Followers

Saturday 24 September 2011

Pesan Atuk (nenek ler..)

Dari kiri ; Nurul, Balkish, Atuk, Mak Fah, Ada
Dah rasa macam lama pulak tak update blog ni....So, weekend ni amik masa la kejap update blog... By the way, haritu baru je hantar tuk balik kelantan...tapi tuk naik flight...atuk pun makin lama makin berusia...jadi flight la baik untuk atuk..ada jugak orang tolak atuk dengan wilcha sampai ke perut kapal terbang tu... kazen n makcik pun ikut aku jugak teman atuk pergi airport. Nak berjalan2...lagipun mak fah memang kuat berjalan2.. mak aku je pulak suka duduk rumah duk dalam bilik layan lagu metalica. huhu.. lagipun mak tak sehat time ni..

yang baju cute2 hitam tu la bukan aaron aziz

Mmm....aku berdoa semoga tuk sihat selalu... rasa sayu pulak tiba2 nak tulis entry ni...tuk banyak berubat n merawat time aku sakit...panjangla ceritanya kalau cerita pasal aku ni..tapi tuk ni kira bomoh atau orang yang buat perubatan islam. Setakat ni alhamdulillah..dengan izin Allah ramai yang pasangan suami isteri yang tak dapat anak tapi bila berubat dengan tuk (Semua dengan izin Allah, kita ikhtiar) 

Tuk dah macam awek plak. Letak tangan atas peha. keh3.
Alhamdulillah... Allah izinkan..tuk beri n amalkan bacaan ayat quran n urut-urut di rahim. (aku xpernah la tengok, nak kena makan kaki suami dia boleh la..) yang paling aku suka, cikgu aku sendiri ada jugak berubat dengan tuk n alhamdulillah semua dapat mengandung. Cikgu tu pun dulu dekat 10 tahun kot x mengandung lagi.. n cikgu lain ada la jugak tapi takde lama sangat.. Tuk aku ni asal kemboja. Sama la dengan mak. Tu kalau balik kampung, dah jumpa anak beranak, memang speaking memiking kemboja la gamaknya. Sampai aku ni angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk,  ikut telunjuk, ia-ia saya saya,kiri kanan ikut saja.. ahli fiqir nyanyi je tapi aku terus praktik dalam kehidupan aku. Sebab tu aku tak mengaku aku ni aaron aziz. Aaron melayu singapore, aku melayu kemboja. So, dont call me aaron aziz, please! hehe..sebenarnya takde pun orang panggil macam tu..aku je buat statement macam tu..kui3..

macam tak pernah pergi airport!
Ada & Nurul (Mak cakap nurul macam mula awek aku..haha)
Pesan atuk sebelum balik dia suruh aku banyak berdoa pasal jodoh, kehidupan ni... usaha2 jugak tapi kena berdoa.. n cari wanita yang baik , soleh, n n dapat taat suami. Tuk cakap kalau wanita yang beriman  yang taat pada suami bukan setakat dia saja akan masuk ke syurga tapi mak ayah dia juga turut akan sama masuk ke dalam syurga..Mmmm..semua dengan izin Allah... 

Cuma aku teringat satu kisah berkaitan dengan isteri yang taat suami ni. Cerita ni berlaku tak pasti samada pada zaman Rasulullah saw atau selepas wafatnya Rasulullah saw. 1 hari, si suami ini kena pergi merantau mungkin ke luar negeri atas urusan tertentu. dan sepanjang pemergian si suami. Si ayah isteri ini meninggal dunia dan sebagai orang islam kita kena la menguruskan jenazah si ayah. Akan tetapi, si isteri ini tidak mahu keluar ke rumah hatta untuk menghantar ayahnya ke kubur kerana tidak dapat izin suami untuk keluar rumah. (kalau suaminya tahu mesti bagi kan...) cuma isterinya risau suaminya tidak redha padanya dan dia tetap membuat keputusan untuk tinggal di rumah. 

Walaupun hakikatnya hati dia terlalu sedih dan pilu tak dapat menemani ayah untuk kali terakhir.Dan kesan daripada peristiwa ini, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga, penduduk kampung mencemuh dan menghina si isteri ini dengan mengatakan si isteri ini adalah anak derhaka. Siapa tak sedih dah lah ayah meninggal pastu kena cemuh lagi. Dan tak silap, pada malamya selepas pengebumian si ayah. Adik-beradik yang telh mencemuh wanita ini telah bermimpi ayahnya datang dengan memberi pesan janganlah memcemuh dan menghina si isteri ini kerana asbab dengan dia mentaati suaminya si ayah telah terlepas dari azab kubur dan sedang sangat2 bahagia dan tenang di alam kubur. 

Subhanallah..ceritanya lagi detail n panjang tapi ni yang mampu aku nukilkan...sebak pun ada jugak... Kerana ketaatan anak pada suami, si ayah berbahagia di alam kubur. Memang betul, wanita wajib mentaati suaminya apabila berkahwin lebih daripada ayah dan ibu dan anak lelaki wajib mentaati ayah dan ibu walaupun sudah berkahwin. 

p/s : Cuma dalam hati aku ni, insya Allah bila berkahwin. Aku rasa isteri aku tak perlu minta izin pergi mana-mana sebabnya aku memang percaya pada dia dan aku memang izin kan dia dan taknak la susah2 kan dia sampai nak pergi beli udang kering pun nak mintak izin aku. hehe.. dan alhamdulillah... terima kaseh pada tuk yang salu sentiasa beri nasihat. pesan pada aku, nasihatkan selalu baca quran n etc. 

Cuma aku berkata-kata dalam hati apabila mendengar pesan atuk tentang mencari wanita soleh dan beriman. "Aku yang perlu menjadi soleh dan beriman terlebih dahulu sebelum memiliki wanita seperti yang tuk pesankan tu.."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...