Followers

Monday 5 September 2011

CELAAN MENINGGALKAN SOLAT BERJEMAAH (1)

Diriwiyatkan daripada Hazrat Mu’az Bin Anas r.a, daripada Rasulullah saw bahawa Baginda saw bersabda “ Sungguh sungguh zalim, kufur, nifaq mereka yang mendengarkan penyeru Allah yakni muazzin yang menyeru kepada solah tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah” (Hadith riwayat Imam Ahmad Dan Tabarani)

Keterangan :
Betapa keras amaran dan ancaman dalam hadith ini yang menjelaskan bahawa meninggalkan solah berjemaah merupakan perbuatan kafir dan kelakuan orang munafik. Ini menunjukkan bahawa perbuatan itu sama sekali tidak boleh dilakukan oleh orang islam. Sebuah hadith yang lain menjelaskan bahawa sungguh malang dan tidak bernasib baik sesorang yang mendengar seruan muazzin tetapi tidak pergi menunaikan solat berjemaah di masjid.

Hazrat Sulaiman bin Abi Hathmah adalah di kalangan orang ternama yang lahir pada zaman Rasululullah saw. Oleh kerana umurnya terlalu muda maka beliau tdak berpeluang mendengar hadith daripada Rasulullah. Hazrat Umar r.a telah melantik beliau sebagai penjaga pasar. Pada suatu hari, beliau tidak pergi solah subuh di masjid. Apabila Hazrat Umar melalui berhampiran rumahnya, beliau memberitahu ibunya bahawa Hazrat Sulaiman tidak menghadiri solah subuh pada hari itu. Ibunya memberitahu bahawa sepanjang malam beliau sibuk dengan bersolah sunat sehingga mengantuk telah menguasainya lalu beliau tertidur. Hazrat Umar r.a berkata “Aku lebih suka menyertai solah subuh dengan berjemaah daripada bersolah sepanjang malam."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Abbas r.a bahawa beliau telah ditanya mengenai seorang yang berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam tetapi tidak pergi mengerjakan solah berjemaah dan solat jumaat. Beliau menjawab, “ Dia ialah penghuni neraka.” (Hadith Riwayat Imam Tarmizi)

Keterangan:
Walaupun dia akan diazab untuk beberapa maa yang tertentu kemudian akan dikeluarkan daripada neraka disebabkan dia adalah seorang islam tetapi kita tidak mengetahui berapa lama dia terpaka berada di neraka. Para sufi yang jahil lebih member penekanan kepada wirid dan zikir dan solah-solah sunat tetapi tidak menghiraukan solah berjemaah. Mereka menganggap semua amalan yang dilakukan oleh mereka itulah kesolehan sedangkan kesempurnaan kesolehan yang sebenar ialah dalam mengikuti sunnah Rasulullah saw. Diriwiyatkan dalam sebuah hadith bahawa Allah mengutuk tiga jenis manusia. Pertama, seorang imam yang tidak disukai oelh makmumnya atas sebab-sebab yang wajar. Kedua, seorang wanita yang dimurkai oleh suaminya dan yang ketiga, SEORANG YANG MENDENGAR SERUAN AZAN TETAPI TIDAK MENYERTAI SOLAH BERJEMAAH.


p/s : Insya Allah, baiklah.. skrg lebih baik di usia muda ni berazam sedaya upaya dapat mengerjakan solat fardhu secara berjemaah dimana azan diazan diawal waktu. Agak sedih apabila membaca hadis diatas. Banyak sudah tinggalkan solat secara berjemaah. Yela, kadang2 tu kalau dah keluar jalan2, shopping2 ke, buat aktiviti luar,ada hal ke... selalunya terlepas dari solat berjemaah. dan paling menyedihkan solat berjemaah pun tertinggal malah sampai solat yang wajib tu pun boleh tertinggal jugak. Nauzubillah...... Semoga Allah pelihara kita dalam mengikut perintah Allah. 

*Solat berjemaah khusus untuk lelaki

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum,
    Mohon share grafik anda, boleh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...