantu ayah semana yang boleh. Selagi ayah ada, aku akan sentiasa cuba berbakti pada ayah walaupun kadang-kadang tu kalau kerja dengan ayah time kena marah tuuu.. 

Peergghhhh... makan dalam dia bukan setakat ke hati, tapi ke hempedu terasanya. Salunya kalau kena marah pun aku diamkan je...walaupun kadang kala aku rasa aku ni betul atau mungkin ayah tak tahu kenapa perkara tu berlaku... aku dengarkan je...tapi kadang2 aku explain la jugak kenapa n nape ia berlaku..

By the way, hari sabtu.... ayah tak bagitahu pun ada jumpa dengan kontraktor harini.... ajak mak, mak tak larat nak pergi....tiba2 mak kejut aku pukul 11 pagi..aku time sabtu ni la aku qada' balik tidur2 aku sepanjang hari bekerja ni... Mak pun kejut aku mintak aku teman ayah...

Aku hairan nape ayah tak kejut aku... Mak bagitahu ayah tak suka kejut orang tido kalau dia nak mintak tolong... Mmmm...aku ada sikit mcm perangai ayah... aku akan jadi marah kalau ayah aku tido, mak aku tido ada orang sibuk panggil2 n kacau. Begitu jugak dengan awek aku... hehe

kalau pergi jalan2 pergi mana2 aku pun tak suka ganggu dia tidur even aku pun tengah drive kereta sorang2..Aku ok je kalau aku drive orang tidur... Ntah, mmg mcm tu kot.. biasanya dari pengalaman aku, penat lagi orang duduk sebelah dari orang drive kerete even jalan jauh2..

tempat meeting 

Ok!! ape aku membebel2kan ni... Sesampai je sana... aku terus amik gambar walaupun orang tengok2 aku mcm aku ni tak pernah datang je kat situ je (Memang pun laa!!!) tapi ada aku kesah? kira baik la aku amik gambar n upload. At least aku mem"promote" kedai makan dia.. huhu..

Ayah yang melulu masuk tanpa menghiraukan aku yang sedang leka mengambil gambar

Ayah duk mencari-cari mana member dia ni...aku plak pijakan pertama kaki ni je terus terfikir nak ambik gambar... Sana kedai beratapkan lalang yang dah kering.. Tu ayah ckp kalau kedai ni terkena api terus takde bumbung..huhu.

Nice interior design :)

Interior dia mungkin bercirikan indonesia... :) untuk masakan dia plak... Mmmm... memandangkan hard wood cafe ni terletak di Seremban 2, semestilah masakan dia banyakan kepada masak lemak cili berapi. 

Kebanykan semua masakan lemak cili api... Daging salai "masak lemak cili api"(MLCA), ayam MLCA, telur ikan MLCA, ikan patin MLCA, dan banyak lagi yang MLCA dia n masakan melayu...

Aku nak ambik gambar..tapi memandangkan aku ni kena la professional nak jumpa orang-orang construction. So, aku x ambik la bagi mengelakkan kebatakan aku depan diorang

22

My lucky table is 22!!! hehe...time ayah dan rakan-rakan sedang berpusu-pusu ambil makanan, aku sibuk duk amik gambar nombor meja ni...ni kali ke berapa ntah sebab gambar lain silau (maklum la kamera handphone saja)

Dad The Hard Wood Cafe
Time lepas makan n bersiap nak balik. Saling bertukar-tukar bisnes card dan aku sememangya tiada bisnes card lagi.. (belajaq pun tak habish lagi niii..)

Salah satu tempat menjamu selera yang disediakan :)

Sebelah je dari tempat kami orang makan bah

Apo lagi..balik lerrr..nak duduk lamo2 buet apo jang. udah-udah la yo....aku pun balik dengan girangnya selepas melantak nasik bersama-sama daging MLCA dan ayam goreng n sambal belacan. Terus gatal hidung aku pastu!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...